backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Panduan Lengkap Bacaan Tekanan Darah! Kanak-kanak & Orang Dewasa Beza Bacaannya?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 hari lalu

    Ini Panduan Lengkap Bacaan Tekanan Darah! Kanak-kanak & Orang Dewasa Beza Bacaannya?

    Bagi penderita keadaan kesihatan hipertensi atau hipotensi, adalah sangat penting untuk kalian tahu dan faham tentang perihal tekanan darah manusia. Ini kerana ia adalah kunci utama dalam memastikan dan mengekalkan tekanan darah sentiasa berada pada tahap yang ideal serta tidak membahayakan.

    Persoalannya, bagaimana cara yang betul untuk membaca tekanan darah manusia?

    Berapa bacaan tekanan darah rendah? Bagaimana dengan tekanan darah normal? Apa pula tekanan darah tinggi?

    Tenang, kami ada jawapannya! Jom kita teruskan membaca artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung , sila dapatkannya di sini. 

    Definisi tekanan darah manusia

    Sebelum itu, kita semua perlu faham bahawa tekanan darah itu membawa maksud keadaan atau kekuatan darah yang ada pada salur darah serta organ jantung.

    Kebiasaannya, ia akan diukur melalui milimeter merkuri (mm Hg) berdasarkan dua angka utama:

    • Tekanan sistolik – Mengukur tekanan pada salur darah semasa organ jantung mengepam darah keluar ke seluruh tubuh badan (angka yang berada di atas)
    • Tekanan diastolik – Mengukur tekanan pada salur darah di antara waktu degup jantung sementara darah kembali kepada organ jantung (angka yang berada di bawah)

    Untuk pengetahuan anda, kedua-duanya adalah sangat penting untuk kita semua mengetahui sama ada tekanan darah tersebut normal, terlebih atau terkurang.

    tekanan darah manusia
    Kesilapan-kesilapan yang boleh jejaskan bacaan tekanan darah.

    Ini kerana ia mampu untuk menjadi sebuah indikator sama ada kalian mengalami masalah tekanan darah tinggi (hipertensi) atau tekanan darah rendah (hipotensi).

    Bagaimana untuk tahu ia normal atau tidak?

    Dalam usaha menentukan dan mengekalkan tekanan darah, anda perlu tahu angka yang mana adalah ideal serta angka yang perlu diberikan perhatian khusus.

    Berikut adalah cara untuk membaca tekanan darah manusia yang betul bagi individu dewasa:

    Sistolik (angka di atas) Diastolik (angka di bawah) Kategori tekanan darah
    90 ke bawah 60 ke bawah Hipotensi
    91 ke 119 61 ke 79 Normal
    120 ke 129 Sekitar 80 Pra Hipertensi
    130 ke 139 80 ke 89 Hipertensi Tahap 1
    140 ke atas 90 ke atas Hipertensi Tahap 2
    180 ke atas 120 ke atas Krisis Hipertensi

    Berdasarkan angka-angka ini, maka setiap individu boleh mengetahui risiko sama ada mereka termasuk dalam kategori tekanan darah berbahaya atau tidak.

    Sebagai contoh, jika tekanan darah anda adalah 180/120, ia menunjukkan bahawa anda berada dalam kategori krisis hipertensi dan memerlukan rawatan segera.

    Namun, ketahuilah bahawa ukuran tekanan darah manusia ini adalah berbeza mengikut usia!

    Bagaimana pula dengan golongan kanak-kanak?

    Bagi golongan dewasa (termasuk remaja dan warga emas), anda boleh menjadikan jadual di atas sebagai panduan untuk mengukur tekanan darah anda.

    Namun bagi golongan kanak-kanak pula, ia mungkin akan sedikit berbeza memandangkan tubuh badan mereka masih belum mencapai kematangan sepenuhnya.

    Dalam pada itu, ukuran tekanan bagi kanak-kanak turut dipengaruhi oleh beberapa faktor risiko:

    • Usia
    • Jantina
    • Berat badan
    • Tinggi badan
    tekanan darah manusia
    Kanak-kanak juga perlu memeriksa tekanan darah mereka.

    Sekiranya anda sebagai ibu bapa bimbang akan masalah ini, sila berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor pakar pediatrik untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut.

    Ini cara mengukur tekanan darah yang betul!

    Sebenarnya, terdapat beberapa cara untuk mengukurnya dan yang paling mudah adalah dengan mengunjungi pakar perubatan di klinik, hospital atau farmasi.

    Anda juga mungkin boleh melakukannya di rumah sendiri dengan menggunakan alat yang sama digunakan oleh doktor iaitu monitor tekanan darah manusia.

    American Heart Association menyarankan agar anda menggunakan monitor jenis automatik yang boleh mengukur tekanan darah hanya pada bahagian lengan.

    Sebagai alternatif, terdapat juga monitor yang mampu mengukur tekanan di bahagian pergelangan tangan atau jari anda namun dikhuatiri agak kurang tepat.

    Ketika memasang alat ini pada bahagian tubuh badan yang dikehendaki, sila pastikan agar anda:

    tekanan darah manusia
    Jumpa doktor untuk ketahui tekanan darah anda.

    Selanjutnya, fahami tekanan darah anda!

    Selepas mengambil bacaan tekanan darah anda, sila kembali kepada jadual yang telah kami nyatakan di atas tadi untuk menentukan kategori anda.

    Perhatian!

    Sekiranya tekanan darah normal, maka tiada apa yang anda mungkin perlu risaukan dan sila kekalkan gaya hidup anda seperti sebelum ini untuk mengelakkan risiko.

    Jika berada pada tahap hipotensi, sila pastikan sebabnya terlebih dahulu yang mungkin banyak dikaitkan dengan kondisi lain seperti dehidrasi dan lain-lain.

    Jika berada pada tahap hipertensi, anda perlu lebih berwaspada kerana ia boleh membawa kepada komplikasi berbahaya seperti strok dan sakit jantung.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan