Bagi spacer, selepas mencabutnya dari inhaler, semburkannya dengan sedikit air suam menggunakan sabun ringan. Jangan gunakan air panas, alkohol atau disinfektan. Kemudian, bilas dengan air bersih dan biarkan ia kering sepanjang malam. Jangan keringkan menggunakan tuala kerana ia akan menyebabkan ia menjadi keras.
Sebelum menggunakan inhaler, seperti kebanyakan ubat, sila periksa tarikh luputnya. Tulis tarikh mula dan akhir pada inhaler tersebut agar anda tahu bila perlu menggantikannya. Anda boleh ambil jumlah dos atau semburan pada inhaler tersebut dan bahagikannya kepada dos harian. Contohnya, jika ada 100 sembura dan dos harian anda ialah 4 semburan/hari, inhaler anda boleh digunakan selama 25 hari. Ini bermakna anda perlu menggantikannya selepas 25 hari.
Anda boleh menggoncang dan memanaskan bekasnya menggunakan tangan anda sahaja. Jangan gunakan cara lain. Simpan inhaler pada suhu bilik di tempat yang mudah dicari.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen