backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ini Info Lengkap Mengenai Sindrom Ramsay Hunt Yang Dialami Justin Bieber!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/07/2022

Ini Info Lengkap Mengenai Sindrom Ramsay Hunt Yang Dialami Justin Bieber!

Apakah yang dimaksudkan dengan sindrom Ramsay Hunt? Baru-baru ini, penyanyi terkenal Justin Bieber memaklumkan bahawa dia terpaksa menangguhkan konsert jelajahnya di seluruh dunia selepas mengalami penyakit sindrom ini. Sindrom Ramsay Hunt telah menyebabkan separuh mukanya menjadi lumpuh.

Ini yang anda perlu tahu mengenai sindrom Ramsay Hunt.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Saraf & Otak, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu sindrom Ramsay Hunt?

sindrom ramsay hunt

Sindrom Ramsay Hunt yang dialami Justin Bieber merupakan sekelompok gejala yang disebabkan oleh komplikasi penyakit herpes zoster atau kayap yang berpunca daripada virus varicella-zoster.

Penyakit sindrom ini boleh berlaku kepada mereka yang pernah mengalami cacar air atau chickenpox.

Ini kerana, penyakit sindrom ini berpunca daripada virus yang sama penyebab cacar air.

Apabila sindrom ini berlaku, ia boleh menyebabkan kemunculan ruam kulit yang menyakitkan pada bahagian telinga, muka dan juga mulut.

Rawatan perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan komplikasi yang boleh menyebabkan otot muka menjadi lemah.

Selain itu, rawatan awal juga berperanan mencegah kehilangan pendengaran secara kekal

Gejala

Apakah gejala-gejala bagi sindrom ini?

Terdapat dua gejala utama yang boleh berlaku jika seseorang itu mengalami penyakit sindrom ini. Gejala tersebut ialah:

  • Ruam kemerahan yang terasa sakit dengan bintik-bintik yang mengandungi cecair, di dalam atau di sekitar telinga
  • Mengalami paralisis atau kelumpuhan pada bahagian muka yang mempunyai ruam

Kebiasaannya, ruam dan kelumpuhan ini akan berlaku secara serentak. Namun, ruam juga boleh muncul terlebih dahulu atau sebaliknya.

Sindrom ini juga boleh menyebabkan gejala-gejala lain seperti sakit telinga, gangguan pendengaran, telinga berdengung, sukar menutup mata, mengalami vertigo, sukar menghirup makanan dan kekeringan pada mulut dan juga mata. 

Bila perlu jumpa doktor?

Jika anda mendapati kemunculan ruam bersama-sama kelumpuhan pada kawasan muka dan telinga, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Rawatan yang dilakukan dalam tempoh tiga hari selepas kemunculan gejala pertama boleh mengurangkan risiko untuk sebarang komplikasi daripada berlaku. 

Punca

Apakah punca penyakit sindrom Ramsay Hunt ini?

sindrom ramsay hunt

Penyebab utama yang menyebabkan penyakit sindrom ini ialah disebabkan virus varicella-zoster, yang juga virus penyebab cacar air.

Virus ini menjangkiti saraf muka yang terletak berdekatan telinga di sebelah dalam. Hal inilah yang kemudiannya menyebabkan iritasi dan pembengkakan pada saraf muka tersebut.

Jika anda pernah mengalami chickenpox dan sembuh sebelum ini, virus tersebut mungkin masih berada dalam saraf anda, namun dalam fasa “tidur”.

Selepas beberapa tahun, virus chickenpox tersebut boleh kembali aktif dan menyebabkan gejala-gejala sindrom ini, terutamanya apabila sistem imun tubuh sudah lemah. 

Faktor risiko

Apakah faktor risiko bagi sindrom ini?

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang individu untuk mendapat penyakit ini.

Namun, tidak bermakna anda pasti akan mendapat sindrom ini jika anda mempunyai salah satu daripada faktor risiko yang dinyatakan seperti di bawah.

Antara faktor risiko sindrom ini ialah:

  • Berusia 60 tahun ke atas
  • Pernah mengalami chickenpox
  • Mempunyai sistem imun yang lemah
  • Belum pernah mendapatkan vaksinasi bagi penyakit cacar
  • Bayi yang baru lahir
  • Ibu hamil 
  • Rawatan

    Apakah cara untuk merawat sindrom Ramsay Hunt ini?

    sindrom ramsay hunt

    Sebelum menentukan kaedah rawatan yang sesuai, doktor akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu untuk membuat diagnosis yang tepat.

    Biasanya, doktor akan mengambil sampel cecair daripada bintik-bintik ruam yang muncul.

    Antara kaedah rawatan yang ada untuk merawat sindrom ini adalah seperti berikut:

    #1. Ubat antivirus

    Pengambilan ubat antivirus boleh membantu melawan virus varicella-zoster selain menyembuhkan luka pada kulit dengan lebih cepat.

    Selain itu, ubat-ubatan antivirus ini juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit yang berkaitan dengan sindrom ini. 

    #2. Kortikosteroid

    Untuk meningkatkan keberkesanan ubat antivirus dalam melawan virus ini, doktor juga mungkin akan memberikan anda ubat atau krim kortikosteroid. 

    #3. Ubat bagi melegakan sakit dan vertigo

    Rasa sakit yang dialami disebabkan oleh sindrom ini boleh menjadi amat menyakitkan, walaupun setelah bintik merah hilang.

    Keadaan ini disebut sebagai postherpetic neuralgia. Ia merupakan kesan yang mengganggu mereka yang mengalami sindrom ini dan juga penyakit kayap.

    Walaupun bintik atau ruam merah telah hilang, kesan kesakitan boleh terus dirasai sehingga enam bulan lamanya atau lebih.

    Doktor mungkin akan memberikan anda ubat tahan sakit yang lebih kuat seperti carbamazepine atau diazepam.

    Jika anda mengalami vertigo yang agak teruk, doktor juga mungkin akan memberikan ubat-ubatan seperti antihistamin dan juga antikolinergik. 

    Rawatan di rumah

    Adakah terdapat sebarang kaedah rawatan di rumah untuk merawat sindrom Ramsay Hunt ini?

    Anda boleh melakukan beberapa kaedah seperti berikut bagi membantu mengatasi penyakit sindrom ini:

    • Pastikan kawasan yang mengalami bintik merah ini kekal bersih
    • Gunakan kompres yang sejuk dan basah pada bintik merah bagi membantu mengurangkan rasa sakit
    • Ambil ubat tahan sakit atau ubat antiradang yang dijual di farmasi
    • Gunakan ubat titis mata jika mata anda mengalami kekeringan
    • Sebelum tidur, gunakan penutup mata untuk mengekalkan kelembapan mata anda

    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, bertanyalah kepada doktor kerana doktor lebih mengetahui keadaan anda dan kaedah rawatan yang paling sesuai untuk anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan