backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Badan Kerap Letih & Lesu Apabila Meningkat Usia, Ini Cara Nak Tingkatkan Tenaga Orang Tua

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    Badan Kerap Letih & Lesu Apabila Meningkat Usia, Ini Cara Nak Tingkatkan Tenaga Orang Tua

    Pertambahan usia bukan sahaja boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan individu, malah juga mampu menurunkan paras kecergasan seseorang itu. Ia mungkin dapat diatasi dengan melakukan beberapa tabiat termasuk mengamalkan makanan penambah tenaga untuk orang tua!

    Persoalannya, apakah antara amalan dan makanan penambah tenaga untuk orang tua di usia emas?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

    Penuaan & masalah rasa kurang tenaga dalam badan

    Kekurangan tenaga dalam kalangan orang tua akan menyebabkan mereka lebih mudah dan kerap rasa letih atau lesu! Salah satu puncanya adalah kerana kekurangan vitamin untuk tambah tenaga orang tua dalam tubuh.1 

    Kebiasaannya, masalah keletihan atau kelesuan dalam golongan berusia ini juga dikaitkan dengan kesan daripada aktiviti fizikal, tekanan pada mental, kebosanan serta kekurangan waktu rehat dan tidur2.

    Apa yang lebih membimbangkan, kekurangan tenaga dalam badan juga mungkin merupakan petanda tubuh tidak sihat2

    Selain itu, terdapat beberapa lagi punca kenapa kita rasa kurang bertenaga untuk lebih cergas beraktiviti termasuk3:

    • Gangguan tidur seperti apnea atau insomnia
    • Anemia zat besi
    • Masalah kelenjar tiroid
    • Masalah pada mental
    • Isu organ utama – paru-paru, jantung, buah pinggang
    • Penyakit kronik – artritis, diabetes, strok, kanser, sklerosis berbilang (multiple sclerosis)
    • Gaya hidup yang tidak sihat
    • Tabiat pemakanan yang tidak sihat 
    • Perubahan hormon dalam tubuh badan
    • Pengambilan ubatan atau rawatan tertentu

    Menurut kajian seliaan University of Massachusetts pada tahun 2021, rasa kekurangan tenaga menjejaskan sebanyak 40 – 74% warga emas yang mempunyai penyakit kronik4.

    Jadi, kita semua perlu tahu apakah jenis amalan serta makanan penambah tenaga untuk orang tua dan minuman berkhasiat untuk warga emas yang bagus!

    Amalan penambah tenaga untuk warga emas

    Hakikatnya, jika sekadar mengamalkan makanan penambah tenaga untuk orang tua mungkin belum cukup untuk menyelesaikan masalah rasa kekurangan tenaga bagi warga emas ini.

    Oleh itu, apa lagi yang anda perlukan? Sekiranya anda benar mahu cergas di usia tua, lakukan amalan-amalan di bawah ini:

    1. Senaman

    Senaman merupakan cara yang termudah dan terbaik untuk membantu kita dalam melawan kesan penuaan,” jelas Pakar Geriatrik & Epidemiologi, Dr Linda Fried4.

    Ini kerana, senaman boleh mendatangkan banyak manfaat pada individu terutama kepada orang tua, termasuk5:

    • Menguatkan sistem imun
    • Melambatkan jam biologi
    • Mengekalkan keremajaan tubuh dan otak
    makanan penambah tenaga untuk orang tua
    Senaman boleh membantu melawan kesan penuaan.

    2. Hentikan tabiat buruk

    Dalam masa yang sama, hentikan segala tabiat-tabiat buruk seperti menghisap rokok, mengambil alkohol, tidak melakukan aktiviti fizikal, kurang tidur berkualiti dan mengambil makanan ringan6.

    Dengan menghentikan tabiat buruk ini, ia bukan sahaja akan membuat tubuh badan anda lebih sihat kerana membantu kurangkan risiko penyakit, malah membuatkan diri lebih cergas untuk melalui kehidupan di usia tua.

    Di samping amalan ini, tambah juga menu makanan penambah tenaga untuk orang tua serta minuman berkhasiat untuk warga emas ke dalam diet anda!

    Makanan penambah tenaga untuk orang tua

    Apabila bercakap tentang pengamalan pemakanan untuk warga emas, ia perlu tepat kerana ia juga bergantung pada tahap aktiviti dan tahap kesihatan mereka. 

    Maka, tidak hairan jika telah wujud banyak menu makanan penambah tenaga untuk orang tua dan minuman berkhasiat untuk warga emas yang giat diiklankan di pasaran.

    Bukan hanya penjagaan makanan di usia emas sahaja, sebaliknya kita semua amat memerlukan diet yang sihat dan seimbang pada setiap peringkat usia. Tujuannya, adalah untuk memanjangkan umur dan menguatkan daya hidup7.

    Pemakanan yang baik untuk warga emas.

    zat nutrisi
    Pemakanan yang baik untuk warga emas.

    Apa yang penting, ambil tahu tip-tip  minuman dan makanan penambah tenaga untuk orang tua ini:

    #1. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan

    Pertama, setiap warga emas perlu lebih banyak mengambil nutrien dan antioksidan termasuk polifenol, karotenoid, folat, vitamin C dan banyak lagi7 yang boleh didapati dari sumber sayuran dan buah-buahan.

    Ini kerana, kajian dan ujian epidemiologi menunjukkan bahawa pengambilan makanan berasaskan tumbuhan akan membantu mengurangkan risiko penyakit kronik sehingga 50%7.

    Namun, ia juga perlu disertakan dengan pelbagai khasiat lain agar hidangan kalian lengkap untuk menambahkan tenaga dalam badan!

    #2. Kekacang adalah snek bekal tenaga 

    Tahukah anda, kekacang seperti walnut atau kacang hazel merupakan salah satu pilihan makanan penambah tenaga untuk orang tua yang bagus?.

    Apa yang lebih penting, kekacang sarat dengan kandungan lemak sekali gus tinggi dengan tenaga8.  Lemak yang didapati dalam kekacang seperti lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu mempunyai banyak manfaat kepada badan kita.

    Sekiranya anda mengambil kekacang pada jumlah yang disarankan dan menghindar bahan tambahan seperti gula, garam dan minyak berlebihan, hidangan ini sudah pasti boleh menjadi snek terbaik di antara waktu makan8

    Namun begitu, kebanyakan kekacang mempunyai tekstur yang keras. Jadi ia mungkin agak sukar dikunyah bagi warga emas. Jadi, mereka boleh ambil kekacang ini dalam diet mereka dalam bentuk yang sudah direbus atau ditumbuk halus agar memudahkan pengambilan. 

    #3. Utamakan makanan yang kaya kalsium

    makanan penambah tenaga untuk orang tua

    Tahukah anda bahawa satu daripada dua orang warga emas mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obes? Orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes berisiko untuk rasa kurang bertenaga9

    Pengambilan diet seimbang yang merangkumi makanan penambah tenaga untuk orang tua yang kaya dengan kalsium adalah perlu digalakkan. 

    Kalsium merupakan nutrien yang penting untuk kesihatan tulang. Selain itu, kalsium juga memainkan peranan penting dalam proses regulasi metabolisme tenaga di samping akan membantu mengawal berat badan individu agar tubuh badan dapat kekal cergas dan sihat10.

    Menambahkan lebih banyak sumber kalsium daripada tenusu seperti susu, keju, yogurt dan lain-lain ke dalam diet, dapat membantu warga emas untuk mengekalkan kekuatan tulang. 

    Tulang yang kuat penting untuk mengekalkan kebebasan bergerak supaya dapat melakukan aktiviti harian dengan penuh bertenaga.

    Jadi, ada 4 cara untuk orang tua mendapatkan tenaga yang lebih banyak melalui diet iaitu:


    1. Fokus makanan berasaskan tumbuhan.
    2. Pilih makanan yang tidak diproses.
    3. Kekacang adalah snek paling bertenaga.
    4. Utamakan makanan yang kaya kalsium.

    Antara pilihan susu untuk bantu tambah tenaga orang tua

    Kini, sudah banyak pilihan susu berkhasiat yang terdapat di pasaran. Antara produk yang anda boleh pertimbangkan adalah Anlene!

    Anlene dikenali sebagai jenama susu tepung dewasa nombor satu di Malaysia, kini memperkenalkan Anlene Total 10.

    Anlene Total 10 mengandungi  kalsium, kolagen, protein, zat besi dan zink, inulin, vitamin (A, B2, B6, B12, C, D, E) serta MFGM Active; kesemuanya nutrien penting yang diperlukan untuk orang dewasa. 

    BELI SEKARANG di Shopee – Diskaun RM5.00 dengan kod promosi ini: SELBYJI1

    Kandungan susu tinggi kalsium dan pelbagai nutrien lain ini sudah tentu mampu membantu tubuh badan anda dalam memberi tenaga yang amat diperlukan oleh individu di usia emas.

    Dengan pengambilan susu ini dalam diet berserta amalan gaya hidup sihat termasuk senaman, mengelakkan tabiat buruk dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala, dapat membantu warga emas untuk mengekalkan gaya hidup aktif dan rasa bertenaga dalam aktiviti harian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan