Tahukah anda apakah punca sakit dada bahagian tengah? Adakah ia tanda sakit jantung, atau sesuatu yang lebih teruk?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Tahukah anda apakah punca sakit dada bahagian tengah? Adakah ia tanda sakit jantung, atau sesuatu yang lebih teruk?
Setiap tahun, soalan ini menghantui ribuan individu yang kerap mengalami sakit dada.
Malah, sakit dada atau nama lainnya, angina boleh menjadi punca pelbagai jenis penyakit selain sakit jantung seperti pancreatitis, pneumonia dan serangan panik.
Namun, bukan semua sakit dada yang dialami adalah tanda serangan jantung.
Untuk pengetahuan anda, serangan jantung mempunyai tanda yang berbeza mengikut individu. Ada yang mengalami sakit dada tengah. Ada juga yang rasa sakit pada bahagian rahang dan belakang badan.
Tidak kurang juga, ada yang mengalami simptom seperti sukar untuk bernafas atau rasa letih yang amat sangat ketika terkena serangan jantung.
Pendek kata, apa yang anda nampak di kaca televisyen mengenai sakit jantung mungkin bukan 100% benar.
Di bawah, kami akan senaraikan beberapa punca di sebalik rasa sakit dada bahagian tengah yang anda alami.
Tidak kiralah sakit dada bahagian tengah, kanan, kiri dan mana-mana sekalipun, ia mungkin berpunca daripada masalah yang sama.
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Jantung di sini.
Setiap tahun, ribuan pesakit akan dimasukkan ke dalam wad kecemasan disebabkan sakit dada bahagian tengah.
Menurut statistik dari laman sesawang Harvard Health Publishing, 20% daripadanya didiagnosis dengan sakit jantung atau episod angina yang tidak stabil.
Selain itu, ada juga di antara mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mengancam nyawa seperti embolisme pulmonari (darah beku di dalam paru-paru), atau aortic dissection (koyakan pada kawasan dalam aorta).
Masalah berkaitan emosi atau stres juga boleh menyebabkan angina.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar pesakit didapati tidak mempunyai sebarang kondisi yang berkaitan dengan jantung ataupun salur darah mereka.
Doktor anda mungkin akan melakukan beberapa pemeriksaan fizikal dan bertanya mengenai simptom yang anda alami. Selain itu, sejarah keluarga juga penting untuk mengetahui sama ada anda berisiko untuk mengalami sakit jantung atau penyakit kardiovaskular lain.
Sakit dada bahagian tengah selalunya mempunyai pelbagai punca. Walau bagaimanapun, lazimnya ia bukanlah disebabkan oleh masalah jantung.
Anda mungkin dapat mengenal pasti punca sakit dada tengah seperti ditekan anda berdasarkan simptom yang dialami.
Namun, elakkan daripada melakukan diagnosis kendiri! Berjumpalah dengan doktor jika anda risau mengenai kesihatan anda.
Di bawah, kami senaraikan beberapa punca lazim sakit dada yang perlu anda tahu:
Sakit dada bukanlah sejenis penyakit yang anda boleh abaikan seperti sakit belakang atau sakit lutut. Ia juga diperiksa oleh doktor dengan kadar yang segera.
Jika anda mengalami sakit dada, elak melakukan diagnosis kendiri.
Selain itu, jangan sesekali fikir sakit jantung hanya berlaku kepada orang tua sahaja. Sebenarnya, individu yang berumur 20 tahun juga boleh terkena serangan jantung.
Malah, atlet yang berada di dalam keadaan yang cergas dan sihat juga boleh tumbang disebabkan penyakit yang sama.
Oleh sebab itu, elakkan menunda-nunda janji temu bersama doktor lebih-lebih lagi jika anda sering diserang sakit dada tengah bila tarik nafas atau sakit dada tengah dan sesak nafas.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen