backup og meta

Nak Selesema Cepat Baik, Amalkan 6 Petua Ini! Semua Bahan Ada Di Rumah Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/01/2024

    Nak Selesema Cepat Baik, Amalkan 6 Petua Ini! Semua Bahan Ada Di Rumah Anda

    Anda hendak tahu apakah cara atau petua hilangkan selsema dewasa dan kanak-kanak? Kami kongsikan kepada anda enam petua hilangkan selsema dengan cepat yang boleh anda buat di rumah. Mudah dan pastinya melegakan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

    6 petua hilangkan selsema dewasa

    Selesema yang dialami pasti amat menjengkelkan terutama sekali apabila ingin tidur malam. Tidak tidur lena dibuatnya.

    Namun, anda tidak perlu risau lagi kerana kami ingin kongsikan beberapa petua hilangkan selsema dan hidung tersumbat yang boleh anda ikuti.

    #1. Kumur dengan air garam

    Ada kajian menyatakan bahawa amalan berkumur dengan air larutan garam boleh mencegah dan mengubati jangkitan yang berlaku pada saluran pernafasan.

    Selain itu, ia juga mengurangkan rasa sakit tekak yang anda alami. 

    Caranya adalah dengan mencampurkan satu sudu kecil garam dan satu sudu kecil soda bikarbonat atau baking soda ke dalam air suam.

    Kacau sehingga kesemuanya larut dan kumurlah dengan larutan tersebut. Anda juga boleh memasukkan air tersebut ke dalam rongga hidung.

    Petua hilangkan selsema dewasa ini merupakan antara yang paling biasa dan popular diamalkan dalam masyarakat kita. 

    #2. Minum air lemon

    petua hilangkan selsema dewasa
    Lemon dapat melegakan selesema, batuk dan sakit tekak.

    Lemon hilangkan selsema? Lemon merupakan antara buah yang mengandungi vitamin C dan sangat membantu merawat selesema, batuk atau sakit tekak yang anda alami.

    Hanya perahkan sedikit jus lemon dan campurkan ke dalam air suam.

    Jika terlalu masam, anda boleh menambahkan madu ke dalam air tersebut.

    Madu juga sangat bermanfaat untuk melegakan sakit tekak selain berfungsi sebagai bahan pemanis semula jadi.

    Minum air lemon ini dua kali sehari. 

    #3. Petua hilangkan selsema dewasa: Ambil makanan probiotik

    Makanan yang kaya dengan sumber probiotik juga boleh hilangkan selsema dan hidung tersumbat.

    Probiotik merupakan sejenis bakteria baik yang biasanya boleh dijumpai dalam makanan yang ditapai. Namun, ia juga boleh didapati dalam bentuk suplemen.

    Probiotik boleh membantu menguatkan kesihatan sistem imun dan juga usus anda.

    Selain itu, ia juga boleh mengurangkan risiko untuk anda mendapat jangkitan saluran pernafasan seperti selesema.

    Antara makanan yang kaya dengan probiotik ialah seperti yogurt, tempe dan kimchi.  

    #4. Air rebusan halia sebagai cara hilangkan selsema secara tradisional

    petua hilangkan selsema dewasa
    Petua hilangkan selesema dengan air rebusan halia.

    Salah satu kaedah atau petua hilangkan selsema dewasa adalah dengan menggunakan halia.

    Halia bukan sahaja digunakan sebagai bahan rempah masakan, tetapi boleh melegakan selesema.

    Kajian menunjukkan bahawa, air rebusan halia bukan sahaja melegakan selesema tetapi juga menghilangkan loya tekak yang boleh menyebabkan muntah.

    Untuk membuat air rebusan halia, anda hanya perlu menghiris beberapa potongan halia dan rebus dalam air sehingga mendidih.

    Minum air tersebut apabila suhunya telah suam.

    #5. Petua hilangkan selsema dengan cepat: Bawang putih

    Siapa sangka, cara hilangkan selsema dengan bawang putih juga wujud dan dapat membantu masalah selesema anda.

    Ini kerana bawang putih mengandungi sifat antimikrob yang boleh membantu melawan jangkitan.

    Cukup sekadar anda menambahkan bawang putih dalam hidangan anda, ia bermanfaat dalam mengurangkan tahap keseriusan selesema yang berlaku. 

    #6. Petua hilangkan selsema dewasa: Bam atau salap sejuk

    Setiap rumah pastinya ada menyimpan sekurang-kurangnya satu bekas kecil bam atau salap sejuk jika berlaku selesema atau sakit kepala.

    Salap seperti ini sememangnya boleh membantu selesema anda, terutama sekali dalam mengurangkan batuk dan juga kahak atau hingus.

    ubat selsema yang berkesan
    Jenis batuk dan maksudnya.

    Ini kerana, kebanyakan salap mengandungi kandungan menthol yang sangat baik untuk melegakan simptom selesema.

    Namun, ia tidak boleh disapu pada bayi kerana berisiko menyebabkan sawan. 

    Elakkan makanan dan minuman ini ketika selesema

    Rawatan sememangnya diperlukan bagi melegakan selesema.

    Namun, pencegahan juga adalah langkah penting agar selesema yang berlaku tidak menjadi lebih teruk.

    Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dijauhi sewaktu selesema. Antaranya ialah:

    • Produk tenusu
    • Minuman bergas tinggi gula
    • Makanan yang tinggi gula
    • Minuman beralkohol 
    • Makanan masin

    Makanan dan minuman yang dinyatakan ini boleh menyebabkan dehidrasi dan juga keradangan sehingga membuatkan selesema menjadi lebih teruk.

    Oleh itu, jauhi makanan-makanan ini sewaktu anda tidak sihat.

    Jangan lupa untuk minum banyak air ketika selesema, batuk atau sakit tekak. Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan