backup og meta

Kasut Ortopedik Beri Keselesaan Seperti Berkaki Ayam, Tapi Benarkah Baik Untuk Kesihatan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/06/2021

    Kasut Ortopedik Beri Keselesaan Seperti Berkaki Ayam, Tapi Benarkah Baik Untuk Kesihatan?

    Ramai yang tidak mahu kematu kaki. Mereka lebih sanggup pakai kasut mahal seperti pakai kasut ortopedik untuk menjaga kesihatan kaki.

    Walau bagaimanapun, adakah perkara ini sememangnya baik untuk kesihatan?

    Satu kajian pada tahun 2019 telah menyiasat fungsi dan kesan kematu terhadap kaki.

    Jika anda ingin tahu selanjutnya, baca artikel ini sehingga habis.

    Kematu kaki, beri kebaikan dari sudut evolusi manusia

    Apabila dilihat dari sudut evolusi, manusia telah berkaki ayam (tidak memakai pelindung kaki seperti kasut) beratus ribu tahun lamanya.

    Nenek moyang kita (homo sapiens) telah wujud sekitar 195,000 tahun yang lalu manakala kasut hanya dicipta 40,000 tahun yang lalu.

    Menurut ahli antrapologi, sebelum kewujudan kasut, manusia tidak mempunyai sebarang medium yang boleh digunakan untuk melindungi kaki melainkan kematu.

    Kematu adalah kulit tebal pada bahagian yang mengalami geseran kasar berulang kali.

    Mungkin ramai yang tak suka kematu pada kaki kerana ia membuatkan kaki kasar dan kelihatan hodoh.

    Isu dan persoalan utama adalah berkaitan dengan sama ada ia boleh menyebabkan deria kaki menjadi kurang.

    Berjalan dengan kaki ayam bukanlah tabiat yang hanya diamalkan oleh manusia primitif, malah zaman sekarang pun ada yang lebih suka berkaki ayam.

    Ada yang menyatakan bahawa gaya sedemikian boleh memberikan pelbagai jenis kebaikan kesihatan.

    Kematu kaki yang tercipta disebabkan oleh geseran semasa berjalan boleh dianggap sebagai satu mekanisme perlindungan kaki terhadap faktor yang boleh mencederakan (batu kecil dan sebagainya).

    Kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Universiti Harvard menunjukkan, semakin lama seseorang itu berjalan tanpa memakai kasut, semakin teballah kematu yang terbentuk pada kaki.

    Jadi, ada perbezaan ke di antara kaki yang berkematu dengan kaki yang tidak berkematu dalam konteks deria sentuh?

    Bagaimana pula jika anda pakai kasut berbeza?

    Kematu vs kasut, mana yang lebih beri kebaikan kepada kaki?

    kematu kaki

    Kematu kaki boleh mempengaruhi tahap keselesaan semasa seseorang itu berjalan tanpa kasut di atas permukaan jalan.

    Jika permukaan jalan kasar, mereka yang mempunyai kematu kaki yang tebal akan berasa lebih selesa.

    Ramai yang membuat anggapan bahawa seperti pemakaian kasut, mereka yang mempunyai kematu kaki tebal tidak boleh merasai rangsangan sentuh.

    Dengan kata lain, individu tersebut bagaikan memakai kasut. Mereka tidak menerima sebarang rangsangan deria sentuh dan boleh berjalan dengan selesa.

    Walau bagaimanapun, menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard, kaki yang berkematu turut menghantar isyarat mekanikal ke otak untuk tindakan selanjutnya.

    Mungkin tahap kekuatan isyarat tersebut tidak setinggi kaki yang tidak berkematu, namun ia masih berupaya untuk mengesan rangsangan sentuhan.

    Pemprosesan deria sentuh merupakan salah satu elemen penting semasa kita sedang berjalan.

    Ia secara tidak langsung membolehkan kita untuk membuat pertimbangan automatik berkaitan dengan permukaan jalan yang kita lalui.

    Keadaan ini penting kerana ia boleh memberikan keseimbangan dan anda boleh bergerak dengan lebih selamat.

    Pemakaian kasut, terutamanya yang berkusyen, boleh menyebabkan tahap kesensitifan saraf tapak kaki berkurangan.

    Ia juga boleh mengubah daya impak yang berlaku apabila seseorang itu berjalan.

    Saat kaki menyentuh tanah, tekanan akan lebih dirasai pada sendi kaki. Secara teorinya, ia boleh memudaratkan kaki manusia.

    Namun, dari sudut klinikal, kesannya masih belum difahami sepenuhnya.

    Kasut tanpa kusyen, alternatif kepada berjalan kaki ayam

    pakai kasut

    Bukan semua individu memerlukan kasut berkusyen. Mereka yang banyak berjalan, berdiri dan sebagainya, mungkin boleh menikmati kebaikan menggunakan kasut berkusyen.

    Namun, bagi kebanyakan individu, penggunaan kasut tanpa kusyen seperti selipar, sandal dan sebagainya, boleh memberikan kebaikan yang hampir sama dengan pembentukan kematu secara semula jadi.

    Di zaman kini, berjalan kaki tanpa memakai kasut akan dipandang serong oleh masyarakat.

    Tidak kiralah, ia memberikan manfaat kesihatan setinggi mana pun, kasut merupakan salah satu pakaian penting bagi melindungi kaki daripada kecederaan dan kotoran jalan.

    Kasut khas seperti kasut ortopedik sebagai contoh, sering digunakan oleh pesakit yang mengalami penyakit melibatkan bentuk kaki tidak normal.

    Walau bagaimanapun ada pihak yang risau sekiranya kasut ortopedik boleh menyebabkan masalah dari sudut postur badan dan kesannya terhadap tulang manusia.

    Pengkaji dalam kajian tersebut merumuskan bahawa kajian lanjut berkaitan dengan kebaikan memakai kasut tanpa kusyen perlu dilakukan.

    Aspek yang boleh dilihat berkaitan dengan kebaikan kesihatan dan kos jangka masa panjang. 

    Pemakaian kasut berkusyen hanya semakin popular apabila kita memasuki era industri.

    Buat pembaca, pemilihan jenis kasut yang bersesuaian wajar dilakukan berdasarkan kepada jenis aktiviti yang anda hendak ceburi.

    Jika kasual, mungkin boleh pakai sandal atau selipar, jika formal, pakailah kasut berkusyen.

    Konklusi

    Walaupun jalan berkaki ayam boleh memberikan manfaat kesihatan, namun pemakaian kasut merupakan norma masyarakat masa kini.

    Anda boleh memilih sama ada hendak pakai kasut berkusyen ataupun tidak.

    Namun, kajian menunjukkan pemakaian kasut tanpa kusyen lebih memberikan manfaat kepada kaki.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau keraguan, ajukan ia kepada doktor yang bertauliah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan