Botox digunakan oleh laluan intra-muskular. Ini bermakna doktor akan menyuntik ubat ke dalam otot anda. Apabila Botox disuntik, ia membantu melumpuhkan otot tertentu atau menyekat saraf tertentu. Oleh itu, Botox boleh membantu pesakit strok yang menderita ketegangan anggota badan yang digambarkan sebagai kekakuan pada satu sisi badan, serta yang menimbulkan banyak masalah dalam memotong kuku, berpakaian, berdiri dan berjalan dengan seimbang, atau berguling di tempat tidur. Anda boleh melihat manfaatnya dalam masa dua minggu, namun ia tidak akan bertahan lama.
Doktor boleh mengesyorkan anda menggunakan Botox dalam kombinasi dengan terapi fizikal untuk hasil jangka masa panjang dan yang lebih baik. Ini dapat membantu anda mendapatkan kembali fungsi dan pergerakan dalam otot anda. Kemudian, anda boleh menggerakkan otot anda dengan lebih baik. Melengkapkan tugas harian seperti membasuh telapak tangan, menulis, atau makan boleh menjadi lebih mudah.
Adakah Botox merupakan rawatan yang sempurna?
Sudah tentu tidak! Tiada rawatan yang sempurna, sama juga seperti Botox. Ia mungkin mempunyai kesan sampingan dan tiada siapa yang boleh memastikan bahawa penggunaan jangka panjangnya adalah selamat. Walau bagaimanapun, Botox patut dicuba kerana dapat membawa kelegaan otot dan pergerakan yang lebih baik kepada beberapa pesakit.
Kesan sampingan lazim Botox termasuk:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen