backup og meta

Perut Terasa Bergerak-Gerak, Bahaya Ke? 8 Keadaan Ini Mungkin Jadi Puncanya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/02/2024

    Perut Terasa Bergerak-Gerak, Bahaya Ke? 8 Keadaan Ini Mungkin Jadi Puncanya

    Perut bergerak gerak tetapi tidak tahu apa puncanya? Sebenarnya, ada beberapa faktor atau punca yang boleh menyebabkan ia berlaku. Ini 8 kemungkinan kenapa perut terasa bergerak gerak

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Kenapa perut terasa bergerak gerak? 

    Jika anda merasakan seperti ada sesuatu yang bergerak dalam perut, ia mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa keadaan. Ini kerana, perut terdiri daripada beberapa jenis organ yang berbeza.

    Setiap organ tersebut pula boleh menyebabkan beberapa keadaan tertentu dengan gejalanya yang tersendiri.

    Untuk mengetahui mengapa perut mengalami pergerakan, sila lihat 8 keadaan di bawah ini. 

    #1. Pergerakan perut kerana hamil

    kenapa perut terasa bergerak gerak
    Hamil adalah tanda biasa perut anda selalu bergerak.

    Bagi kaum wanita, pergerakan yang berlaku dalam perut mungkin disebabkan oleh faktor kehamilan.

    Apabila janin dalam kandungan sudah mula membesar, pergerakan janin akan lebih terasa dan kuat.

    Namun ibu-ibu tidak perlu risau kerana janin yang bergerak menandakan bahawa ia berada dalam keadaan yang sihat dan juga aktif.

    Walau bagaimanapun, jika gerakan tersebut disertai dengan gejala lain seperti demam atau cirit-birit, segeralah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.

    #2. Kenapa perut terasa bergerak gerak? Mungkin gangguan sistem penghadaman

    Faktor-faktor lain yang menyebabkan pergerakan dalam perut adalah disebabkan gangguan penghadaman.

    Salah satu gejala yang menunjukkan gangguan penghadaman ialah seperti rasa sesuatu yang bergerak dalam perut kerana pergerakan otot.

    Antara gangguan yang boleh menyebabkan gejala seperti ini ialah penyakit seliak dan juga alahan makanan.

    #3. Ovulasi punca mengapa perut terasa bergerak gerak 

    Bagi wanita, perut akan menunjukkan beberapa gejala apabila ovulasi sedang berlaku.

    Salah satu gejala yang boleh berlaku ialah wujudnya pergerakan ringan dalam perut.

    Pergerakan tersebut berlaku disebabkan regangan pada rahim wanita bagi melepaskan sel telur yang sudah matang.

    #4. Penyumbatan usus juga punca mengapa perut terasa bergerak gerak 

    kenapa perut terasa bergerak gerak
    Usus tersumbat juga boleh jadi sebab perut anda bergerak.

    Sekiranya berlaku sebarang penyumbatan pada sistem penghadaman manusia, ia boleh menyebabkan kes penyumbatan usus.

    Keadaan ini akan menunjukkan gejala kekejangan perut yang dirasakan seperti ada sesuatu yang bergerak di dalamnya. 

    #5. Pergerakan sistem penghadaman penyebab kenapa perut terasa bergerak gerak

    Anda tertanya-tanya kenapa perut terasa bergerak gerak? Ia mungkin juga disebabkan oleh pergerakan yang berlaku dalam sistem penghadaman tubuh anda.

    Sewaktu anda sedang makan, otot-otot yang berada di sekitar sistem penghadaman akan mula bergerak.

    Ia bertujuan bagi menggerakkan makanan melalui perut dan juga usus.

    Walaupun anda tidak hamil, pergerakan tersebut mungkin dirasakan seperti pergerakan sewaktu kehamilan.

    Ia boleh berlaku sejurus selepas anda makan atau beberapa jam selepas anda habis makan.

    #6. Haid penyebab kenapa perut terasa bergerak gerak

    Apabila berlakunya haid atau menstruasi bagi wanita, tubuh akan mengalami beberapa perubahan.

    Ini termasuklah kekejangan yang berlaku pada perut.

    kenapa perut terasa bergerak gerak
    Antara punca darah haid keluar terlalu banyak daripada biasa.

    Kekejangan yang berlaku pada awal tempoh haid boleh membuatkan otot pada bahagian perut bawah terlalu aktif bergerak.

    Oleh sebab itu, anda mungkin akan berasa seperti ada sesuatu yang bergerak dalam perut anda. 

    #7. Kenapa perut terasa bergerak gerak? Mungkin kerana kekejangan otot

    Selain daripada datang haid, otot perut juga boleh mengalami kekejangan disebabkan oleh keadaan kesihatan yang lain. Ia juga boleh berlaku terhadap golongan lelaki atau pun wanita.

    Kontraksi boleh berlaku apabila otot menegang atau digunakan secara berlebihan.

    Walau bagaimanapun, kekejangan otot ini boleh dikatakan agak ringan dan akan kembali pulih dengan sendirinya dalam masa yang singkat. 

    #8. Divertikulitis

    Divertikulitis merupakan satu keadaan kesihatan di mana terdapat kemunculan kantung kecil yang membonjol (diverticula) dalam saluran penghadaman anda.

    Apabila kantung kecil ini meradang atau dijangkiti, ia dikenali sebagai divertikulitis.

    Antara gejala biasa yang menunjukkan gangguan ini ialah seperti cirit-birit, sembelit dan juga kembung perut.

    Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kekejangan otot perut dan sakit perut seperti terasa adanya gerakan dalam perut anda. 

    Kesimpulan

    Kami telah nyatakan lapan kemungkinan yang mungkin menyebabkan kenapa perut terasa bergerak gerak.

    Jadi, jika perut bergerak, anda mungkin mengalami salah satu daripada punca-punca di atas ini.

    Walau bagaimanapun, jika ia disertai dengan gejala-gejala lain yang lebih serius atau tidak normal, segeralah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan