Jantung adalah organ yang bertanggungjawab mengepam darah ke seluruh badan. Organ yang sebesar penumbuk ini terletak pada kiri dada dan di hadapan paru-paru.
Sebenarnya, jantung kita terdiri daripada 2 pam, setiap pam mempunyai 2 injap. Degupan jantung akan terhasil setiap kali jantung kita mengepam darah.
3. Bahagian kanan jantung
Bahagian kanan jantung akan menerima darah yang dipenuhi karbon dioksida. Darah yang masuk melalui atrium akan mengalir ke ventrikel sebelum dihantar ke paru-paru. Di sinilah, oksigen akan masuk semula ke dalam darah menggantikan karbon dioksida.
4. Bahagian kiri jantung
Darah yang dipenuhi oksigen akan dihantar kembali ke jantung. Ia akan masuk melalui atrium kiri dan dipam pula ke ventrikel kiri. Kemudian, darah akan mengalir ke dalam aorta sebelum memulakan perjalanannya ke seluruh badan.
5. Saluran darah
Saluran darah dalam badan manusia mempunyai struktur dan saiz yang berbeza mengikut fungsinya.
6. Arteri
Darah yang penuh oksigen dipam melalui jantung melalui arteri. Arteri terbesar dalam badan manusia ialah aorta yang bersambung dengan jantung. Satu-satunya arteri yang menerima darah yang dipenuhi dengan karbon dioksida ialah arteri pulmonari yang menyambungkan jantung dan paru-paru.
7. Kapilari
Arteri akan perlahan-lahan bercambah dan mengecil menjadi salur darah yang kecil, juga dikenali sebagai kapilari. Saiz kapilari sangat kecil. Hanya 1 sel darah sahaja yang boleh melaluinya dalam satu-satu masa.
Pada waktu inilah, semua nutrien dan oksigen akan disalurkan pada sel. Malah, kapilari juga akan bersambung dengan vena. Jadi, bahan buangan daripada sel akan masuk ke dalam darah.
8. Vena
Berbeza dengan salur darah lain, vena mempunyai injap yang berfungsi mengelakkan darah daripada mengalir ke arah yang salah.
Vena bertugas membawa darah yang rendah oksigen dari badan ke jantung. Darah ini juga akan dihantar ke paru-paru untuk menerima oksigen sebelum ia dikitar semula dalam badan.
Walau bagaimanapun, ada satu jenis vena iaitu vena pulmonari yang membawa darah penuh oksigen dari paru-paru ke jantung.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen