backup og meta

6 Mitos Rawat Batuk Di Internet, Ada Yang Mungkin Berkesan, Ada Yang Tidak!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2023

    6 Mitos Rawat Batuk Di Internet, Ada Yang Mungkin Berkesan, Ada Yang Tidak!

    Kalau cari di internet, pasti ada banyak cara hilangkan batuk dengan cepat yang anda boleh cuba amalkan. Persoalannya, adakah kesemua petua itu akan menjadi atau cuma mengarut? Jom baca artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

    Batuk, beberapa punca dan kesan ia berlaku

    Untuk pengetahuan anda semua, batuk merupakan satu tindak balas sistem imun tubuh badan untuk membersihkan tekak serta salur pernafasan daripada bendasing seperti lendir, cecair atau mikrob.

    Pun begitu, batuk yang berterusan dan berpanjangan dalam tempoh lama itu juga adalah petanda penyakit. Mungkin jangkitan daripada virus dan bakteria yang berbahaya boleh menjadi penyebab utamanya.

    Apabila dibiarkan begitu sahaja, kemungkinan ia untuk sembuh secara semula jadi akan menurun secara mendadak!

    Disebabkan itu pula, pengambilan ubatan dan rawatan klinikal amatlah diperlukan. Ada juga individu yang lebih suka dengan kaedah rawatan tradisional, yang mungkin boleh membantu merawat masalah ini.

    cara hilangkan batuk

    Cara hilangkan batuk di internet yang popular

    Sudah lumrah masyarakat kita, ada banyak petua orang lama yang sering individu amalkan. Contohnya, penggunaan minyak gamat pada luka kecil di kulit. Namun, tahukah anda akan tahap keberkesanannya?

    Begitu juga dengan cara hilangkan batuk yang banyak dicari di internet. Di bawah ini merupakan beberapa contoh mitos yang popular:

    #1. Minum air sarsi

    Buat anda yang belum tahu, air sarsi atau sarsaparilla itu dihasilkan daripada sejenis akar Smilax ornata atau Smilax officinalis sebagai air minuman bergas dan sangat popular di rantau Asia.

    Kalau dilihat dari sudut logik, memang benar akar ini memiliki sifat antioksidan, antiradang dan antimikrob. Ia bagus untuk tubuh badan kita apabila dimakan atau diminum secara semula jadi.

    Namun sampai sekarang, masih belum ada kajian saintifik yang dapat menyatakan dan membuktikan bahawa air sarsi dalam bentuk minuman atau ubatan mampu membantu merawat masalah ini!

    #2. Hirup sup ayam

    cara hilangkan batuk

    Sama seperti mitos sup ketam yang dikatakan mampu melawan demam denggi, sup ayam pula dikhabarkan boleh merawat batuk terutamanya jika ia diambil dalam keadaan yang masih panas-panas.

    Alasannya, suhu sup yang hangat itu mampu memberikan sensasi melegakan kepada tekak ketika batuk. Perkara lebih menarik, ramai yang mendakwa bahawa bahan semula jadi yang ada di dalam sup itu bagus.

    Benar, sup panas memang mampu melegakan sakit dan gatal tekak apabila sedang batuk. Tetapi, ia tidak akan mampu untuk melawan jangkitan mikrob punca sebenar batuk sekali gus tidak efektif!

    Cara hilangkan batuk #3. Madu

    Ketiga, anda pasti tidak terkejut jika ramai orang percaya bahawa madu boleh membantu merawat masalah batuk.

    Menariknya, ia mungkin entri mitos yang berkesan! Menurut kajian melibatkan kanak-kanak berumur 1 ke 5 tahun, pengambilan 2 sudu kecil madu pada waktu malam mampu mengurangkan batuk.

    Dalam kajian yang sama lagi, madu dipercayai mempunyai tahap keberkesanan serupa dengan dextromethorphan – salah satu bahan utama di dalam kandungan ubat batuk yang biasa doktor berikan.

    Namun, berkesan atau tidak juga bergantung kepada individu. Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor lagi-lagi jika anda ingin berikan madu kepada anak kecil!

    #4. Makan buah nanas

    Lupakan mitos bahawa nanas boleh menjadi punca keguguran. Kini, ada satu lagi mitos di internet yang kata makan buah ini adalah antara cara hilangkan batuk dengan berkesan yang anda boleh cuba amalkan.

    cara hilangkan batuk

    Disebabkan ia mengandungi kompaun aktif bromelain, ramai yang mempercayai ia bagus dimakan ketika batuk. Pun begitu, masih belum ada kajian lanjutan yang mampu membuktikan teori popular ini.

    #5. Kunyah daun pudina

    Seperti ramai sedia maklum, kandungan mentol di dalam daun ini mampu menyejukkan dan menyegarkan tekak yang perit ketika sedang batuk. Tidak dinafikan, teori ini benar dan tiada kesan sampingan.

    Apa yang menjadi masalahnya, efek sejuk dan segar itu hanya bersifat sementara. Ia sama sekali tidak akan membantu melawan infeksi daripada mikrob yang memicu punca sebenar di sebalik batuk berlaku.

    Cara hilangkan batuk #6. Halia

    Terakhir, tidak kurang juga ramai yang percaya bahawa halia terutama dalam air teh mampu menghilangkan masalah batuk.

    Sebenarnya, cara ini mungkin boleh berkesan. Ini kerana ia mengandungi banyak karakteristik antiradang yang sudah tentu bagus untuk membantu melawan kerengsaan pada tekak gara-gara batuk.

    Disokong oleh kajian pada tahun 2015, halia merupakan salah satu daripada 10 herba alami yang ternyata bagus untuk kesihatan tubuh badan. Pun begitu, ia masih tergolong sebagai alternatif semula jadi.

    Konklusinya, jangan mudah percaya dengan mitos di internet! Dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan