backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

5 Petanda Badan Anda Kekurangan Sayur Dan Buah! #4 Paling Ramai Alami

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/01/2023

    5 Petanda Badan Anda Kekurangan Sayur Dan Buah! #4 Paling Ramai Alami

    Hakikatnya, umum mungkin sudah tahu kebaikan makan sayur dan buah namun masih ada individu yang tidak mahu atau tidak gemar untuk mengambilnya.

    Apa yang menjadi kebimbangan di sini adalah sayur dan buah itu adalah sangat penting dalam usaha menjaga kesihatan tubuh badan agar kekal sihat dan kuat.

    Bagaimana pula untuk tahu jika anda sebenarnya kurang makan sayur atau buah?

    Tenang, jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentang manfaat makan sayur dan buah pada kesihatan tubuh!

    Apa kebaikan makan sayur dan buah?

    Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan agar individu mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan sayur dan buah setiap hari.

    Tujuannya adalah untuk mengelakkan risiko penyakit jantung, strok, kanser dan pelbagai lagi penyakit lain.

    Ini kerana kedua-duanya mengandungi lambakan jenis vitamin serta mineral yang mampu membantu tubuh badan untuk berfungsi dengan lebih baik.

    kebaikan makan sayur

    Pertama, ia sangat kaya dengan antioksidan yang akan membantu melindungi tubuh badan daripada bahan kimia serta radikal bebas yang berbahaya.

    Kebaikan makan sayur dan buah yang kedua ialah kedua-duanya kaya dengan serat yang akan membantu menstabilkan kadar gula, merendahkan tahap kolesterol serta mengelakkan kondisi sembelit.

    Buat anda yang gemar makan hidangan tanpa sayur atau buah, anda mungkin perlu berfikir banyak kali lagi demi kesihatan tubuh badan anda sendiri.

    Apa akan jadi jika kurang makan buah dan sayur?

    Kurangnya pengambilan sayur atau buah akan meningkatkan risiko penyakit yang telah kami nyatakan di atas tadi serta tubuh badan jadi tidak sihat dan kuat.

    Berikut adalah petanda yang muncul pada tubuh badan jika anda kurang makan buah dan sayur:

    #1. Sukar melihat dalam gelap

    Mungkin mitos ambil lobak untuk mata yang jelas itu adalah benar kerana kebaikan makan sayur lobak diketahui amat baik untuk mata.

    Lobak mengandungi tinggi vitamin A yang boleh menghasilkan pigmen retina pada mata.

    Kekurangan pigmen retina ini seterusnya pula akan mengakibatkan anda sukar melihat dalam gelap yang sekali gus menyumbang kepada masalah penglihatan.

    #2. Gusi amat mudah berdarah

    Ada beberapa sebab gusi berdarah dan salah satunya adalah kekurangan vitamin C. Ia tidak dapat dihasilkan secara semula jadi, maka vitamin ini perlu dikonsumsi melalui pemakanan ataupun suplemen.

    Vitamin C dari sayur serta buah mampu menguatkan sistem imun, mengelakkan sel rosak dan melancarkan proses pemulihan yang penting untuk tubuh badan.

    kebaikan makan sayur

    #3. Kerapuhan kuku dan rambut

    Biotin (vitamin B7) adalah nutrien yang boleh ditemui dengan banyak di dalam pelbagai jenis sayur dan buah seperti bayam, brokoli, kubis, pisang dan lain-lain.

    Kekurangan Biotin dalam tubuh badan boleh menyebabkan masalah kuku dan rambut rapuh lantas mengakibatkan ia menjadi pucat, gugur serta tidak sihat.

    Kebaikan makan sayur dan buah yang anda tidak dapat jika kurang ambil iaitu #4. Sembelit

    Untuk pengetahuan anda, individu normal memerlukan sekurang-kurangnya 18 gram serat setiap hari yang boleh diperolehi daripada sayur atau buah dalam diet.

    Jika ia kurang dalam tubuh badan, maka risiko sembelit adalah lebih tinggi dan ia adalah sebab paling utama kenapa anda perlu makan buah dan sayur lebih banyak.

    Jika kurang makan sayur & buah #5. Mood tidak tentu

    Sebab terakhir kenapa perlu makan sayur dan buah lebih banyak dalam diet adalah untuk mengekalkan mood anda sehari-harian bagi memastikan emosi sentiasa stabil dan sihat.

    Jika anda mengalami mood tidak tentu secara mendadak, cuba tambahkan kedua-dua makanan ini ke dalam diet selain berjumpa doktor untuk diagnosis.

    kebaikan makan sayur

    Bagaimana jika tidak suka sayur @ buah?

    Ini adalah masalah yang paling sering dialami oleh individu terutamanya buat golongan kanak-kanak kerana tidak suka akan tekstur atau rasa makanan ini.

    Sebenarnya, ada cara atau trik yang anda boleh cuba seperti jadikan ia sebagai minuman jus yang tentunya lebih mudah untuk ditelan dan dihadam tubuh badan.

    Selain itu, anda juga tidak perlu untuk mengambil ia begitu sahaja, sebaliknya cuba campurkan sayur atau buah ke dalam hidangan lain untuk tekstur dan rasa yang lebih menarik.

    Sekiranya anda tidak suka angkara alahan terhadap makanan tersebut, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat tentang cara menyelesaikan masalah ini.

    Akhir kata, ada banyak sebab kenapa perlu makan sayur dan buah! Jadi, demi mendapatkan kebaikan makan sayur dan buah, sila cuba untuk mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan makanan ini setiap hari ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan