backup og meta

11 Makanan Ini Penting Untuk Organ Hati Yang Sihat, Tapi Ada 3 Jenis Perlu Elak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 7 hari lalu

    11 Makanan Ini Penting Untuk Organ Hati Yang Sihat, Tapi Ada 3 Jenis Perlu Elak!

    Hati merupakan antara organ utama badan. Ia melakukan pelbagai peranan penting; mulai dengan menghasilkan protein, kolesterol dan menyimpan vitamin, mineral dan juga karbohidrat. Ikuti artikel ini untuk mengetahui beberapa jenis makanan untuk hati.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    11 makanan untuk hati yang sihat

    Makanan untuk hati 1. Oat

    Oat merupakan makanan yang kaya dengan serat yang dapat membantu hati menjalankan peranannya dengan lebih baik.

    Selain itu, serat turut membantu proses pencernaan. Kajian turut menyatakan oat dapat membantu mengurangkan berat, dan cara terbaik untuk menjauhi risiko penyakit berkaitan hati.

    2. Kopi hitam

    Kopi merupakan antara salah satu minuman terbaik yang boleh untuk membantu mempertingkatkan kesihatan hati.

    Terdapat kajian mengatakan pengambilan kopi harian dapat melindungi hati dari penyakit, seperti kanser hati walaupun kepada individu yang mempunyai masalah dengan organ ini.

    Kopi juga dapat mengurangkan keradangan dan meningkatkan paras glutathione antioksidan. Antioksidan ini akan meneutralkan radikal bebas berbahaya yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan yang boleh menyebabkan kerosakan pada sel.

    3. Teh hijau

    makanan untuk hati
    Teh hijau baik untuk organ hati.

    Minuman ini dikatakan dalam membantu mengurangkan kandungan lemak keseluruhan, melawan tekanan oksidatif, dan mengurangkan tanda-tanda lain penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD).

    Teh hijau kaya dengan antioksidan yang dipanggil katekin, dan ia berkemungkinan dapat melindungi badan daripada beberapa jenis kanser termasuk kanser hati.

    4. Brokoli

    Tambahkan pelbagai jenis sayuran dalam diet pemakanan anda jika anda ingin mengekalkan hati yang sihat, dan brokoli boleh menjadi sebahagian daripada diet anda.

    Terdapat kajian mengatakan sayuran rangup ini dapat menghindari anda dari penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD).

    Makanan untuk hati 5. Kekacang

    Kacang terutamanya almond, adalah sumber vitamin E yang baik, dan dapat membantu melawan NAFLD, malah, almond sangat bagus untuk kesihatan hati anda.

    6. Sayur hijau

    Seperti bayam, sayur yang baik untuk hati berdaun hijau mempunyai antioksidan hebat dipanggil glutathione, di mana ia membantu hati untuk bekerja dengan betul.

    7. Beri biru

    Mempunyai kandungan nutrien yang dipanggil polifenol (polyphenols) yang melindungi dari penyakit NAFLD, yang kerap berlaku kerana obesiti dan kolesterol tinggi.

    Jika anda tidak meminati buah yang baik untuk hati ini, anda boleh mencuba coklat gelap, zaitun atau plum yang turut mengandungi polifenol.

    8. Aneka herba dan rempah

    Mahu melindungi hati dan jantung dalam masa yang sama? Taburkan sedikit oregano, sage atau rosemary – sumber yang kaya dengan polifenol.

    Lebih menarik, menggunakan herba sebegini dapat mengurangkan penggunaan garam dalam kebanyakan resipi. Serbuk kayu manis, kari dan jintan juga baik untuk dicuba.

    makanan untuk hati
    Aneka herba untuk organ hati.

    Makanan untuk hati 9. Anggur 

    Terutama yang berwarna merah dan ungu, mengandungi sebatian tumbuhan yang bermanfaat – paling terkenal resveratrol, bermanfaat untuk kesihatan.

    Ia dapat merendahkan keradangan, cegah kerosakan dan meningkatkan tahap antioksidan.

    Makanan untuk hati 10. Bawang 

    Kajian menunjukkan bawang putih dapat mengurangkan berat badan dan lemak bagi individu yang menghidapi NAFLD.

    Ia juga dikatakan dapat mengaktifkan enzim yang membantu badan menyingkirkan toksik berbahaya. Kaya dengan sebatian allicin dan selenium yang membantu dalam proses pembersihan hati.

    11. Ikan 

    Mengandungi asid lemak omega-3, lemak sihat yang dapat mengurangkan keradangan dan merendahkan risiko penyakit jantung.

    Lemak yang terdapat dalam ikan juga boleh dianggap sebagai suplemen untuk hati, membantu mencegah penghasilan lemak, mengekalkan enzim pada tahap normal, melawan keradangan dan meningkatkan ketahanan insulin.

    Makanan untuk hati yang tidak bagus

    Bagi menjaga kesihatan hati anda, ada juga beberapa makanan yang perlu anda elak seperti berikut:

    • Makanan tinggi lemak
    • Makanan yang manis
    • Alkohol
    organ hati
    Kesan terlebih toksik pada hati.

    1. Makanan tinggi lemak

    Kentang goreng dan burger adalah pilihan yang sangat tidak menyihatkan untuk menjaga kesihatan hati. Terlalu banyak lemak tepu boleh membuatkan hati mengalami kesukaran untuk menjalankan tugasannya.

    Lama-kelamaan, makanan ini akan menyebabkan keradangan dan mungkin akan mengakibatkan parut pada organ hati yang dikenali sebagai sirosis.

    2. Makanan yang manis

    Mengambil terlalu banyak makanan manis boleh menyebabkan kesesakan pada hati anda. Ini kerana sebahagian tugas hati adalah untuk menukar gula menjadi lemak.

    Terlalu banyak gula mengakibatkan peningkatan lemak dalam hati manusia.

    Dan untuk tempoh jangka masa panjang, ia akan menyebabkan penyakit hati berlemak. Jadi kurangkan pengambilan makanan untuk hati yang manis-manis.

    3. Alkohol

    Pengambilan alkohol terlalu banyak boleh mendatangkan malapetaka kepada hati organ yang untuk tempoh masa panjang, boleh menyebabkan sirosis.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 7 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan