Ramai belum tahu apa itu aritmia bukan? Adakah ia antara masalah jantung yang berbahaya dan biasa berlaku kepada individu? Teruskan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ramai belum tahu apa itu aritmia bukan? Adakah ia antara masalah jantung yang berbahaya dan biasa berlaku kepada individu? Teruskan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.
Apa itu aritmia merupakan masalah pada kadar atau ritma degupan jantung. Dalam keadaan ini, jantung anda akan berdegup terlalu laju, terlaju perlahan atau corak tidak sekata.
Ia akan terasa seperti getaran atau degupan jantung laju. Sesetengahnya adalah tidak bahaya, namun sebahagian lagi boleh menjadi serius atau sehingga mengancam nyawa.
Semasa aritmia, jantung tidak berupaya mengepam darah yang cukup kepada keseluruhan badan. Hal ini menyebabkan kerosakan mahupun kegagalan organ.
Ia boleh terjadi kepada pesakit pelbagai umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom biasa bagi aritmia adalah:
Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.
Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda.
Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.
Aritmia boleh berlaku sekiranya isyarat elektrik yang mengawal degupan jantung tertangguh atau terhalang.
Hal ini boleh berlaku sekiranya sel saraf khas yang menghasilkan isyarat elektrik tidak berfungsi dengan baik atau jika isyarat elektrik tidak berupaya menghantar ke jantung dengan baik.
Aritmia juga boleh terjadi sekiranya sebahagian jantung mula menghasilkan isyarat elektrik. Hal ini menambahkan isyarat daripada sel saraf khas dan mengganggu degupan jantung normal.
Beberapa punca biasa aritmia, antaranya:
Terdapat banyak faktor risiko bagi aritmia, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Untuk mendiagnis apa itu aritmia jantung, doktor anda akan melihat semula simptom dan sejarah perubatan anda serta melakukan pemeriksaan fizikal.
Doktor anda akan bertanyakan tentang – atau ujian untuk – keadaan yang mungkin mencetus aritmia, seperti penyakit jantung atau masalah pada kelenjar tiroid anda.
Doktor anda juga akan melakukan ujian pemerhatian jantung spesifik pada aritmia. Antaranya:
Sekiranya doktor anda tidak dapat mengesan aritmia semasa ujian tersebut, beliau boleh cuba mencetus aritmia anda dengan ujian lain, antaranya:
Di samping itu, pakar jantung anda boleh menggunakan elektrod tersebut untuk merangsang jantung anda untuk berdegup pada kadar yang mungkin mencetuskan atau menghentikan – aritmia.
Hal ini membolehkan doktor anda melihat lokasi aritmia dan apa yang mungkin menyebabkannya.
Bagi mencuba merawat aritmia, terdapat beberapa jenis teknik.
Rawatan bagi Aritmia jantung juga melibatkan penggunaan peranti boleh implan:
Dalam sesetengah kes, prosedur atu pembedahan mungkin rawatan yang disyorkan untuk aritmia jantung:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen