Kedua, sila elak aktiviti lasak yang terlalu banyak bergerak untuk mengurangkan risiko bentan ini menjadi lebih besar dan teruk akibat hentakan atau tekanan berlebihan pada alat sulit.
Sebaiknya, luangkan lebih banyak masa di rumah dengan berehat sampai bengkak itu mulai surut.
#3. Jangan mandi di dalam air bertakung
Ketiga, tegah diri anda daripada berendam dalam air yang bertakung seperti tab dan jakuzi kerana ia akan membuatkan alat kelamin cenderung bengkak akibat faktor suhu serta kelembapan.
Sebaliknya, anda masih boleh membersihkan diri dengan menggunakan shower atau air pancuran.
#4. Pakai kain pelekat selepas bersunat
Biasa terlihat situasi kanak-kanak yang pakai kain pelekat bergantung selepas berkhatan? Ya, cara hilangkan bengkak selepas bersunat terakhir adalah dengan gunakan kain ajaib ini.
Alasannya, ia mungkin boleh membantu melindungi alat kemaluan daripada terkena atau tergeser dengan fabrik seluar yang seterusnya akan membawa kerengsaan dan kebengkakan.
Konklusinya, berapa lama bengkak sunat sembuh adalah sekitar seminggu tetapi ia mungkin boleh lebih lambat jika ada masalah. Maka, amalkan petua yang telah kami berikan di atas ya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen