backup og meta

5 Teknik Nak Dapatkan Santan Pekat Lebih Banyak, Baru Masakan Lagi Sedap!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/05/2023

5 Teknik Nak Dapatkan Santan Pekat Lebih Banyak, Baru Masakan Lagi Sedap!

Santan yang diperah segar setiap hari ternyata lebih sedap dan berlemak berbanding penggunaan santan kotak atau serbuk santan yang dijual di pasaran. Apatah lagi jika hidangan itu menggunakan jenis santan pekat, ia sememangnya lebih enak. Namun, tidak ramai daripada kita yang tahu cara buat santan pekat dan kaedah mendapatkan ibu santan dalam kuantiti yang banyak.

Ini teknik memerah ibu santan yang boleh anda cuba di rumah. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Cara buat santan pekatsantan pekat

Mungkin ada sesetengah daripada kita yang mempunyai teknik tersendiri untuk mendapatkan santan yang lebih likat atau pekat.

Bagi yang masih belum tahu atau sering gagal mendapatkan ibu santan yang banyak ketika memerah kelapa parut, ini petua yang boleh anda gunakan. 

#1. Gunakan air suam untuk dapatkan santan pekat

Bagi mendapatkan ibu santan, air suam perlulah digunakan berbanding air paip biasa.

Elakkan juga daripada menggunakan air panas kerana ia boleh menyebabkan santan menjadi pecah minyak.

Air suam membantu untuk memerah lebih banyak kandungan ibu santan daripada kelapa parut tersebut.

#2. Bahagikan kelapa kepada dua bahagian

santan pekat

Masukkan kelapa parut ke dalam bekas. Kemudian, tuangkan air suam tadi ke dalam bekas yang berisi kelapa parut tersebut.

Ramas-ramas kelapa tersebut dan bahagikan kelapa kepada dua bahagian.

Setelah itu, ambil satu bahagian kelapa dan masukkan ke dalam mesin pengisar atau blender.

Tambahkan sedikit lagi air suam ke dalam mesin pengisar untuk memudahkan ia dikisar. Kisar kelapa parut tersebut dan tapis air perahan santan.

#3. Perah bahagian kedua guna air perahan santan pertama

Setelah anda siap menapis dan memerah ibu santan pertama yang dikisar tadi, ambil air santan tersebut dan masukkan ke dalam bekas kelapa parut yang kedua.

Ini bermakna, anda tidak perlu menggunakan air paip untuk memerah bahagian kelapa yang kedua, tetapi dengan hanya menggunakan air perahan santan yang telah dikisar tadi.

Ramas-ramas sebentar dan setelah itu, masukkan kelapa parut bahagian kedua ini ke dalam mesin pengisar juga dan kisar untuk mendapatkan perahan santan yang lebih pekat. 

#4. Tapis dan kisar kali ketiga

Setelah siap dikisar, tapis dan perah air santan tersebut dan anda akan mendapat santan yang agak pekat dengan kuantiti yang lebih banyak.

Cara inilah yang menjadikan kelapa atau ibu santan lebih banyak berbanding kandungan air biasa.

Jika anda menggunakan cara ini, hanya ⅓ daripada kandungan perahan ialah air dan selebihnya merupakan ibu santan.

Sekiranya anda mahu mendapatkan santan cair pula, hanya tambahkan air biasa ke dalam kelapa parut yang telah diperah tadi dan kisar untuk kali yang ketiga.

Santan akan menjadi lebih cair namun masih lagi mempunyai kandungan santan pekat di dalamnya. 

#5. Guna air masak untuk santan tahan lama

Jika anda mahu menyimpan di dalam peti sejuk dan menjadikan air santan tahan lama, anda disarankan untuk menggunakan air yang telah dimasak atau air bertapis berbanding air paip.

Selain itu, anda juga perlu menyimpan santan di bahagian sejuk beku peti sejuk supaya ia tahan lebih lama dan tidak mudah rosak atau tengik. 

Kelebihan penggunaan santan dalam masakan

santan pekat

Kini anda telah tahu beza santan pekat dan santan cair serta cara memerahnya yang lebih baik. Tahukah anda bahawa santan kelapa memberikan banyak khasiat dan manfaat kepada kita.

Ada kajian menyatakan bahawa santan kelapa mungkin boleh memberikan manfaat kepada orang biasa atau mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.

Kajian tersebut mendapati bahawa, bubur santan menurunkan paras kolesterol jahat dalam badan lebih baik berbanding bubur susu soya.

Selain itu, bubur santan kelapa juga meningkatkan tahap kolesterol baik sehingga 18% berbanding hanya 3% oleh bubur susu soya.

Namun, anda masih perlu mengawal pengambilan sebarang jenis makanan meskipun ia memberikan banyak manfaat kepada tubuh termasuklah santan kelapa.

Ini kerana, jika diambil secara berlebihan, ia boleh memberikan kesan sampingan lain yang bersifat negatif kepada tubuh anda. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/05/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan