backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Kenali Degupan Jantung Normal Anda, Jika Bacaan Seperti Ini, Ia Tanda BAHAYA!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada Semalam

    Kenali Degupan Jantung Normal Anda, Jika Bacaan Seperti Ini, Ia Tanda BAHAYA!

    Kadar degupan jantung seseorang boleh menjadi berbahaya jika terlalu rendah atau terlalu tinggi. Banyak faktor sekeliling yang mempengaruhinya. Jom ketahui lebih lanjut mengenai denyutan jantung normal manusia. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Denyutan jantung normal dan ideal bagi individu

    Setiap individu perlu menjalani pemeriksaan berkala bagi menentukan berapa kadar denyutan nadi normal semasa berehat dan bersenam.

    Ia penting untuk membantu memahami jika berlaku perubahan pada denyutan nadi yang membahayakan.

    Ketika berehat

    Menurut American Heart Association (AHA), kadar denyutan jantung normal adalah 60-100 degupan seminit (bpm) bagi kebanyakan individu dewasa.

    Pun begitu, ramai individu mempunyai kadar degupan jantung di luar jangkauan dan masih sihat sepenuhnya, contohnya seperti atlet profesional dengan kadar sangat rendah iaitu, 40 bpm. 

    Ketika bersenam

    Kadar denyutan jantung seseorang akan meningkat ketika sedang aktif bersenam.

    Kadar tertinggi yang dapat dicapai oleh jantung adalah kadar denyut jantung maksimum. Ia akan menurun seiring peningkatan usia, termasuklah kadar denyutan jantung normal atau ideal, ataupun sasaran semasa bersenam.

    maksud patient monitor
    Apa maksud angka pada patient monitor?

    Bagi kebanyakan individu dewasa, bacaan jantung normal mengikut umur adalah:

    Usia (Tahun) Degupan jantung sasaran
    (degupan / minit)
    Purata degupan jantung maksimum
    (degupan / minit)
    20 100-170 200
    30 95-162 190
    35 93-157 185
    40 90-153 180
    45 88-149 175
    50 85-145 170
    55 83-140 165
    60 80-136 160
    65 78-132 155
    70 75-128 150

    Peningkatan kadar degup jantung semasa bersenam bergantung kepada banyak faktor, seperti intensiti senaman.

    Sekiranya bacaan jantung normal bpm berada di luar angka di atas semasa bersenam, ia biasanya tidak berbahaya.

    Denyutan jantung normal ketika tidur

    Manakala semasa tidur, kadar denyutan akan menurun berbanding kadar rehat normal 60-100 bpm.

    Kadar jantung juga boleh menurun di bawah 60 bpm apabila tidur nyenyak, khususnya bagi individu dengan degup jantung sangat rendah ketika berjaga.

    Denyutan jantung normal untuk kanak-kanak

    Kanak-kanak, khususnya anak kecil cenderung mempunyai kadar degupan jantung lebih tinggi berbanding dewasa.

    Jadual berikut menunjukkan kadar denyutan jantung normal bagi kanak-kanak semasa terjaga dan tidur:

    Usia Degupan jantung normal ketika berjaga
    (degupan / minit)
    Degupan jantung normal ketika tidur
    (degupan / minit)
    Bawah 28 hari 100–205 90–160
    1–12 bulan 100–190 90–160
    1–2 tahun 98–140 80–120
    3–5 tahun 80–120 65–100
    6–11 tahun 75–118 58–90
    12–15 tahun 60–100 50–90

    Apa yang boleh mempengaruhi kadar denyutan jantung?

    Untuk pengetahuan anda semua, pelbagai faktor boleh mempengaruhi degup jantung individu.

    Dalam kebanyakan kes, kadar jantung yang tinggi atau sangat rendah akan jadi berbahaya apabila tiada sebab yang jelas.

    Degupan jantung tinggi

    denyutan jantung normal
    Kadar denyutan jantung tinggi.

    Ia mungkin boleh berlaku kerana:

    • Kegelisahan 

    Individu yang berada dalam kegelisahan mungkin mempunyai kadar degupan lebih tinggi daripada 100 bpm, terutama semasa serangan panik.

    • Sakit 

    Kesakitan boleh mengakibatkan kadar denyutan naik lebih tinggi.

    • Kehamilan 

    Denyutan jantung meningkat pada individu hamil apabila melakukan aktiviti yang memerlukan lebih banyak tenaga kardiovaskular. 

    Kehamilan juga boleh menyebabkan jantung berdebar atau degupan tidak teratur.

  • Demam 
  • Turut boleh menyebabkan peningkatan denyutan jantung, terutamanya jika mengalami demam panas.

    • Kafein 

    Pengambilan minuman berkafein meningkatkan kadar jantung dan tekanan darah.

    • Ubat-ubatan 

    Sesetengah ubat seperti serotonin boleh mengubah kadar degupan. Hubungi doktor jika kadar denyutan berubah secara tiba-tiba setelah pengambilan ubat baharu.

    Seperkara perlu diketahui, kadar degupan akan makin meningkat jika anda jadi panik melihat bacaan degupan jantung anda. Sebaliknya, anda perlu bertenang dan menilai jika peningkatan itu berbahaya atau tidak.

    Jika ia berlaku atas sebab yang jelas seperti sakit atau demam, rawatlah terlebih dahulu puncanya untuk melihat adakah degup jantung kembali normal.

    Denyutan jantung rendah

    Semakin rendah kadar degup jantung rehat, menunjukkan tahap otot jantung sihat. 

    denyutan jantung normal
    Kadar denyutan jantung rendah.

    Namun, jika terlalu rendah bagi mereka yang tidak bersukan atau sihat, ia petanda keadaan yang menjejaskan sistem elektrik jantung.

    Penurunan denyutan jantung normal secara mendadak di bawah tahap normal atau semasa berehat, mungkin menandakan sepsis – jangkitan sistemik berpotensi mengancam nyawa, pendarahan otak atau kegagalan sistem elektrik jantung.

    Individu yang ada penyakit, mengalami pendarahan berlebihan, ataupun kecederaan serius, pengsan atau pening; jika bacaan kadar jantung rendah, ini menunjukkan keadaan kecemasan.

    Faktor berikut boleh menyebabkan keadaan tersebut:

    • Trauma dada
    • Penyakit jantung
    • Serangan jantung
    • Rawatan untuk penyakit jantung kongenital
    • Sindrom sinus sakit
    • Terapi radiasi
    • Amiloidosis
    • Perikarditis
    • Penyakit Lyme
    • Demam reumatik
    • Penyakit vaskular kolagen
    • Miokarditis 
    • Distrofi otot

    Pengambilan ubatan tertentu juga boleh menyebabkan degupan jantung lemah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada Semalam

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan