Serat tidak boleh larut tidak menyerap air. Anda boleh menjumpai serat jenis ini di dalam gandum, bran, beras perang, biji dan kulit buah. Serat tidak larut ini boleh membantu membersihkan usus anda.
Diet tinggi fiber dan asma
Apabila anda makan sayur-sayuran dan buah-buahan (yang mana mengandungi serat yang tinggi), bakteria di dalam usus akan membantu anda mencerna serat yang anda makan. Mikrob tersebut akan memecahkan serat boleh larut seperti pectin yang terdapat di dalam epal, buah beri, pear, buahan sitrus, kepada asid lemak berantaian pendek (short chain fatty acid). Asid lemak berinteraksi dengan tisu di dalam tulang, di mana sel-sel imun dilepaskan. Ini boleh membantu mencegah sistem imun anda dari terlebih bertindak kerana apabila ia terlalu aktif boleh menyebabkan keradangan. Oleh itu, makan makanan berserat boleh membantu mencegah keradangan.
Di beberapa buah negara, pengambilan serat dalam diet mereka adalah tinggi sementara sebaliknya berlaku di beberapa buah negara lain. Ini boleh dikaitkan dengan insiden asma. Asma lebih sering terjadi di negara yang penduduknya tidak mengambil serat boleh larut secukupnya. Sebagai contoh, sejak 1960-an, insiden asma semakin meningkat dan pengambilan serat menurun di negara-negara barat. Pada masa yang sama, asma kurang terjadi di negara yang mana sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan bahagian terbesar di dalam pemakanan harian mereka (seperti negara-negara Afrika).
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen