backup og meta

Tak Nak Berat Turun Masa Puasa? Ini 5 Menu Diet Tambah Berat, Pasti Berhasil!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    Tak Nak Berat Turun Masa Puasa? Ini 5 Menu Diet Tambah Berat, Pasti Berhasil!

    Ramadan tiba sahaja, ramai yang akan ambil peluang untuk kurus namun ada juga yang ingin gemuk sehingga mula mencari dan mengamalkan menu diet tambah berat badan.

    Sebenarnya, perkara ini tidak salah kerana ada individu yang khuatir jika ibadah puasa itu mungkin akan buat mereka hilang berat badan dengan banyak sehingga jadi kurus.

    Persoalannya, apa yang anda perlu makan dan minum untuk tambah berat badan di bulan penuh mulia ini? Jom terus baca artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

    Kenapa berat badan akan turun di bulan puasa?

    Bulan Ramadan adalah waktu di mana semua umat Islam di seluruh dunia berpuasa penuh selama 30 hari tanpa makan dan minum dari terbit sehingga tenggelam matahari.

    Ketika ini juga, ramai orang yang percaya dan perasan bahawa akan ada perubahan dalam aspek berat badan mereka sama ada ia meningkat atau menurun secara mendadak.

    Jika berat badan anda turun, maka ia mungkin normal memandangkan tubuh badan anda terpaksa membakar sumber lain seperti lemak serta gula sebagai tenaga.

    Ini kerana anda tidak makan atau minum dengan banyak dan kerap pada waktu ini.

    menu diet tambah berat badan

    Pun begitu, mungkin tidak semua orang mahu jadi kurus di bulan puasa ini. Jadi, sangat penting untuk anda tahu apa dia menu diet tambah berat badan ketika Ramadan.

    Menu diet tambah berat badan di bulan puasa!

    Kuncinya adalah terletak kepada apa yang anda makan serta minum di waktu sahur dan iftar dalam usaha untuk elak berat badan berkurangan, malahan mahu meningkatkan berat badan.

    Berikut adalah beberapa cadangan atau saranan menu yang mungkin anda perlu pertimbangkan:

    Menu diet tambah berat badan paling utama #1. Nasi

    Nasi adalah antara makanan ruji masyarakat kita yang merupakan salah satu sumber kalori dan karbohidrat yang utama. Ia sudah tentu akan membantu menambah berat badan.

    Di dalam 100 gram nasi, sekurang-kurangnya terkandung 180 unit kalori dan 39.8 gram karbo yang boleh disertakan dengan pelbagai lauk serta sayur dengan penuh nutrisi lain.

    Ia sudah tentu tidak sukar memandangkan kita semua pasti akan makan pelbagai jenis nasi seperti nasi putih, nasi lemak nasi goreng dan sebagainya ketika bersahur atau beriftar.

    #2. Daging merah

    Daging merah yang berasal daripada lembu, kambing, kerbau dan lain-lain haiwan merupakan antara sumber utama protein dan lemak yang mampu meningkatkan jisim otot badan.

    Di dalam 100 gram daging merah, sekurang-kurangnya terkandung 17.5 gram protein, 22 gram lemak serta 273 kalori yang mungkin akan membantu menambah berat badan anda.

    Pun begitu, pengambilannya dengan cara yang tidak terkawal mungkin boleh jadi punca pelbagai jenis penyakit kronik. Jadi, sila dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor.

    menu diet tambah berat badan

    #3. Produk tenusu

    Siapa kata anda tidak boleh ambil produk tenusu semasa sahur dan iftar? Untuk pengetahuan anda semua, susu itu tinggi dengan protein, lemak, karbo, vitamin dan mineral penting.

    Menurut Journal of the International Society of Sports Nutrition, susu daripada hasil haiwan ini adalah antara jenis makanan atau minuman yang boleh bantu meningkatkan berat badan.

    Jika tidak gemar dengan susu segar, tiada masalah untuk ambil alternatif produk tenusu yang lain seperti yogurt, keju dan sebagainya di bulan puasa asalkan ia tepat kuantiti dan kualitinya.

    Tambah berat badan dengan #4. Telur

    Sebenarnya, salah satu daripada jenis makanan untuk gemuk yang mudah, murah dan sihat adalah telur kerana ia kaya dengan pelbagai nutrisi termasuk protein dan lemak sihat.

    Di dalam 100 gram telur ayam putih dan kuning, terkandung sekitar 154 unit kalori, 12.4 gram protein, 10.8 lemak dan 0.5 karbo yang bagus untuk meningkatkan berat badan anda.

    Jadi, selepas ini anda juga mungkin boleh cuba pelbagai jenis resepi masakan telur seperti goreng atau rebus sebagai menu diet tambah berat badan di bulan puasa kelak.

    menu diet tambah berat badan

    Menu diet tambah berat badan dengan #4. Kurma

    Siapa sangka buah yang cukup popular di bulan Ramadan ini juga merupakan antara menu yang boleh anda ambil sebagai hidangan dalam usaha untuk meningkatkan berat badan.

    Menurut Nutrition Journal, buah-buahan yang telah dikeringkan seperti kismis, zaitun atau kurma ini adalah tinggi dengan kalori selain pelbagai lagi nutrisi dan agen antioksidan.

    Apa yang lebih menarik adalah rasanya sangat lazat dan manis kerana ia juga sangat kaya dengan kandungan gula semula jadi yakni fruktosa dan sukrosa yang sihat untuk ambil.

    Jadi, usah lagi anda pening mahu makan apa apabila tiba waktu sahur dan iftar nanti jika ingin tambah berat badan ya? Segera cari dan beli makanan dan minuman di atas di pasar raya untuk stok Ramadan nanti!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan