Apa yang menyebabkan sakit pinggang sebelah kiri pada wanita ya? Teruskan membaca artikel ini, untuk mengetahui faktor penyumbang kepada keadaan tersebut.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Apa yang menyebabkan sakit pinggang sebelah kiri pada wanita ya? Teruskan membaca artikel ini, untuk mengetahui faktor penyumbang kepada keadaan tersebut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Berdasarkan penyelidikan, dianggarkan lebih daripada 80% individu mengalami sakit pinggang sepanjang hayat mereka.
Malah dikatakan wanita yang telah menopaus lebih cenderung mengalaminya berbanding lelaki selepas andropaus.
Berikut antara beberapa keadaan lazim penyebab sakit pinggang:
Sakit pinggang kronik (chronic low back pain (LBP) adalah salah satu cabaran muskuloskeletal paling biasa dihadapi wanita semasa menopaus.
Kira-kira 70% wanita perimenopaus akan mengalami simptom yang dikaitkan dengan kekurangan estrogen.
Kebanyakan kajian menunjukkan peningkatan gejala menopaus mempunyai hubung kait dengan sakit pinggang sebelah kiri belakang yang kronik.
Dismenorea, disfungsi rahim yang menjadi punca kekejangan kerap dan teruk bagi wanita semasa haid, juga boleh menimbulkan masalah sakit belakang.
Keadaan ini boleh diklasifikasikan sama ada sebagai primer atau sekunder:
Merupakan keadaan kronik yang juga boleh menjadi salah satu penyumbang sakit belakang bagi wanita.
Endometriosis berlaku apabila tisu endometrium tumbuh di luar rahim – sama ada di dalam rongga pelvis atau kawasan lain.
Tisu-tisu ini bertindak balas terhadap perubahan hormon badan dan boleh menyebabkan bengkak, sakit, tompokan darah antara haid dan pendarahan.
Baca juga:
Oleh sebab tisu ini berdarah setiap bulan seperti lapisan rahim, tanpa ruang yang mencukupi untuk menampung pendarahan haid bulanan, justeru cecair berlebihan akan menyebabkan kerengsaan dan keradangan tisu sekeliling.
Kesannya, keadaan ini boleh mengakibatkan pendarahan haid berat, kesakitan yang kronik dan pembentukan tisu parut.
Gejala endometriosis boleh muncul pada mana-mana peringkat semasa kitaran haid. Sakit pelvis yang menjalar ke bawah kaki adalah perkara biasa.
Simptom lain termasuklah:
Di bawah pula adalah antara punca sakit pinggang sebelah kiri pada wanita Malaysia yang jarang berlaku, tetapi masih boleh dialami oleh mana-mana individu:
Kusyen atau lapik yang kelihatan seperti jeli antara vertebra boleh hilang seiring peningkatan usia. Kesannya ia boleh menyebabkan kerengsaan pada saraf berdekatan.
Kemalangan traumatik dan pergerakan mendadak juga boleh memberikan tekanan yang tinggi pada cakera dan menyebabkan ia pecah, menonjol serta menimbulkan kesakitan.
Walaupun simptom cakera hernia berbeza-beza, namun kebanyakannya akan mengalami rasa sakit menyucuk pada kaki sehingga ke pinggang.
Penyakit tertentu seperti osteoporosis dan osteoarthritis boleh menyebabkan sakit belakang.
Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh dari masa ke masa, berpotensi mengakibatkan patah tulang belakang. Manakala osteoarthritis adalah penyakit sendi progresif yang merosakkan rawan pelindung.
Terdapat juga sakit belakang yang merupakan gejala daripada penyakit autoimun berbeza seperti rheumatoid arthritis dan lupus.
Scoliosis adalah gangguan yang menyebabkan tulang belakang melengkung secara tidak normal.
Punca keadaan ini masih tidak dapat dikenal pasti dan secara khususnya, ia bukanlah penyebab sakit belakang bahagian bawah yang biasa terjadi. Namun, masih ada kemungkinan untuk ia berlaku.
Dalam beberapa keadaan, sakit belakang bawah juga boleh berkaitan dengan kanser – disebabkan oleh tumor yang tumbuh/berkembang pada kawasan lumbar.
Berita baiknya, masalah sakit pinggang ini akan sembuh dengan sendiri. Tetapi jika tidak sembuh dalam tempoh antara 6-12 minggu, lakukan pemeriksaan doktor.
Terdapat juga tanda bahaya yang perlu anda perhatikan untuk menentukan sama ada sakit pinggang yang dialami adalah serius atau tidak.
Anda perlu mendapatkan rawatan kecemasan segera jika:
Sekiranya masalah sakit pinggang sebelah kiri pada wanita ini menimbulkan kebimbangan di hati, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan kepastian mengenai keadaan diri anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen