backup og meta

Ikut Petua Orang Lama Jaga Badan Dengan Minum Air Kunyit? Nah, Ini Baik Buruknya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

Ikut Petua Orang Lama Jaga Badan Dengan Minum Air Kunyit? Nah, Ini Baik Buruknya!

Susu atau jus kunyit merupakan sejenis air detoks yang kian mendapat perhatian di negara kita. Katanya, individu yang minum air kunyit ini dengan kerap akan mempunyai kulit yang lebih cantik dan glowing. Namun, ada juga keburukan minum air kunyit setiap hari yang mungkin ramai tidak tahu.

Sebelum anda mengamalkannya, pastikan anda timbang dahulu baik buruknya.

Air campuran kunyit mempunyai pelbagai vitamin dan mineral. Ia juga mempunyai sifat antioksidan dan antikeradangan, sesuai dijadikan air detoks.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai air kunyit hidup serta manfaatnya untuk tubuh.

Pada akhir artikel, kami sertakan juga sekali resipi mudah untuk dicuba di rumah!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

5 kebaikan minum air kunyit

Kunyit mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan.

Oleh sebab itu, ramai yang mengamalkan pengambilan air yang dicampur dengan kunyit terutamanya untuk tujuan kesihatan diri dan kecantikan dalaman.

Antara kebaikannya dari segi kesihatan ialah:

1. Baik untuk perut

kelebihan kunyit
Kelebihan minum jus kunyit setiap hari.

Kunyit yang dicampur dengan air dapat membantu memudahkan pencernaan. Selain itu, ia juga sesuai diambil untuk melegakan masalah perut kembung.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat meningkatkan metabolisme badan. Individu yang mempunyai metabolisme yang tinggi selalunya lebih mudah menurunkan berat badan.

2. Bermanfaat untuk jantung

Kunyit dapat mengurangkan kadar kolesterol badan. Oleh sebab itu, ia mungkin dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Manfaat minum air kunyit setiap pagi 3. Mengurangkan inflamasi

Kunyit sangat terkenal dengan sifat antiradangnya. Ada beberapa kajian yang melaporkan pengurangan simptom dalam kalangan penghidap osteoartritis.

Pada masa yang sama, ia juga dapat mengurangkan risiko demensia, depresi dan juga penyakit mental yang lain.

Namun, masih banyak kajian yang perlu dijalankan untuk menentukan manfaat sebenar kunyit terhadap kesihatan mental.

4. Dapat memutihkan kulit wajah

kebaikan kunyit
5 kebaikan kunyit untuk muka dan kulit.

Sebagai air detoks, kunyit sudah lama terkenal menjadi minuman yang dapat menyingkirkan toksin dari badan.

Antioksidan yang terkandung di dalamnya dapat melindungi sel badan daripada kerosakan.

Selain itu, kunyit juga dapat mencerahkan kulit wajah dan memperlahankan tanda-tanda penuaan.

Sebab itulah, banyak produk kecantikan tradisional yang mengandungi kunyit sebagai bahan utamanya.

5. Minum air kunyit boleh meningkatkan sistem imun badan

Akhir sekali, air ini mungkin dapat membantu meningkatkan daya tahan badan.

Disebabkan kandungan vitamin dan mineralnya yang tinggi, ia mungkin dapat menguatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan.

Apakah keburukan minum air kunyit setiap hari?

Selalunya, air yang dicampur kunyit tidak diminum setiap hari. Namun, secara amnya, ia selamat untuk diminum.

Walau bagaimanapun, minum air kunyit mungkin akan mendatangkan bahaya sekiranya diambil dalam dos yang tinggi. Jadi, berhati-hati sekiranya anda mengambil suplemen yang mengandungi kunyit.

Selain itu, individu yang mempunyai alahan kunyit selalunya akan sakit perut, cirit-birit dan mengalami masalah ruam pada kulit.

Sekiranya anda mempunyai simptom ini, elakkan pengambilan air ini dengan kerap.

Resipi air kunyit

Resipi air campuran kunyit lemon mudah

minum air kunyit
Resipi membuat jus kunyit.

Dalam resipi ini, anda cuma perlukan dua bahan iaitu kunyit dan lemon.

Minum air kunyit sesuai diamalkan pada waktu pagi untuk membantu sistem pencernaan. Minum serta-merta untuk elakkan air bertukar warna.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu teh perahan lemon
  • ¼ sudu serbuk kunyit
  • Cara buat air kunyit:

    • Gunakan gelas yang panjang. Masukkan air suam dan campurkan 1 sudu perahan lemon dan ¼ sudu kunyit. Kacaukan.
    • Siap dan sedia untuk diminum.

    Cara buat air kunyit bersama air asam

    Air asam kunyit halia ini sesuai diamalkan oleh wanita yang berada dalam pantang atau baharu sahaja mengalami keguguran.

    Resipi di bawah akan menghasilkan air campuran kunyit yang boleh diminum selama sebulan.

    Bahan-bahan:

    1. 6 ketul kunyit hidup.
    2. 1 ruas halia.
    3. Air asam jawa semangkuk kecil.
    4. Gula merah secukup rasa.
    5. Air.

    Cara buat air kunyit:

    1. Kisar halia, kunyit dan air. Kemudian, masukkan gula merah dan air asam jawa.
    2. Rebus semua bahan di atas sehingga mendidih di bawah api sederhana.
    3. Anda hanya perlu minum 3 kali selama sebulan. Sekiranya ada lebihan, boleh disimpan di dalam peti ais.

    Kesimpulan

    Minum air kunyit sememangnya bermanfaat untuk kesihatan anda. Semoga cara menyediakan air kunyit ini dapat membantu anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan