Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Sekatan jantung merujuk kepada ketidaknormalan cara elektrik melalui laluan elektrik normal jantung. Keadaan abnormal “menghalang’ impuls elektrik daripada meneruskan laluan normal dan biasanya menghasilkan kadar denyutan yang lebih perlahan.
Sekatan jantung penuh – kadangkala dipanggil tahap ketiga blok jantung AV – adalah irama jantung yang tidak normal (arrhythmia) yang berlaku apabila impuls elektrik yang meransang jantung anda untuk berdegup ditangguhkan atau disekat ketika mereka bergerak melalui jantung anda. Sekatan jantung penuh adalah sejenis sekatan jantung AV yang paling serius. Ia berlaku apabila impuls elektrik yang meransang jantung untuk berdegup tidak lepas untuk melalui di antara ruang atas dan bawah jantung anda sebagaimana yang sepatutnya.
Sekatan jantung penuh boleh terjadi pada setiap peringkat usia. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.
Simptom yang biasa ditunjukan adalah:
Kadangkala tiada satu pun simptom yang ditunjukkan. Jika tidak dirawat, irama jantung yang tidak normal boleh menyebabkan kematian. Sebaliknya, beberapa aritmia adalah perkara biasa dan tidak dikaitkan dengan sebarang keadaan yang tidak diingini, yang dikenali sebagai aritmia benigna. Salah satu matlamat penilaian adalah untuk mengatasi masalah yang serius daripada degupan jantung benigna.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Sekatan jantung penuh disebabkan oleh proses penuaan, ubat-ubatan, serangan jantung, penyakit jantung infiltratif (amyloidosis, sarcoidosis), dan penyakit berjangkit (endocarditis, penyakit Chagas). Ia juga boleh berlaku selepas pembedahan jantung dan boleh dihadapi sejak lahir (kongenital).
Terdapat banyak faktor risikonya seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami aritmia, dia akan menjalankan satu atau lebih ujian diagnostik untuk menentukan punca simptom anda.
Bergantung pada jenis dan tahap keterukan aritmia anda, dan hasil pelbagai ujian termasuk kajian elektrofisiologi, terdapat beberapa pilihan rawatan. Anda bersama-sama dengan doktor akan memutuskan untuk memilih rawatan yang terbaik buat diri anda.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah sekatan jantung penuh:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen