Lemak sihat dan minyak mengandungi banyak kalori. Selain itu, ia juga mengandungi asid lemak omega-3 dan 6 yang diperlukan oleh sel-sel badan.
Bukan itu sahaja, lemak sihat juga merupakan komponen yang sangat penting untuk membina hormon, mengurangkan inflamasi dan juga membantu menyeimbangkan tekanan darah.
Anda boleh menambah minyak sihat ke dalam salad atau gunakannya ketika memasak.
5. Smoothies buah-buahan sebagai cara mengatasi badan kurus
Satu lagi cara nak gemukkan badan yang kurus adalah dengan pengambilan smoothies!
Smoothies buah-buahan sebenarnya lebih sihat berbanding kebanyakan suplemen protein.
Selain itu, ia juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang dapat membantu anda meningkatkan berat badan.
Antara resipi smoothies buah-buahan yang anda boleh cuba ialah smoothies pisang dan coklat, beri dan vanila serta banyak lagi.
Cara penyediaannya juga cepat dan pantas, sesuai untuk individu yang sibuk bekerja!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen