backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Legakan Masalah Hidung Tersumbat Dengan 6 Tip Ini Di Rumah, Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2023

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

    Legakan Masalah Hidung Tersumbat Dengan 6 Tip Ini Di Rumah, Berkesan!

    Ketidakselesaan hidung seperti hidung tersumbat adalah perkara biasa yang dialami oleh ramai orang. Kebiasaannya, gejala hidung tersumbat berlaku disebabkan selesema atau flu yang disebabkan oleh jangkitan virus seperti influenza, rhinovirus, adenovirus dan yang lebih menakutkan coronavirus. Dalam artikel ini, kami akan memberikan beberapa petua hilangkan selsema dan hidung tersumbat yang boleh anda cuba di rumah. Jangan risau kerana cara mengatasi hidung tersumbat yang kami kongsikan ini adalah sangat mudah dan sememangnya berkesan. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

    Tip & remedi hilangkan selsema dan hidung tersumbat

    Anda pasti pernah mendengar pelbagai petua dan cara melegakan hidung tersumbat. Namun ada juga tip yang dikongsikan itu tidak begitu berkesan.

    Lihat lima cara untuk hilangkan masalah hidung tersumbat seperti di bawah ini:

    #1. Cara mengatasi hidung tersumbat: Penyedutan wap

    hilangkan selsema dan hidung tersumbat

    Cara ini telah lama digunakan sejak zaman-berzaman kerana ia memberikan kelegaan segera daripada ketidakselesaan akibat hidung tersumbat. 

    Penyedutan wap dengan cara menyedut udara hangat boleh membantu melembapkan dan membersihkan saluran hidung1

    Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan membuka pancuran mandian panas dalam bilik mandi anda.

    Kemudian, biarkan udara panas memenuhi ruangan bilik mandi. Ambil sehelai kain bersih dan letakkan di belakang kepala anda sambil anda menundukkan kepala2

    Cara ini boleh membantu anda menyedut wap air hangat dengan lebih berkesan. Untuk meningkatkan keberkesanannya, masukkan beberapa titis minyak kayu putih atau minyak pudina dalam tab air panas anda. 

    Anda juga boleh menggunakan pelembap udara dalam rumah untuk melembapkan hidung2

    #2. Hilangkan selsema dan hidung tersumbat melalui penghidratan

    Kekal hidrat merupakan langkah yang sangat penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh manusia. Namun, anda mungkin tidak sangka ia juga membantu dalam melegakan masalah hidung tersumbat. 

    Kandungan air yang banyak dalam badan boleh membantu mencairkan lendir dalam saluran hidung, menggalakkan kelancaran pernafasan dan melegakan kesesakan hidung3 4

    Anda boleh minum air biasa, sup atau teh hangat yang boleh melegakan sakit tekak dan memastikan saluran hidung sentiasa lembap.

    #3. Kompres panas

    Ini merupakan kaedah yang paling cepat dan mudah kerana boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. 

    Caranya, letakkan kompres hangat pada hidung dan dahi untuk membantu melegakan keradangan yang menyebabkan hidung tersumbat5

    Untuk membuat kompres hangat di rumah, cukup dengan merendamkan tuala kecil ke dalam air suam. Kemudian, perahkan lebihan air dan letakkan di atas dahi dan hidung anda. 

    Kehangatan daripada tuala ini akan membantu mengurangkan keradangan dan membuka saluran hidung5.

    #4. Hilangkan selsema dan hidung tersumbat: Tinggikan kepala ketika tidur

    hilangkan selsema dan hidung tersumbat

    Jika anda kerap terjaga pada waktu malam disebabkan hidung tersumbat, anda perlu mengubah ketinggian kepala anda. 

    Dengan meninggikan kepala semasa tidur, anda boleh membantu sinus dalam hidung mengalir dengan lebih berkesan6.

    Anda boleh menambahkan bantal atau meninggikan sedikit katil jika anda menggunakan katil boleh laras. 

    #5. Makan makanan pedas

    Jika anda seorang yang gemar atau boleh tahan dengan rasa pedas, ambillah makanan seperti ini sewaktu hidung sedang tersumbat.

    Ini kerana, makanan pedas boleh menjadi dekongestan semula jadi, sebagai cara mengatasi hidung tersumbat7

    Makanan dengan rasa pedas boleh membantu mencairkan lendir, seterusnya memberikan kelegaan sementara daripada penyumbatan lubang hidung8.

    #6. Hilangkan selsema dan hidung tersumbat dengan bersenam

    Senaman ringan juga boleh membantu meningkatkan kelancaran pernafasan, dan berperanan mengurangkan gejala hidung tersumbat9

    Namun pastikan anda tidak melakukan senaman secara berlebihan terutamanya ketika anda berada dalam keadaan yang tidak sihat.

    Risiko penyakit pernafasan dalam kehidupan seharian

    hilangkan selsema dan hidung tersumbat

    Dalam kehidupan seharian, sama ada ketika kita bekerja, bersukan ataupun bercuti, kita berpotensi terdedah kepada risiko penularan virus bawaan udara. Di sinilah langkah pencegahan menjadi sangat kritikal bagi setiap individu. 

    Walaupun cara hilangkan selsema dan hidung tersumbat di atas boleh memberikan kelegaan, namun ia masih tidak boleh menangani penyebaran risiko jangkitan virus yang berlegar-legar di udara.

    Oleh itu, untuk mengatasinya, kita juga memerlukan perlindungan tambahan setiap hari. 

    Semburan hidung VirX menawarkan cara mudah dan berkesan yang bukan sahaja menangani masalah hidung tersumbat, tetapi juga mengurangkan risiko anda daripada dijangkiti penyakit pernafasan virus dengan ketara. 

    Semburan hidung VirX diformulasi untuk menghapuskan 99.9% virus dalam masa hanya dua minit selepas penggunaan.

    Terbukti secara klinikal, semburan hidung ini juga berkesan terhadap pelbagai variasi virus dan mikrob, dan sesuai digunakan untuk kebanyakan individu berumur lebih 12 tahun. 

    Jadi, walaupun tip atau remedi di rumah boleh memberikan kelegaan sementara daripada hidung tersumbat, VirX menawarkan penyelesaian secara menyeluruh.

    Ia bukan sahaja hilangkan selsema dan hidung tersumbat, tetapi juga melindungi anda daripada jangkitan virus bawaan udara.

    Kesimpulan 

    Jangan biarkan masalah hidung tersumbat dan ancaman penyakit pernafasan virus mengganggu aktiviti seharian anda.

    Dengan VirX, anda boleh bernafas dengan lega dan meneruskan rutin harian tanpa halangan.

    Alami sendiri manfaat semburan hidung VirX untuk diri anda dan juga ahli keluarga yang lain.

    Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai semburan hidung VirX sekarang!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan