backup og meta

Ada 5 Jenis Ubat Darah Tinggi, Ketahui Kesan Sampingan Bagi Setiap Satunya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada seminggu lalu

    Ada 5 Jenis Ubat Darah Tinggi, Ketahui Kesan Sampingan Bagi Setiap Satunya!

    Terdapat pelbagai jenis ubat darah tinggi di hospital, klinik atau farmasi dengan nama yang berbeza-beza. Kadangkala, ia membuatkan ramai orang terkeliru dengan nama dan fungsinya.

    Mengapa perlu banyak sangat ubat? Bolehkah satu ubat dikongsi dengan semua orang? Bagi mengelakkan kekeliruan, mari lihat apa antara ubat darah tinggi yang mungkin paling berkesan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

    Bagaimana ingin memilih jenis ubat darah tinggi?

    • Tahap tekanan darah
    • Kehadiran penyakit lain seperti organ jantung, buah pinggang dan diabetes
    • Keberkesanan ubat mengikut individu

    Di samping ubat-ubatan, gaya hidup dan pemakanan juga perlu dikawal untuk mendapatkan hasil yang optimum. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

    hipertensi
    Awasi krisis hipertensi!

    Apakah pilihan jenis ubat darah tinggi?

    Ubat darah tinggi 1: Perencat ACE

    Ia adalah sejenis enzim yang menukarkan angiotensin I kepada angiotensin II. Apabila terbentuk, angiotensin II menyebabkan otot pada dinding saluran darah mengecut.

    Ini menjadikan saluran darah sempit, seterusnya meningkatkan tekanan darah.

    Perencat ACE berfungsi dengan menghalang aktiviti ACE daripada menghasilkan angiotensin II, seterusnya menuurunkan tekanan darah.

    Tambahan pula, ubat ini turut melambatkan komplikasi tekanan darah tinggi melibatkan buah pinggang dan diabetes.

    Kesan sampingan:

    Antara contoh perencat ACE:

    • Enalapril
    • Captopril
    • Ramipril

    Jenis ubat darah tinggi 2: Penghalang reseptor

    Cara ARBs bekerja hampir sama dengan perencat ACE.

    Jika perencat ACE menghalang penghasilan angiotensin II, ARBs pula menghalang angiotensin II daripada berfungsi ke atas reseptor angiotensin II.

    Kesannya, saluran darah akan kembang dan tekanan darah dapat diturunkan. Ini akan mengurangkan beban ke atas jantung.

    Kesan sampingannya hampir sama dengan perencat ACE.

    Antara contoh ARBs:

    • Losartan
    • Valsartan
    • Irbesartan

    Jenis ubat darah tinggi 3: Penghalang beta

    Ubat ini menghalang aktiviti hormon adrenaline dan noradrenaline ke atas reseptor beta yang berada pada organ-organ tertentu termasuk otot pada saluran darah.

    Hormon ini membuatkan saluran darah mengecut. Dengan menghalang reseptor beta, ubat ini membantu mengembangkan saluran darah serta menurunkan tekanan darah.

    Dalam masa yang sama, ia juga mungkin menyebabkan saluran pernafasan mengecut. Oleh sebab itu, pesakit asma tidak dinasihatkan mengambil penghalang beta.

    jenis ubat darah tinggi
    Ubat darah tinggi di klinik.

    Kesan sampingan:

  • Penat
  • Pening lalat
  • Sesak nafas
  • Mati pucuk
  • Tekanan darah rendah
  • Antara contoh penghalang beta:

    • Atenolol
    • Labetalol
    • Bisoprolol

    4. Penghalang saluran kalsium

    Kalsium adalah elemen yang penting dalam fungsi otot. Untuk membuatkan otot mengecut, kalsium akan masuk ke dalam sel-sel otot melalui saluran tertentu.

    CCBs berfungsi mencegah kalsium masuk ke dalam otot dengan menghalang salurannya. Keadaan ini akan mengurangkan kekuatan jantung mengepam darah, seterusnya mengurangkan tekanan darah.

    Kesan sampingan:

    • Pembengkakan tangan dan kaki (peripheral edema)
    • Sembelit
    • Sesak nafas
    • Ruam
    • Sakit kepala

    Antara contoh CCBs:

    • Amlodipine
    • Diltiazem
    • Verapamil

    5. Diuretik

    Diuretik atau juga dikenali sebagai pil air adalah antara ubat darah tinggi klinik kerajaan dan ubat darah tinggi klinik swasta paling lama digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

    Ia berfungsi ke atas buah pinggang dan membuatkan badan membuang lebih banyak air melalui air kencing.

    Pengurangan cecair mengurangkan beban yang perlu ditanggung oleh jantung serta mengurangkan tekanan darah. Pesakit yang mengambil ubat ini akan kerap ke tandas.

    jenis ubat darah tinggi
    Ubat darah tinggi di farmasi.

    Kesan sampingan:

    • Dehidrasi
    • Tahap potassium darah rendah
    • Tekanan darah rendah
    • Mudah letih
    • Gula darah naik
    • Tahap asid urik naik

    Antara contoh diuretik:

    • Hydrochlorothiazide
    • Furosemide
    • Chlorthiadone

    Jenis ubat darah tinggi yang disebut di atas adalah sebahagian daripada pilihan yang paling kerap digunakan. Terdapat juga ubat-ubatan lain seperti penghalang alpha, clonidine dan minoxidil.

    Kebiasaannya, rawatan akan dimulakan dengan sejenis ubat darah tinggi KKM. Jika tekanan darah masih tidak terkawal, kombinasi beberapa ubat mungkin diperlukan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada seminggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan