backup og meta

Kalau Tak Nak Nasi Cepat Basi, Boleh Ikut 4 Petua Ini! 'Confirm' Nasi Tahan Lama

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/02/2023

    Kalau Tak Nak Nasi Cepat Basi, Boleh Ikut 4 Petua Ini! 'Confirm' Nasi Tahan Lama

    Jika anda masak nasi di rumah, adakah nasi cepat basi? Kenapa nasi cepat basi ya? Sebagai contoh, nasi yang dimasak pada waktu pagi sudah berbau dan berlendir apabila tiba waktu petang.

    Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan nasi dimasak menjadi cepat basi antaranya seperti suhu ruang, periuk nasi yang kurang bersih atau kualiti beras itu sendiri.

    Jadi, apa cara yang boleh dibuat agar nasi tidak cepat menjadi basi? Lihat di bawah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Tanda nasi basi

    nasi cepat basi

    Ada beberapa tanda yang boleh anda lihat yang menandakan bahawa nasi putih basi atau rosak.

  • Tekstur nasi agak lembik dan berlendir. Jika dipegang, ia mudah pecah atau hancur.
  • Nasi mengeluarkan bau yang agak masam atau busuk, tidak seperti nasi yang baru ditanak.
  • Nasi terlalu kering dan keras. Ini biasanya berlaku pada nasi yang disimpan dalam peti sejuk terlalu lama.
  • Nasi berubah warna menjadi kekuningan dan tidak lagi putih.
  • Petua elak nasi cepat basi

    Nasi boleh menjadi cepat rosak disebabkan beberapa faktor seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.

    Oleh sebab itu, petua yang dikongsikan ini juga melibatkan semua proses daripada sebelum dan selepas menanak nasi.

    Antara petua untuk elak nasi cepat basi ialah:

    #1. Basuh periuk dengan bersih

    nasi cepat basi

    Ya, kadangkala periuk yang digunakan itu sebenarnya menjadi punca utama mengapa nasi yang dimasak selalu basi.

    Ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor bakteria yang ada pada sisa nasi sebelumnya yang masih melekat pada periuk.

    Antara kaedah yang paling banyak dikongsikan untuk mencuci periuk nasi adalah dengan menggunakan asam keping.

    Caranya boleh dilihat seperti di bawah ini:

    1. Basuh periuk seperti biasa dengan menggunakan sabun pencuci pinggan. Kemudian, bilas sehingga bersih.
    2. Setelah itu, masukkan tiga genggam garam kasar berserta beberapa keping asam gelugur (asam keping). Tambahkan sedikit air ke dalam periuk.
    3. Gosok dalam periuk dengan campuran asam keping dan garam itu tadi menggunakan tangan. 
    4. Setelah itu, biarkan selama 15 minit. 
    5. Lakukan langkah yang sama seperti di atas sebanyak 3 atau 4 kali.
    6. Kemudian, cuci bersih periuk dengan sabun dan bilas.
    7. Isi air dalam periuk dan didihkannya selama 15 minit.

    #2. Basuh beras berkali-kali

    Beras yang tidak dibasuh dengan betul juga boleh menyebabkan nasi cepat basi.

    Sebaiknya, basuh beras sekurang-kurangnya tiga kali atau lebih. Cuba basuh beras sehingga warnanya tidak keruh.

    Cara ini boleh membantu nasi yang ditanak tahan lebih lama. Selain itu, ia juga lebih menyihatkan kerana kita mengeluarkan lebihan kanji sebelum nasi dimasak.

    Setelah beras dicuci bersih, masak nasi dengan menggunakan air bertapis untuk nasi yang lebih tahan lama. 

    #3. Keluarkan wap setelah nasi masak

    nasi cepat basi

    Jika anda menggunakan periuk nasi elektrik atau automatik, buka penutup periuk nasi selepas nasi masak.

    Ini bertujuan untuk mengeluarkan wap nasi supaya ia tidak berkumpul terlalu banyak dan menyebabkan wap air menitis pada nasi.

    Jika wap air menitis pada nasi, ia berpotensi membuatkan nasi cepat berbau dan berlendir.

    Setelah penutup dibuka, sebaiknya dilap dahulu dengan menggunakan kain bersih atau tisu sebelum ditutup semula.

    Anda juga boleh menggemburkan nasi ketika penutup dibuka agar nasi berderai elok dan tidak berketul apabila telah sejuk. 

    #4. Panaskan periuk atas api

    Ada masanya kita terlupa mencuci periuk dan mengakibatkan baki nasi menjadi berkulat dan busuk.

    Pada waktu ini, bakteria dan kulat telah berkembang biak dengan jayanya dalam periuk anda.

    Jadi jangan pelik mengapa nasi cepat busuk walaupun periuk dibasuh berkali-kali.

    Perlu diingat, sesetengah bakteria tidak mudah disingkirkan dengan hanya sabun pencuci pinggan sahaja.

    Oleh itu, anda perlu menggunakan kaedah lain untuk membunuhnya.

    Letakkan periuk secara terbalik di atas dapur dan buka api.

    Biarkan selama beberapa minit agar api dapat membunuh bakteria pada periuk sebaik mungkin. 

    Kesimpulan 

    Kini anda telah tahu apa punca dan kenapa nasi cepat basi di rumah.

    Gunakan petua-petua yang kami kongsikan di atas agar nasi dapat bertahan lebih lama. Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan