backup og meta

Perkembangan EQ & IQ Perlu Seimbang, Kriteria Penting Untuk Anak Membesar, Kata Pakar

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 7 hari lalu

    Perkembangan EQ & IQ Perlu Seimbang, Kriteria Penting Untuk Anak Membesar, Kata Pakar

    Apabila bercakap mengenai tumbesaran anak, biasanya kita akan melebihkan aspek perkembangan IQ (kepintaran). Sedangkan pada hakikatnya kecerdasan emosi (EQ) yang seimbang juga penting.

    Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

    Kepentingan perkembangan emosi kanak-kanak

    Ibu bapa harus mengambil berat mengenai keseimbangan perkembangan IQ dan EQ anak-anak, bukan hanya memberi penekanan kepada perkembangan IQ sahaja.

    Pakar Perunding Pediatrik dari Pusat Perubatan Ara Damansara, Dr. Rakhee Yadav berkata, kanak-kanak memerlukan perkembangan IQ dan EQ (kecerdasan emosi) yang seimbang untuk bersedia menghadapi masa depan.

    “Ini kerana bukan sahaja kejayaan profesional penting untuk masa hadapan, tetapi kemampuan untuk membina hubungan sosial, mengendalikan tekanan dan menjalani kehidupan dengan penuh keyakinan juga perlu diseimbangkan,” ujar Dr Rakhee. 

    perkembangan EQ
    Kiri: Dr. Rakhee Yadav, Pakar Perunding Pediatrik dari Pusat Perubatan Ara Damansara dan Profesor Madya Dr Cheah Pike See, Pakar Neurosains dan Anatomi di Universiti Putra Malaysia (UPM).

    Bagi Pakar Neurosains dan Anatomi di Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Cheah Pike See, “Bonding (jalinan hubungan), Experience (pengalaman), Nutrition (pemakanan) adalah aspek penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

    Tambah beliau lagi, “Ketiga-tiga blok pembinaan penting itu menyumbang kepada kebolehan intelektual, emosi dan sosial anak. Ia menjadi asas kepada kejayaan masa depan dan perkembangan holistik sepanjang hayat.”

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah) turut mengiktiraf kepentingan kecerdasan emosi dan mengembangkan EQ pelajar di samping kemahiran akademik.

    kecerdasan emosi

    Kecerdasan emosi dan pemakanan

    Dr Rakhee menjelaskan, otak manusia merupakan ciptaan semula jadi yang menarik. Semasa pertumbuhannya, sel-sel otak berkembang untuk membina pelbagai sambungan dan rangkaian. Lebih banyak sel otak berhubung, ia akan menyokong perkembangan holistik otak.

    “MFGM dan DHA mengeluarkan bahan kimia otak yang disebut sebagai neurotransmitter, yang berfungsi menghantar maklumat dari satu sel otak ke sel lain, sekali gus mengawal kebolehan mental dan emosi.

    “Amat penting untuk ibu bapa memahami khasiat yang diperlukan semasa tempoh awal kehidupan anak. Sebaik-baiknya, anak harus mendapat nutrisi yang mengandungi MFGM bagi menyokong perkembangan emosi kanak-kanak dan tahap DHA mengikut saranan pakar untuk perkembangan IQ mereka,” tambah Dr Rakhee.

    kecerdasan emosi
    Dari kiri: Pakar Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Ara Damansara, Dr Rakhee Yadav; Pelakon, Penyanyi, Usahawan, Enfagrow A+ Mom, Nur Fazura Sharifuddin; Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition, Malaysia, Singapura dan Vietnam, Brian Fischel; Pakar Neurosains dan Anatomi di Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Cheah Pike See, dan Pengarah Pemasaran Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura, Vietnam, Wong Choy Yee.

    Kedua-dua pakar ini berkongsi maklumat tersebut semasa majlis pelancaran Enfagrow A+ MindPro Holistic Brain Expo yang turut disertai oleh Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition, Malaysia, Singapura dan Vietnam, Brian Fischel dan Ibu Selebriti Enfagrow A+ MindPro, Nur Fazura Sharifuddin.

    Menurut Brian, “Enfagrow A+ MindPro mengiktiraf peranan penting pemakanan yang kuat sepanjang tempoh lima tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak bagi memupuk perkembangan otak secara menyeluruh.”

    “Dengan pengalaman dan kepimpinan dalam industri berdekad lamanya, Enfagrow A+ MindPro telah merevolusikan pemakanan kanak-kanak menerusi penemuan saintifik seperti DHA & MFGM.”

    “Kami tetap teguh dalam komitmen kami untuk memperkasakan ibu bapa dan pendidik, yang menggalakkan pendekatan secara holistik kepada perkembangan otak kanak-kanak,” jelas Brian.

    kecerdasan emosi
    Brian Fischel, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition, Malaysia, Singapura dan Vietnam

    Rangsang kecerdasan emosi anak

    Ekspo Pendidikan anjuran Enfagrow A+ Mindpro dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) ini merupakan platform untuk mewujudkan kesedaran meluas dalam masyarakat, dengan mengetengahkan kepentingan membina asas yang tepat sejak kecil lagi.

    Jadi untuk merangsang kepintaran dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak, apa kata anda bawa anak-anak ke ekspo ini. 

    Di sini, si kecil akan mendapat pelbagai pengalaman interaktif termasuk jelajah maya Brainverse – kubah berkilau ruangan ‘dalaman otak’ untuk paparan rangkaian saraf apabila otak berkembang sepanjang lima tahun pertama kehidupan kanak-kanak.

    perkembangan EQ

    Terdapat juga acara pendidikan interaktif lain yang baik untuk kecerdasan emosi seperti pameran otak sebenar, permainan anatomi otak sintetik, teknologi interaktif tentang bagaimana otak berfungsi serta cabaran otak yang menyeronokkan!

    Kemasukan ke Holistic Brain Expo yang diadakan di Orange Concourse, Sunway Pyramid ini adalah secara percuma dan ia berlangsung selama 4 hari bermula 18 hingga 31 Mei, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 7 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan