backup og meta

6 Jenama Air Mineral Terbaik Di Malaysia, Ada Yang Bagus Untuk Cantikkan Kulit!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/10/2023

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

    6 Jenama Air Mineral Terbaik Di Malaysia, Ada Yang Bagus Untuk Cantikkan Kulit!

    Mungkin ramai yang kurang peduli dengan jenis dan nama air mineral, lalu cuma tahu minum sahaja. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenama air mineral terbaik di Malaysia yang anda boleh cuba!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.

    Apa beza air mineral dengan air minuman?

    Umumnya, semua air untuk diminum itu sama dan biasa digelar dengan nama air kosong atau air putih. Tanpanya, tubuh badan kita tidak mungkin akan dapat berfungsi pada kadar yang optimum.

    Apa yang bakal membezakan jenis-jenis air adalah kandungan bahan organik, bahan cemar dan bahan larut termasuk mineral. Ia turut bergantung kepada sumber, cara rawat serta proses air tersebut.

    Sebenarnya, wujud perbezaan yang ketara di antara air mineral dengan air minuman seperti penerangan di bawah:

  • Air mineral – Telah diperkaya dengan mineral serta vitamin yang penting
  • Air minuman – Mungkin ditambah dengan garam klorida, bikarbonat dan sulfat
  • air mineral terbaik di malaysia

    Dari sudut sumber, air mineral adalah daripada sumber air bawah tanah seperti mata air dan telaga, manakala air minuman daripada kolam, tasik, sungai serta bekalan air paip yang mungkin ada di setiap rumah.

    Cara rawat dan proses juga berbeza di mana air mineral akan melalui proses penapisan, pengklorinan, pendeklorinan, pengudaraan, pengkarbonan, pempasteuran, penstrilan ultraungu dan pelakuan ozon.

    Bagi air minuman yang biasa pula, kaedah perawatan dan pemprosesan meliputi penurasan (untuk menghilangkan bau, rasa dan klorin), penyulingan, penyahkuman, osmosis berbalik dan elektrodialisis.

    Jenama air mineral terbaik di Malaysia!

    Memandangkan air mineral lebih terkenal, adakah anda sedar dan minum jenama air mineral terbaik di Malaysia seperti di bawah?

    #1. Spritzer Natural Mineral Water

    Pertama, air mineral daripada syarikat gergasi Spritzer yang telah berkhidmat sebagai pembekal paling popular semenjak tahun 1989, serta masih lagi kekal relevan sehingga ke hari ini.

    Apa yang lebih menarik, produk semula jadi ini bukan setakat sarat dengan mineral malah turut dipaketkan dengan sangat baik berpandukan kepada standard antarabangsa yang ditetapkan.

    Tidak cukup dengan itu, produk pemenang 3 bintang emas Superior Taste Award from The International Taste and Quality Institute (iTQi) juga kaya dengan silika yang bagus untuk kulit!

    #2. Spritzer Sparkling Mineral Water

    Masih dari jenama air mineral terbaik di Malaysia, Spritzer juga telah mengeluarkan variasi lain iaitu sparkling yang merupakan kembar tidak seiras dengan produk di atas tetapi berkarbonat.

    Anda tidak perlu risau kerana proses pembuatannya bebas gula tambahan, bahan perasa dan pewarna. Ini sekali gus menjadikan produk serba semula jadi ini sihat dan selamat untuk digunakan.

    Terus daripada hutan hujan di Taiping, Perak, kedua-dua air mineral keluaran syarikat gergasi ini juga dijamin halal untuk diminum oleh majoriti masyarakat kita dengan rasa menyegarkan!

    Jenama air mineral terbaik #3. Bleu

    Senarai air mineral terbaik di Malaysia mungkin tidak lengkap tanpa jenama yang popular dengan warna biru ini!

    Merupakan antara pembekal air bawah tanah dengan kualiti premium dan popular di mata dunia, produk ini sangat diyakini dan telah diakui oleh Asia Middle East Bottle Water Association (ABWA).

    Manakala di negara kita pula, air mineral Bleu yang serba biru ini turut disahkan halal, sihat dan selamat oleh ramai pihak dan organisasi terpenting termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    #4. Ice Mountain Mineral Water 

    Keempat, syarikat pengeluar air gergasi Fraser & Neave (F&N) juga telah lama mengeluarkan versi air mineral mereka sendiri yang menggunakan nama Ice Mountain dan amat popular di negara kita.

    Antara poin jualan paling utama produk ini adalah ia benar tulen semula jadi. Bersumberkan air dari lembah terdalam, produk ini turut diperkaya dengan pelbagai jenis mineral yang juga secara alami.

    Di akhir proses pembuatan, ia juga telah melalui proses penapisan terbaik agar ia bersih, sihat dan selamat diminum.

    #5. Dasani Mineral Water PET

    Kelima, ada satu lagi air mineral keluaran syarikat pengeluar air gergasi lain iaitu Coca-Cola yang sebenarnya mungkin lebih sinonim dengan identiti minuman berkarbonat paling popular di Malaysia.

    Namun, air mineral Dasani tidak kurang hebat dengan kandungan mineral yang tinggi selain proses penapisan air yang menggunakan teknik osmosis berbalik untuk menyucikan ia daripada bendasing.

    Apa yang mungkin mengejutkan, ia juga mempunyai rasa yang lebih segar dan sedap berbanding jenama-jenama lain.

    #6. Evian Natural Mineral Water

    Jika ditanyakan pada rakyat negara kita, mungkin ramai yang kata jenama air mineral terbaik di Malaysia adalah air mineral Evian.

    Meskipun pembuatannya bukan berasal dari negara kita, namun jenama yang dipanggil ‘kayangan’ ini cukup popular dalam kalangan masyarakat kita. Ia bersumberkan air daripada French Alps dan memang benar semula jadi.

    Bukan itu sahaja, jenama ini turut berhempas pulas selama lebih 25 tahun untuk memberi kesedaran kepada generasi akan datang berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar supaya ia sentiasa kekal terjaga.

    Jadi, setiap botol air mineral mereka boleh dikitar semula sama seperti kebanyakan jenama lain. Menariknya, Evian menerapkan tahun 2025 untuk jenama mereka menggunakan 100% bahan mesra alam!

    Konklusinya, memang ada banyak jenama air mineral terbaik di Malaysia. Namun, yang mana satu pilihan kalian?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan