Masalah sakit bahu kanan ini selalunya dikaitkan dengan jenis pekerjaan.
Ini kerana sesetengah jenis pekerjaan memerlukan penggunaan bahu kanan yang kerap atau melakukan pergerakan berulang seperti pekerja kilang, tukang jahit, tukang masak, kerani kaunter dan juruwang.
Namun, ada juga yang disebabkan oleh trauma, serangan jantung, penyakit tulang belakang, jangkitan, kanser dan penyakit keradangan sendi seperti rheumatoid arthritis.
Berikut adalah beberapa penyebab utama sakit bahu sebelah kanan yang perlu diberikan perhatian.
#1. Frozen shoulder
Di sini kita akan membincangkan punca sakit bahu sebelah kanan yang paling kerap dirawat di klinik-klinik iaitu frozen shoulder atau dalam bahasa perubatannya adalah adhesive capsulitis.
Rasa sakit ini adalah seperti sakit di dalam sendi tulang dan menyebabkan pergerakan bahu kanan terhad, contohnya sakit ketika menyarung kemeja atau jaket.
Frozen shoulder cenderung dialami oleh pesakit diabetes. Ciri-ciri sakit bahu jenis ini selalunya sakit di seluruh bahagian bahu berserta pergerakan bahu yang terhad.
#2. Sindrom rotator cuff
Satu lagi penyebab utama sakit bahu kanan ialah Sindrom Rotator Cuff, yang merupakan salah satu otot penting di bahagian bahu.
Ia juga dikenali sebagai Impingement Syndrome dalam bahasa perubatan.
Anda akan berasa sakit bahu apabila ingin mengangkat tinggi tangan daripada sisi.
Punca ini kerap berlaku kepada individu yang banyak menggunakan tangan kanan, bergantung kepada jenis pekerjaan terutamanya yang memerlukan penggunaan berulang bahu kanan atau penggunaan tangan kanan untuk mengangkat objek yang berat.
#3. Rotator cuff tear, antara penyebab sakit bahu kanan belakang
Koyak tisu sendi bahu atau dipanggil sebagai Rotator Cuff Tear pula diakibatkan oleh impak terhasil ketika trauma. Ini selalu terjadi ketika kecederaan bersukan, kemalangan ataupun pergaduhan fizikal.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen