Pilih makanan yang sihat untuk mengelakkan tekanan darah tinggi dan juga komplikasinya. Makan lebih banyak buah-buahan dan juga sayur-sayuran segar.
Selain itu, cuba pelbagaikan makanan anda. Pilih makanan yang kaya dengan potassium, serat, protein dan rendah kandungan garam serta lemak. Untuk kebanyakan orang, langkah ini sudah cukup untuk menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko strok.
Lakukan diet DASH sebagai cara kurang kan darah tinggi. Ia sangat berkesan untuk membantu pesakit hipertensi menurunkan kadar tekanan darah masing-masing.
8. Kurangkan minum kopi
Kopi dapat meningkatkan tekanan darah anda, namun kesannya cuma sementara.
Tetapi, berbeza pula dengan mereka yang minum terlalu banyak kopi. Individu yang minum lebih daripada 4 cawan kopi sehari mungkin akan mengalami peningkatan tekanan darah yang lebih tinggi berbanding orang lain.
Jika anda tidak boleh hidup tanpa kopi, teh, minuman tenaga atau minuman berkarbonat, cuba kurangkan pengambilan semua minuman ini untuk menurunkan tekanan darah.
9. Lakukan pemeriksaan berkala
Kini, anda boleh periksa tekanan darah sendiri di rumah. Anda boleh catat bacaan tekanan darah setiap hari untuk ketahui sama ada ubat-ubatan atau perubahan gaya hidup yang telah anda lakukan berkesan.
Jika anda tidak mempunyai alat tekanan darah di rumah, anda boleh periksa tekanan darah di farmasi berdekatan dengan harga serendah RM5.
10. Dapatkan sokongan keluarga
Salah satu cara kurang kan darah tinggi yang mungkin ramai terlepas pandang ialah sokongan daripada ahli keluarga dan juga rakan-rakan. Mereka dapat membantu memberikan sokongan serta dorongan dari segi fizikal dan mental.
Selain itu, anda juga boleh dapatkan sokongan daripada orang luar melalui komuniti kami. Dapatkan nasihat daripada pakar dan bertukar-tukar cerita dengan orang lain supaya anda dapat lebih memahami kondisi anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen