Manakala fosforus pula sangat penting untuk metabolisme badan seperti cara tubuh memproses karbohidrat dan lemak, menyokong penghasilan protein dalam badan dan pembaikan sel serta tisu 5.
Bagi mereka yang berumur antara 19 hingga 50 tahun, saranan pengambilan kalsium harian adalah sebanyak 1,000 mg bagi kedua-dua lelaki dan perempuan 7.
Untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi setiap hari seperti ini, anda boleh mengambilnya menerusi makanan seperti kekacang, biji-bijian dan keju.
Susu seperti susu dewasa juga adalah antara jenis minuman yang diformulasi kaya dengan kalsium.
Jadi, pastikan susu yang anda pilih itu mengandungi kalsium dan fosforus.
#3. Susu dewasa mestilah mengandungi zat besi
Zat besi juga merupakan antara nutrien penting yang perlu dilihat dalam susu yang hendak dibeli.
Zat besi merupakan komponen dalam hemoglobin yang berperanan membawa atau membekalkan oksigen ke seluruh bahagian tubuh 8.
Selain itu, zat besi yang mencukupi dalam tubuh badan juga boleh mengurangkan risiko kita daripada mendapat penyakit anemia 9.
Bukan itu sahaja, sesetengah jenis hormon badan juga memerlukan zat besi dalam proses sintesisnya dan tindakannya ke atas sel sasaran 10.
Selain itu, zat besi juga penting dalam menyokong fungsi sel imun 11 dalam badan, yang penting untuk mengekalkan sistem pertahanan yang baik.
Saranan pengambilan zat besi harian bagi lelaki berumur 19 tahun ke atas adalah sebanyak 9 mg. Manakala bagi wanita berumur 19 – 50 tahun adalah 20mg sehari 12.
Oleh sebab itu, pastikan susu untuk dewasa yang ingin dibeli perlulah mengandungi zat besi yang mencukupi bagi memenuhi keperluan harian tubuh.
Selain susu, anda juga boleh mendapatkan zat besi daripada makanan seperti bayam, kangkung, kerang dan daging tanpa lemak.
#4. Mesti ada vitamin B
Vitamin B juga adalah antara nutrien yang perlu diambil oleh setiap orang.
Vitamin B seperti asid folik and vitamin B12 berperanan dalam membantu menghasilkan sel darah merah baharu, Vitamin B1, B2, B3, asid pantotenik dan B6 membantu menukarkan makanan kepada tenaga selain mengekalkan kesihatan sel kulit, otot, otak dan juga fungsi saraf 13 14 15.
Jadi, jika anda seorang yang aktif setiap hari, maka susu dewasa yang mengandungi / tinggi dengan vitamin B seperti ini amatlah penting untuk memenuhi keperluan harian seterusnya menyokong kesihatan keseluruhan anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen