backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Perut Boleh Kempis Dalam Masa 7 Hari, Tak Percaya? Cuba Dulu Tip Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 hari lalu

    Perut Boleh Kempis Dalam Masa 7 Hari, Tak Percaya? Cuba Dulu Tip Ini!

    Alahai, perut menggeleber dan nampak buncit! Hujung minggu ini, kena pergi kenduri. Ada ke cara untuk nampak cantik dan kekal slim dalam masa yang singkat? Jangan risau… Kami ada tips kempiskan perut dalam seminggu!

    Jika anda inginkan penyelesaian pantas untuk mengurangkan lemak pada kawasan pinggang, ikut sahaja tip kami di bawah. Dalam masa seminggu, pasti perut anda akan nampak lebih rata. Barulah rasa yakin untuk menggayakan apa-apa busana yang anda inginkan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    7 tips kempiskan perut dalam seminggu

    Anda mencari tips kempiskan perut? Ya, anda berada di tempat yang betul!

    Benar, mengempiskan perut bukanlah sesuatu yang mudah. Sekiranya anda inginkan perut yang mempunyai ‘six-pack’, anda mungkin perlu berusaha lebih.

    Perut yang kempis datangnya daripada senaman yang kerap, pemakanan yang betul dan penjagaan diri yang mantap.

    Namun, itu tidak bermaksud anda tidak boleh mempunyai perut yang slim dengan cara yang mudah. Ada beberapa cara kempiskan perut tanpa bersenam.

    Antaranya:

    1. Kurangkan makan

    tips kempiskan perut
    Petua kempiskan perut dengan cepat.

    Kalau tak mahu gunakan senaman kempiskan perut, anda perlulah kurangkan makan!

    Cara untuk kurangkan lemak dalam badan sebenarnya sangat mudah. Anda perlu membakar lebih banyak kalori berbanding apa yang diambil setiap hari.

    Cuba lakukan intermittent fasting atau tambahkan senaman. Kalau jarang bersenam, inilah masanya untuk bermula!

    Untuk mengurangkan 0.5-1 kg setiap minggu, anda perlu kurangkan 500-1,000 kalori dari kebiasaan. Jika tidak, anda tidak akan dapat kempiskan perut dalam masa seminggu!

    Tips kempiskan perut 2: Kurangkan garam dalam makanan

    Garam boleh menyebabkan retensi air yang membuatkan perut anda nampak lebih buncit.

    Jika anda ingin kempiskan perut, tinggalkan makanan segera, snek dan juga makanan yang diproses. Semua ini mengandungi garam yang tinggi.

    Kita digalakkan untuk mengambil garam kurang 2,300 mg sehari – kurang daripada 1 sudu teh setiap hari!

    Cara kempiskan perut dalam 3 hari 3. Makan lebih banyak serat

    Serat boleh buatkan anda rasa lebih kenyang dalam masa yang panjang.

    Tak percaya? Cuba tambahkan kekacang, brokoli, epal dan juga roti yang kaya dengan serat.

    Serat juga memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Perut yang sihat akan nampak kempis!

    4. Minum air yang mencukupi

    minuman kempiskan perut
    Kelebihan minum air lemon.

    Satu lagi cara kempiskan perut tanpa bersenam adalah dengan minum air dengan mencukupi.

    Jumlah air yang perlu diambil oleh semua orang berbeza-beza. Namun, pastikan anda minum air secara mencukupi sehingga air kencing bertukar kuning cair.

    Disebabkan pengambilan serat yang berlebihan, badan anda perlukan air untuk mencernanya.

    Makan sayur-sayuran dengan terlalu banyak juga boleh menyebabkan penghasilan gas, terutamanya sayur seperti kubis dan brokoli.

    Kalau tidak suka minum air kosong, cuba masukkan sedikit buah-buahan sitrus ke dalamnya. Anda boleh masukkan hirisan lemon, oren atau strawberi.

    5. Banyakkan pergerakan

    Di samping bersenam, cuba banyakkan pergerakan dan aktiviti fizikal sepanjang hari, lebih-lebih lagi jika anda banyak duduk ketika bergerak.

    Antara aktiviti fizikal yang anda boleh cuba adalah:

    1. Naik turun tangga.
    2. Banyakkan berjalan.
    3. Gunakan meja berdiri (standing desk).
    4. Lakukan regangan.

    Penambahan aktiviti kecil ini dapat membantu anda membakar lebih 2,000 kalori setiap hari.

    Cara kempiskan perut tanpa bersenam 6. Kurangkan minuman bergula

    makanan untuk kempiskan perut
    Keburukan minuman bergula.

    Salah satu tip kempiskan perut yang sering dikongsikan oleh mereka yang berjaya menurunkan berat badan ialah ‘puasa’ air manis.

    Elakkan pengambilan minuman bergula seperti jus buah, teh tarik, soda, minuman tenaga dan sebagainya. Semua minuman ini mempunyai kalori yang sangat tinggi.

    Air tidak akan membuatkan anda rasa kenyang. Oleh sebab itu, mudah untuk kita ‘terlebih minum’ sehingga tidak sedar jumlah kalori yang diambil sudah lebih daripada apa yang diperlukan badan.

    Kalori yang banyak akan bertukar menjadi lemak. Jangan lupa ya! Sebab itulah orang yang suka ambil minuman manis akan menjadi buncit.

    Tips kempiskan perut 7: Kurangkan stres

    Stres bukan sahaja boleh menjadi punca perut anda menjadi buncit dan penyakit kronik yang lain, ia juga boleh menyebabkan anda makan berlebihan atau stress eating.

    Satu lagi, badan akan menghasilkan hormon kortisol, sejenis hormon yang akan meningkatkan selera makan disebabkan stres.

    Antara tips kempiskan perut disebabkan stres ialah cuba lakukan aktiviti yang boleh merehatkan badan seperti:

    • Mendengar lagu
    • Membaca buku
    • Bersukan
    • Bersiar-siar

    Kesimpulan

    Pengambilan makanan berkhasiat dan amalan gaya hidup yang sihat merupakan aspek yang paling penting untuk anda mendapatkan perut dan bentuk badan yang ideal. Semoga perkongsian mengenai tips kempiskan perut ini dapat membantu anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan