backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ingin Tahu Cara Bacaan Tekanan Darah Rendah? Tak Sama Dengan Darah Tinggi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/04/2024

    Ingin Tahu Cara Bacaan Tekanan Darah Rendah? Tak Sama Dengan Darah Tinggi!

    Pernahkah anda rasa pening dan ingin pitam sejurus selepas bangun dari tidur? Ini merupakan antara tanda bacaan tekanan darah rendah. Tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu kondisi yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Oleh sebab itu, anda perlulah tahu berapa bacaan tekanan darah yang rendah supaya anda boleh berjaga-jaga pada masa hadapan.

    Bacaan tekanan darah selalunya diambil dalam bentuk mm Hg. Bacaan yang normal adalah dalam julat 120/80 mm Hg.

    Namun, berapa bacaan tekanan darah rendah? Menurut The National Heart, Lung, and Blood Institute, bacaan tekanan darah yang rendah adalah di bawah 90/60 mm Hg.

    Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai tekanan darah rendah, mari ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Bacaan tekanan darah rendah, siapa yang paling terkesan?

    punca pening dan loya
    3 jenis tekanan darah rendah.

    Tekanan darah yang rendah atau hipotensi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, warga emas lebih berisiko untuk mengalami simptom tekanan darah rendah.

    Dianggarkan hampir 5% individu mempunyai masalah hipotensi pada usia 50 tahun dan jumlahnya akan meningkat kepada 30% dalam kalangan warga emas yang berusia 70 tahun ke atas.

    Namun, itu tidak bermaksud orang muda terlepas daripada masalah tekanan darah yang rendah. Hipotensi boleh datang tanpa sebarang amaran dan menyerang orang muda yang aktif secara fizikal.

    Bagi sesetengah orang, tekanan darah yang terlalu rendah merupakan tanda penyakit, lebih-lebih lagi jika ia jatuh secara tiba-tiba tanpa sebarang simptom.

    Tekanan darah yang jatuh mendadak boleh mendatangkan bahaya. Malah, perubahan hanya sekitar 20 mm Hg boleh menyebabkan anda pitam atau pengsan secara tiba-tiba.

    Penurunan tekanan darah yang ekstrem boleh menyebabkan kejutan (shock).

    Simptom kejutan

    • Rasa keliru
    • Kulit yang berpeluh dan sejuk
    • Kulit menjadi pucat
    • Pernafasan yang pendek
    • Nadi yang lemah

    Punca tekanan darah rendah

    Ada beberapa punca bacaan tekanan darah rendah. Walau bagaimanapun, sukar untuk kita tentukan penyebab sebenar masalah hipotensi kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

    Kadangkala, punca tekanan darah rendah boleh berlaku disebabkan faktor genetik. Malah, mereka yang sering bersenam juga boleh mengalami hipotensi.

    Bacaan tekanan darah normal kita berbeza sepanjang hari. Selepas makan, bacaan tekanan darah mungkin akan jatuh. Sama jugalah jika anda berdiri terlalu lama atau mengalami dehidrasi.

    bacaan tekanan darah rendah
    Bacaan tekanan darah yang normal mengikut umur.

    Jika anda mengalami masalah tekanan darah rendah, ada beberapa punca yang boleh menyebabkannya:

    • Pengambilan ubat-ubatan tertentu. Tekanan darah yang rendah mungkin berlaku disebabkan pengambilan ubat tertentu. Ini termasuklah ubat untuk merendahkan tekanan darah, antidepresi dan beta blockers, sejenis ubat untuk merawat masalah jantung
    • Menghidap diabetes. Diabetes boleh mengganggu tekanan darah kerana ia boleh mempengaruhi hormon dan saraf pada kawasan saluran darah
    • Penyakit neurologikal. Sebagai contoh, pesakit Parkinson. Pesakit Parkinson berisiko untuk mengalami masalah tekanan darah yang rendah disebabkan salur darah yang lebih luas daripada biasa. Malah, ubat-ubatan yang dibekalkan untuk pesakit Parkinson juga boleh menyebabkan masalah yang sama
    • Ada masalah dengan kelenjar adrenal. Sebagai contoh, penyakit Addison, jangkitan atau tumor. Jika kelenjar adrenal mengalami sebarang kecederaan, ia boleh menyebabkan tekanan darah jatuh
    • Masalah jantung. Mereka yang mempunyai kegagalan jantung atau pernah terkena serangan jantung boleh mengalami masalah tekanan darah yang rendah
    • Anemia. Jika sel darah merah anda di bawah julat yang normal, tekanan darah juga akan menurun kerana darah tidak dapat mengangkut oksigen yang cukup untuk keperluan badan
    • Kecederaan yang serius atau kejutan. Semua ini boleh menyebabkan tekanan darah anda jatuh secara mendadak. Kejutan yang berlaku disebabkan alahan atau jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan hipotensi

    Apa yang saya perlu lakukan jika mempunyai bacaan tekanan darah rendah?

    bahaya tekanan darah rendah
    Penyebab bacaan tekanan darah menjadi rendah.

    Jika anda mempunyai hipotensi, cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan mengikut saranan doktor atau pakar yang merawat anda. Selalunya, doktor akan memberikan rekomendasi berikut:

    1. Ambil makanan yang sihat. Pengambilan garam yang bersesuaian mungkin dapat membantu anda mengelakkan tekanan darah yang rendah.
    2. Ambil ubat-ubatan. Ini dapat membantu anda mengurangkan simptom hipotensi.
    3. Berdiri perlahan-lahan. Elakkan berdiri terlalu cepat kerana ia boleh menyebabkan anda pening kepala atau pengsan.
    4. Duduk jika anda pening atau rasa ingin pitam. Jatuh dari tempat yang tinggi boleh mendatangkan kecederaan yang serius seperti patah tulang atau konkusi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/04/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan