Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Kesihatan kulit kita mudah terkesan dengan banyak faktor: penuaan, terdedah kepada matahari, cuaca buruk dan tabiat buruk. Terdapat juga faktor yang kita tidak boleh kawal: cuaca dan penuaan. Terdapat juga faktor yang boleh diubah: cara hidup, diet, warisan dan tabiat peribadi lain.
Semua faktor ini menyumbang kepada pemusnahan sel yang membawa kepada kedutan pramatang dan tompokan penuaan. Faktor lain adalah stres, graviti, pergerakan muka harian, obesti dan bahkan posisi tidur.
Penuaan kulit adalah proses semula jadi. Maka setiap orang perlu melaluinya. Walau bagaimanapun, dengan penambahan pencemaran, penuaan kulit berlaku lebih awal terutamanya bagi wanita.
Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Terdapat 3 manifestasi utama penuaan kulit. Setiap satunya memberi kesan kepada kulit dengan cara yang berbeza.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Terdapat banyak perkara yang menyebabkan penuaan kulit. Sebahagiannya tidak boleh dilakukan apa-apa manakala sebahagiannya boleh diuruskan.
Satu perkara yang tidak boleh diubah ialah proses penuaan semula jadi. Semakin lama, kulit kita akan hilang sebahagian dari keremajaannya: kulit menjadi semakin nipis dan kering dan garisan serta kedutan mula kenampakan. Genetik kita mengawal perubahan ini. Istilah perubatan bagi jenis penuaan ini ialah “penuaan dalaman” (intrinsic aging).
Kita boleh menguruskan persekitaran dan pilihan cara hidup kita untuk mencegah penuaan pramatang. Istilah perubatan untuk jenis penuaan ini ialah “penuaan luaran” (extrinsic aging). Mujurlah, dengan mengambil langkah-langkah pencegahan, kita boleh melambatkan kesan-kesan penuaan ini ke atas kulit kita.
3 faktor risiko ini dipercayai yang paling kerap:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Pakar boleh memeriksa kulit anda untuk melihat kerosakan kulit, kedutan, garis halus dan tanda-tanda penuaan yang lain. Semakin lama kulit menua, jumlah kolajen dan elastin – protein yang memberikan kulit anda ketegangan dan keanjalannya – berkurang secara perlahan. Tambahan lagi, lemak yang memberikan kulit kelihatan penuh dan lembut mula hilang rupa. Pakar kulit mengambil sejarah perubatan dan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengetahui lebih banyak tentang kulit anda dan menilai sebarang perubahan yang terkait dengan penuaan.
Bagi mengelakkan tanda-tanda awal penuaan, pilihan rawatan menggunakan retinoid, vitamin C dan asid alfa hidroksi mungkin memadai. Untuk kerosakan ringan ke sederhana pada muka disebabkan matahari, mengupas menggunakan bahan kimia, dermabrasi atau pelapisan semula menggunakan laser mungkin membantu.
Garisan muka yang lebih dalam mungkin dirawat menggunakan toksin atau penapis botulinum yang terdiri daripada suntikan asid hyaluronik, lemak anda dan implan Gore-Tex.
Sesetengah orang mungkin memilih pembedahan seperti pembedahan muka atau pembedahan kosmetik pada kelopak mata. Tidak kira anda melakukan mana-mana dari perkara ini dan berapa banyak yang anda lakukan, ia adalah pilihan peribadi.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi penuaan kulit:
Berhenti menggunakan produk penjagaan kulit yang menyengat atau membakar: Apabila kulit anda terbakar atau tersengat, ia bermakna kulit anda sedang terengsa. Ini boleh menyebabkan ia kelihatan lebih tua.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen