Baru-baru ini tular mengenai hidangan kurma butter di media sosial yang disarankan untuk dijadikan santapan ketika umat Islam bersahur dan berbuka di bulan Ramadan ini.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Baru-baru ini tular mengenai hidangan kurma butter di media sosial yang disarankan untuk dijadikan santapan ketika umat Islam bersahur dan berbuka di bulan Ramadan ini.
Ramai mengatakan bahawa resipi kurma butter ini mengenyangkan dan sesuai bagi mereka yang sukar untuk makan buah kurma.
Namun begitu, adakah dua gabungan makanan ini sebenarnya berkhasiat untuk anda?
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Sebelum kita mengulas dengan lebih lanjut mengenai gabungan resipi kurma butter, mari kita kenali khasiat buah kurma terlebih dahulu.
Apabila tibanya bulan Ramadan, sudah pasti buah kurma menjadi buruan setiap umat Islam di seluruh dunia.
Ini kerana, umat Islam disunatkan untuk berbuka puasa dengan buah kurma sebelum mula menjamah makanan yang lain.
Jadi, adalah disyorkan untuk memulakan Iftar dengan makan kurma dua hingga tiga biji, kerana ia membantu mengembalikan gula dalam darah yang rendah selepas anda berpuasa sepanjang hari.
Sebiji buah kurma kering mengandungi sekitar 18 gram karbohidrat dan juga 67 kalori.
Antara khasiat buah kurma yang lain untuk kesihatan adalah:
Tidak dinafikan bahawa rasa kurma butter ini sememangnya menyelerakan kerana ia ‘lemak-lemak masin dan manis’. Lagi nikmat apabila ia ditambah dengan badam atau kekacang yang rangup!
Memang benar gabungan kurma butter dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan untuk anda berpuasa sepanjang hari.
Walaupun begitu, tahukah anda bahawa gabungan sebiji kurma berintikan pure butter ini sebenarnya mempunyai jumlah kalori yang tinggi iaitu bersamaan dengan satu senduk nasi?
Malah, pengambilan pure butter secara berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan kita!
Ini kerana, kandungan lemak tepu di dalam mentega yang berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan seperti:
Tiada salahnya jika anda ingin bersahur dengan makanan yang ringkas seperti kurma butter ketika bulan Ramadan ini.
Namun adalah disyorkan untuk anda menjamah dua hingga tiga biji kurma dengan satu sudu teh kecil mentega sahaja bagi setiap biji kurma yang dimakan.
Akan tetapi, adalah lebih memadai untuk anda menjamah buah kurma sahaja tanpa perlu ada mentega ketika berbuka puasa memandangkan juadah sampingan yang lain sudah mengandungi sumber kalori yang cukup.
Jika ingin mencuba resipi ini juga, pastikan anda menggunakan jenis pure butter (mentega asli) dan bukannya marjerin.
Ini kerana, marjerin diperbuat daripada minyak sayur yang asalnya liquid dan dibekukan melalui proses hydrogen.
Ia boleh menyebabkan serangan jantung dan saluran darah menjadi sempit.
Manakala, jenis pure butter pula diperbuat daripada krim dan susu. Lemak tepu dan trans ini tidak bahaya kepada badan manusia asalkan ia tidak melebihi 10% daripada kalori harian anda.
Jadi, pastikan anda menggunakan jenis pure butter sebagai inti buah kurma ya?
Memandangkan buah kurma dikenali sebagai rasanya yang sangat manis, maka ramai daripada pesakit diabetes berasa risau untuk memakannya.
Adakah makanan sunnah ini selamat untuk kesihatan penghidap diabetes?
Untuk makluman anda, buah kurma mengandungi gula semula jadi seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa yang menjadikan ia sebagai makanan sumber tenaga segera.
Bagi penghidap diabetes, pengambilan buah yang tinggi dengan gula seperti ini sememangnya menjadi suatu kebimbangan.
Akan tetapi, anda perlu tahu bahawa buah kurma adalah sejenis buah yang mempunyai nilai indeks glisemik (GI) yang rendah.
Ini bermakna, kadar penyerapan gula atau karbohidrat di dalam tubuh menjadi lebih perlahan dan tidak akan menjejaskan bacaan gula darah.
Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan kandungan buah kurma mempunyai nilai GI antara 44 hingga 53, bergantung kepada jenisnya.
Ada juga kajian lain menyatakan bahawa pesakit diabetes boleh mengambil dua hingga tiga biji kurma dalam sehari.
Jika anda menghidap diabetes dan masih mahu memakan buah kurma ketika berpuasa, anda masih boleh mengambilnya.
Namun, anda mungkin perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu berkenaan jumlah yang sesuai untuk dimakan setiap hari.
Ada benarnya gabungan kurma butter sunnah sememangnya membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan untuk anda berpuasa seharian di samping rasanya yang lazat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen