backup og meta

Asah Pisau Guna 3 Cara Ini, Baru Betul-Betul Tajam! (Ekstra: 3 Tip Mudah Tanpa Guna Batu Asah)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu

    Asah Pisau Guna 3 Cara Ini, Baru Betul-Betul Tajam! (Ekstra: 3 Tip Mudah Tanpa Guna Batu Asah)

    Pisau siang ikan sudah mula tumpul sehingga naik lunyai ikan yang sedang dipotong? Walaupun asah pisau tidaklah sesukar mana, namun jika salah teknik asah, pisau pasti tidak akan tajam juga. Kami kongsikan di sini cara asah pisau dengan betul.

    Selain itu, anda juga boleh tahu cara mengasah lain tanpa menggunakan batu asah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Cara asah pisau terbaik dan betul!

    cara asah pisau

    Jika setakat digunakan untuk memotong sayur, pisau yang tumpul mungkin tidak memberikan banyak masalah.

    Namun, jika anda menggunakannya untuk memotong ikan, ayam mahupun daging, ia pasti merenyahkan.

    Pisau tumpul hanya akan menyebabkan ikan menjadi hancur, manakala ayam dan daging pula akan lebih sukar untuk dipotong.

    Jadi apa penyelesaiannya? Pisau mestilah diasah dengan kerap, namun mestilah mengikut teknik yang betul.

    Ini cara mengasah pisau yang boleh anda ikut.

    #1. Asah satu arah sahaja

    Sebenarnya, ketika mengasah pisau, kita tidak boleh menolak dan menarik pisau daripada kedua-dua arah.

    Ini kerana, ia akan menyebabkan mata pisau menjadi tidak rata dan tidak tajam.

    Mata pisau sepatutnya hanya ditolak kepada satu arah sahaja.

    Jangan ditarik kembali pisau ke belakang setelah ia ditolak ke hadapan. 

    Baca juga:

  • Ibu-Ibu Muda Boleh Cuba 2 Teknik Potong Ayam Ini Di Rumah, Barulah Mak Mentua Kagum
  • Rebus Daging Letak Sudu Besi? Lebih Baik Cuba 6 Petua Lembutkan Daging & Confirm Jadi Ini!
  • Potong Ikut Urat Atau Lawan Urat? Ini 4 Tip Mudah Potong Daging, Juga Cepat Empuk Ketika Dimasak!
  • #2. Asah dengan jumlah yang sama banyak

    Apabila mempraktikkan cara asah pisau, pastikan anda mengasah dengan kiraan atau jumlah yang sama banyak bagi setiap sisi.

    Sebagai contoh, jika anda mengasah pisau sebanyak 8 kali pada satu sisi, pastikan anda mengasah sebanyak 8 kali juga pada sisi yang kedua.

    Ini untuk memastikan mata pisau mendapat tekanan asahan yang sama.

    #3. Gunakan batu asah panjang

    Pada zaman sekarang, terdapat batu asah pisau yang lebih moden iaitu berbentuk seperti batang yang panjang berserta pemegangnya sekali.

    Batu asah seperti ini sebenarnya lebih baik berbanding batu asah empat segi yang biasa kita gunakan sebelum ini.

    Malah, batu asah panjang ini lebih selamat dan lebih cepat untuk menajamkan pisau anda.

    Namun, pastikan ia digantung dan disimpan di tempat yang baik kerana ia boleh patah jika terjatuh ke lantai. 

    Cara asah pisau sembelih tanpa gunakan batu asah

    Percaya atau tidak, batu asah bukanlah satu-satunya alat yang boleh digunakan untuk mengasah pisau.

    Jika rumah anda tidak mempunyai batu asah, anda juga boleh menggunakan alat-alat seperti di bawah ini:

    #1. Kertas pasir

    cara asah pisau

    Kertas pasir mempunyai permukaan yang hampir sama dengan batu asah. Caranya ialah:

    • Balutkan kertas pasir pada satu bongkah kayu kecil
    • Letakkan bongkah kayu yang telah dibalut kertas pasir di atas permukaan yang rata
    • Kemudian, ambil pisau dan gosokkan pada kertas pasir dengan satu arah
    • Setelah satu sisi diasah, buat langkah yang sama pada satu sisi lagi

    #2. Gunakan pisau yang lain

    cara asah pisau

    Anda juga boleh membuat cara asah pisau dengan ‘melagakannya’ pada satu bilah pisau yang lain.

    Namun, anda kena ikuti langkah-langkah ini dengan betul:

    • Pegang pisau yang tumpul dengan tangan kiri dan pisau yang dijadikan sebagai batu asah dengan tangan kanan
    • Silangkan kedua-dua pisau tersebut dan pastikan mata pisau berada di sebelah luar tangan
    • Gerakkan pisau pada tangan kanan dan asah mata pisau pada tangan kiri. Asah dengan menolak kepada satu arah sahaja
    • Lakukan langkah yang sama pada satu sisi lagi

    #3. Gunakan bata merah

    bata merah

    Bata merah turut mempunyai permukaan yang serupa dengan batu asah. Ia boleh digunakan sebagai alternatif untuk anda mengasah pisau.

    Namun, cuba gunakan batu yang tidak terlalu kasar atau terlalu halus.

    Bata yang terlalu kasar hanya akan merosakkan mata pisau, manakala batu yang terlalu halus pula tidak menajamkan mata pisau.

    Cara asah pisau dengan menggunakan bata merah:

    • Basahkan bata dengan air
    • Tolak pisau pada permukaan bata dengan satu arah yang kuat
    • Lakukannya berkali-kali dan buat langkah yang sama pada satu sisi lagi
    • Terus mengasah sehingga pisau menjadi tajam

    Kesimpulan

    Tidak susah pun untuk mengasah pisau jika anda tahu tekniknya yang betul.

    Jika rumah anda tidak mempunyai batu asah, gunakan sahaja tiga barang yang kami nyatakan sebelum ini. Ia juga boleh membantu menajamkan pisau anda.

    Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan