backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

7 Bahan Semula Jadi Dapat Membantu Merawat Asma Anda Di Rumah, Cubalah!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 2 hari lalu

    7 Bahan Semula Jadi Dapat Membantu Merawat Asma Anda Di Rumah, Cubalah!

    Setiap kali hujan, anda berasa susah hati kerana bimbang diserang asma? Bertenang, Hello Doktor ada cara hilangkan asma dengan cepat melalui petua semula jadi untuk anda cuba.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

    Cara hilangkan asma dengan cepat

    Apa yang dimaksudkan dengan kondisi asma sebenarnya?

    Asma merupakan penyakit jangka masa panjang yang melibatkan saluran pernafasan anda. Simptom seperti batuk, sesak nafas atau kesempitan dada boleh mengganggu dan membuat hidup anda menjadi agak kurang berkualiti.

    Selain daripada ubat asma di farmasi, barang di dapur anda juga boleh menjadi petua hilangkan semput cara tradisional dalam membantu merawat kondisi ini.

    #1. Halia

    Halia merupakan salah satu penyedap makanan yang sering digunakan di serata dunia. Sejak bertahun lama, halia digunakan untuk merawat beberapa masalah kesihatan.

    Ia terdiri daripada antioksida dan kesan anti keradangan.

    Asma merupakan keadaan yang menjejaskan saluran pernafasan. Udara masuk dan keluar dari paru-paru melalui saluran pernafasan.

    Apabila anda menghidap asma, saluran pernafasan anda menjadi sempit, bahagian dalamnya sakit dan bengkak.

    Halia boleh membantu mengurangkan pengecutan saluran pernafasan dan menghalang saluran kalsium plasma membran.

    cara hilangkan asma dengan cepat
    Halia bantu hilangkan semput.

    Oleh itu, otot saluran pernafasan akan relaks, sekali gus melegakan simptom asma.

    Halia juga terkenal dengan manfaatnya dalam melegakan jangkitan pernafasan, batuk, demam, loya semasa hamil, kanser,tekanan darah tinggi, arthritis, migrain dan cirit birit.

    #2. Bawang

    Bawang terkenal sebagai perasa makanan. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa bawang boleh digunakan untuk merawat beberapa masalah kesihatan?

    Bawang mempunyai kriteria anti keradangan. Ia boleh membantu membersihkan saluran pernafasan anda.

    Anda boleh menggunakan bawang secara mentah mahupun di dalam salad bersama sayuran yang lain.

    #3. Mustard, antara cara hilangkan asma dengan cepat

    Minyak mustard telah digunakan sebagai penambah rasa dalam makanan selama bertahun lamanya.

    Namun, ia juga terkenal dengan manfaat kesihatannya. Ia boleh digunakan dalam menangani serangan asma yang teruk dengan membersihkan saluran pernafasan .

    Tambahan lagi, benih mustard adalah berkesan dalam mengubati kanser gastrointestinal dan kolorektal.

    Urut badan anda dengan minyak mustard sekali sehari sebelum mandi bagi membantu mengurangkan sakit otot, terseliuh, melegakan rheumatism dan arthritis.

    #4. Kopi

    Kopi merupakan minuman yang paling gemar diminum di serata dunia.

    Anda boleh meminum secawan kopi untuk kekal segar. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa kafein di dalam kopi boleh melakukan lebih daripada hanya sekadar meningkatkan keupayaan daya tumpuan anda.

    Kafein mirip kepada sejenis ubat dipanggil theophylline. Theophylline boleh membuka saluran pernafasan anda.

    Oleh itu, ia boleh menjadi petua hilangkan kahak asma melegakan simptom seperti batuk, nafas berbunyi atau sesak nafas.

    Kopi bantu hilangkan semput.
    Kopi bantu hilangkan semput.

    Terdapat kajian yang menunjukkan kuantiti kafein yang kecil boleh membantu dalam menambahbaik fungsi paru-paru dalam masa 4 jam.

    Cara hilangkan asma dengan cepat #5. Kunyit

    Kunyit selalunya dijumpai di kawasan Asia, digunakan sebagai perasa atau bahan perubatan.

    Kunyit mengandungi curcumin yang boleh mengurangkan keradangan dan pengecutan saluran pernafasan, menambahbaik saluran pernafasan yang terjejas.

    Kunyit juga bagus untuk penghidap rheumatoid arthritis, chronic obstructive pulmonary disease (COPD), gangguan hati, luka diabetes, selesema, batuk dan penyakit yang disertakan dengan sakit abdomen.

    Cara hilangkan asma dengan cepat #6. Serai

    Serai atau cymbopogon, merupakan tumbuhan asli yang tumbuh di India dan kawasan tropika Asia, Afrika dan Australia.

    Ia mengandungi pelbagai vitamin termasuklah vitamin B1, B2, B3. B5, B6 dan mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium.

    Serai telah digunakan sebagai ubatan tradisional sebagai cara hilangkan asma dengan cepat dan penyakit gangguan pernafasan yang lain.

    Ia mengurangkan keradangan dan membantu badan anda melawan jangkitan. Serai juga mengandungi vitamin C yang meningkatkan sistem imun anda.

    serangan asma
    Pencetus serangan kondisi asma.

    Cara hilangkan asma dengan cepat #7. Madu

    Madu bukanlah asing bagi anda, bukan? Ia boleh dijumpai di serata tempat di dunia.

    Madu boleh digunakan di dalam makanan, minuman, kosmetik, pelembap, pewangi atau petua kesihatan dalam merawat batuk, keradangan, demam, jangkitan.

    Laporan juga telah diperolehi bahawa madu mengandungi ciri-ciri antioksida, antibakteria dan antiimmunomodulatori sekali gus menjadi antara pilihan makanan hilangkan semput.

    Madu boleh digunakan untuk:

    • cirit-birit
    • ulser perut yang disebabkan jangkitan Helicobacter pylori
    • luka pada kulit
    • kulit terbakar kesan cahaya matahari

    Sebenarnya, banyak lagi barang di dapur anda yang digunakan sebagai bahan memasak turut boleh digunakan sebagai cara hilangkan asma dengan cepat. Ia mudah dijumpai tetapi sangat berkesan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 2 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan