Pelik Tangan Selalu Rasa Kebas, Cuba 6 Cara Ini Untuk Kurangkan Lenguh
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu
Anda terjaga daripada tidur dan biasa alami tangan kebas? Kadangkala, situasi ini terjadi walaupun bukan pada waktu tidur. Kenapa selalu rasa kebas? Kenapa rasa kebas tangan? Jika ingin tahu punca serta cara menghilangkan kebas tangan, ikuti apa yang kami sediakan di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.
Punca sebenar berlakunya tangan kebas
Kenapa selalu rasa kebas? Kenapa kebas tangan kiri?
Punca biasa bagi keadaan kebas pada tangan adalah disebabkan oleh tekanan yang diberikan ke atas tangan atau lengan sewaktu tidur.
Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan oleh beberapa punca lain yang mungkin tidak diketahui ramai sebelum ini. Antara punca berlakunya kebas pada tangan ialah:
#1. Sindrom Carpal tunnel
Sindrom Carpal tunnel ini disebabkan oleh pemampatan saraf median pada bahagian Carpal tunnel.
Carpal tunnel adalah satu laluan sempit yang berada pada bahagian depan pergelangan tangan anda.
Apabila anda mengalami sindrom ini, ia akan menyebabkan rasa kesemutan dan kebas pada tangan anda.
#2. Spondylosis serviks (leher)
Spondylosis serviks biasanya berlaku disebabkan oleh kehausan yang berlaku setiap hari pada cakera tulang belakang di leher anda seiring pertambahan usia.
Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh menyebabkan kekebasan dan kesemutan pada tangan dan lengan anda. Ia juga boleh menyebabkan kebas pada bahagian kaki dan juga betis.
#3. Sindrom outlet toraks (TOS)
TOS adalah sekumpulan gangguan yang berlaku apabila saraf atau salur darah pada bahagian leher bawah dan juga dada atas mengalami keradangan, kecederaan atau kemampatan.
Jika anda mengalami TOS ini, anda akan mengalami simptom kekebasan pada bahagian lengan, tangan dan juga jari anda.
Punca tangan kebas #4. Diabetes
Kenapa selalu rasa kebas?
Apabila tubuh badan anda tidak memberikan respons yang berkesan kepada insulin atau tidak menghasilkan insulin yang mencukupi, itu bermaksud anda mengalami diabetes.
Antara salah satu simptom jika anda alami diabetes adalah berlakunya kerosakan saraf yang boleh menyebabkan kesakitan, kelemahan dan juga kebas pada tangan anda.
Sistem saraf periferal ini bertindak menerima dan menghantar isyarat di antara sistem saraf pusat dan juga anggota tubuh badan yang lain.
Jangan risau, ikuti cara menghilangkan kebas ini
Bagi merawat kebas, ia perlulah melihat kepada punca yang menyebabkannya berlaku.
Bagi penyebab yang lain, anda mungkin boleh mencuba cara menghilangkan kebas seperti di bawah ini:
#1. Senaman untuk tangan kebas
Jika anda melakukan senaman khusus bagi merawat sindrom Carpal tunnel, ia boleh membantu anda mengurangkan simptom yang dialami selain menguatkan otot anda.
Ubat-ubatan seperti ini boleh membantu mengurangkan kesakitan yang bersifat ringan yang berlaku pada leher, tangan dan juga bahagian tubuh yang lain.
#3. Gunakan splints atau wrist guard
Anda juga disarankan untuk menggunakan wrist guard bagi membantu pergelangan tangan anda menjadi lurus.
Ia secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan pada saraf median tangan anda. Anda boleh menggunakan wrist guard ini sewaktu melakukan tugasan berulang seperti menggunakan komputer.
#4. Ubat topikal
Penggunaan krim capsaicin atau tampalan lidocaine pada kulit boleh membantu melegakan kesakitan yang bersifat ringan dan juga kesakitan akibat kerosakan saraf periferal.
Ubat topikal seperto Biofreeze juga membantu melegakan kesakitan akibat sindrom Carpal tunnel.
#5. Ambil vitamin B-12
Kekurangan vitamin B-12 juga boleh menyebabkan kebas. Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil suplemen vitamin B-12.
Jika tangan kebas berterusan, terus berjumpa doktor
Jika rasa kekebasan yang dialami tersebut berlaku dalam jangka masa panjang, segeralah berjumpa dengan doktor.
Peringatan!
Anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya turut alami kekebasan pada kawasan lain tubuh badan anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Addington J, et al. (2016). Chemotherapy-induced peripheral neuropathy: An update on the current understanding. DOI:10.12688/f1000research.8053.1. Accessed Nov 5, 2020.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen