Tahukah anda, ada perbezaan bacaan tekanan darah rendah mengikut umur? Purata bacaan darah normal berbeza bergantung jantina dan akan meningkat seiring dengan usia. Sebab itulah, penting untuk kita ketahui maksud bacaan tekanan darah mengikut umur!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Tahukah anda, ada perbezaan bacaan tekanan darah rendah mengikut umur? Purata bacaan darah normal berbeza bergantung jantina dan akan meningkat seiring dengan usia. Sebab itulah, penting untuk kita ketahui maksud bacaan tekanan darah mengikut umur!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Sebelum bermula, anda perlulah tahu maksud bacaan tekanan darah. Bacaan tekanan darah terdiri daripada 2 nombor. Kedua-dua nombor ini memainkan peranan yang sangat penting.
Nombor pertama ialah bacaan sistolik yang menandakan tekanan darah dalam arteri semasa jantung berdegup. Nombor kedua pula ialah bacaan diastolik yang menandakan tekanan darah dalam arteri.
Terdapat banyak punca tekanan darah rendah dan tanda tekanan darah rendah yang anda perlu tahu. Ia sudah tentu bermaksud anda tidak berjaya mengekalkan bacaan darah normal.
Bagi mereka yang ingin memeriksa bacaan tekanan darah rendah mengikut umur, anda boleh rujuk infografik di bawah:
Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi pula mempunyai bacaan sistolik lebih daripada 130 mm Hg atau bacaan diastolik yang melebihi 80 mm Hg.
Sebagai panduan, anda boleh rujuk bacaan di bawah:
Apabila kita semakin berusia, salur darah akan menjadi semakin keras. Plak yang terdiri daripada lemak juga boleh berkumpul di dalam saluran darah dan menyebabkan tekanan darah meningkat.
Jika tekanan darah anda terlalu tinggi, anda mempunyai risiko untuk menghidap sakit jantung dan strok pada masa hadapan.
Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam The Lancet, purata bacaan tekanan darah untuk lelaki ialah 127/79 mm Hg manakala untuk wanita pula adalah 122/77 mm Hg.
Sebagai panduan, bacaan tekanan darah rendah mengikut umur ialah:
Bacaan tekanan darah rendah mengikut umur | ||
Lelaki | Wanita | |
18-39 tahun | 119/70 mm Hg | 110/68 mm Hg |
40-59 tahun | 124/77 mm Hg | 122/74 mm Hg |
60++ tahun | 133/69 mm Hg | 139/68 mm Hg |
Bagi kanak-kanak pula, mereka mempunyai bacaan tekanan darah yang sedikit berbeza. Untuk mengetahui sama ada tekanan darah mereka tinggi atau rendah, ini panduannya:
Tekanan darah normal untuk kanak-kanak | ||
Sistolik | Diastolik | |
Bayi baru lahir sehingga 1 bulan | 60–90 mm Hg | 20–60 mm Hg |
Bayi | 87–105 mm Hg | 53–66 mm Hg |
Kanak-kanak yang sedang berjalan | 95–105 mm Hg | 53–66 mm Hg |
Kanak-kanak tadika | 95–110 mm Hg | 56–70 mm Hg |
Budak sekolah | 97–112 mm Hg | 57–71 mm Hg |
Tekanan darah bagi remaja | 112–128 mm Hg | 66–80 mm Hg |
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perbezaan bacaan darah normal dan bacaan tekanan darah rendah mengikut umur. Malah, mereka yang menghidap hipertensi selalunya:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen