Masalah kesakitan pada bahagian tumit kaki boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Tetapi apakah punca sakit tumit kaki bagi wanita ya? Baca selanjutnya untuk jawapan.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Masalah kesakitan pada bahagian tumit kaki boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Tetapi apakah punca sakit tumit kaki bagi wanita ya? Baca selanjutnya untuk jawapan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Sakit tumit biasanya akan menyebabkan kesakitan pada bahagian bawah atau belakang tumit. Walaupun ia jarang mengakibatkan keadaan serius, namun ini boleh mengganggu aktiviti harian.
Sering kali kesakitan akan dirasai pada bahagian bawah kaki, ke arah hadapan tumit. Kesakitan biasanya bermula secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk.
Rasa sakit boleh menjadi teruk sekiranya terdapat koyakan tisu dalaman. Anda mungkin perasan bunyi meletus pada masa kecederaan dan rasa sakit serta-merta.
Sebelum mengetahui punca sakit tumit kaki bagi wanita, pernah terfikir tak mengapa masalah ini lebih cenderung dialami kaum Hawa?
Secara fisiologi, wanita dan lelaki mempunyai kaki yang hampir sama, tetapi mengapa sakit tumit lebih kerap dialami wanita?
Jangan terkejut, salah satu punca utamanya adalah kerana memakai kasut tumit tinggi. Pemakaian kasut bertumit tinggi boleh mengakibatkan ketidakselesaan, lebih-lebih lagi jika dipakai untuk tempoh yang lama.
Selain itu masalah sakit tumit ini juga adalah sangat biasa semasa kehamilan kesan pertambahan berat badan. Ini kerana ia menyumbangkan ketidakseimbangan gaya berjalan dan memberi tekanan pada tumit.
Ini bermakna, individu yang mengalami rasa sakit tumit selepas bertambah berat badan perlu mengurangkan berat untuk menangani masalah tersebut.
Jadi apakah antara faktor yang mungkin menyebabkan seorang wanita itu mengalami sakit tumit?
Plantar fasciitis adalah keadaan menjejaskan plantar fascia – ligamen yang menghubungkan tumit dan bahagian depan kaki.
Ligamen ini akan semakin ‘menipis’ kerana pergerakan anda berjalan, berlari, berdiri dan melompat.
Selain itu, keadaan ini juga boleh berkembang disebabkan kecederaan bersukan atau faktor gaya hidup wanita, seperti memakai kasut tumit tinggi atau kehamilan.
Juga merupakan antara keadaan yang paling biasa berlaku pada wanita di peringkat pertengahan usia.
Turut dikenali sebagai retrocalcaneal exostosis atau “pump bump” – dicirikan oleh pembesaran tulang tendon Achilles bertemu tulang tumit.
Pemakaian kasut tumit sekali lagi menjadi penyumbang kepada keadaan ini, sekali gus menyebabkan ia lebih biasa dialami wanita berbanding lelaki.
Kecacatan Haglund boleh mengakibatkan sakit pada bahagian belakang tumit yang bertemu buku lali.
Flat feet juga berkait rapat dengan masalah sakit tumit pada wanita. Keadaan ini merujuk kepada sedikit atau tiada lengkungan (arch) pada bahagian sisi dalam kaki.
Kaki rata boleh berlaku disebabkan oleh genetik atau pemakaian kasut yang tidak betul.
Artritis (sakit sendi) adalah satu lagi keadaan yang memberi kesan lebih kerap kepada wanita berbanding lelaki.
Bahkan wanita adalah 3x lebih berkemungkinan untuk mengalami artritis reumatoid terutamanya apabila usia semakin meningkat.
Artritis reumatoid adalah keadaan autoimun yang biasanya mengakibatkan keradangan dan kesakitan pada sendi seperti sendi kaki, buku lali dan tumit.
Kebanyakan kesakitan yang dialami pada bahagian tumit ini boleh diatasi tanpa pengguaan ubat.
Berikut antara petua hilangkan sakit tumit kaki kanan dan kiri:
Kasut yang tidak bersesuaian adalah salah satu punca paling biasa bagi kesakitan tumit kaki.
Sebaiknya pilihlah kasut bertumit yang tinggi tidak melebihi 1.5 inci, sokongan lengkungan yang betul serta terdapat kusyen dan fleksibiliti mencukupi pada tapak kasut supaya kaki boleh bergerak secara semula jadi.
Saiz kasut yang betul juga penting. Ini kerana jika terlalu ketat, ia boleh menjejaskan gaya berjalan atau penjajaran (alignment) yang boleh menyebabkan sakit tumit.
Seperti seluruh badan, kaki juga perlu diregangkan.
Sakit tumit sering merangkumi rasa tegang pada lengkungan dan tumit kaki. Dengan melakukan regangan secara kerap boleh memberikan kelegaan jangka pendek serta menyumbang kepada penyembuhan untuk tempoh masa panjang.
Petua lain:
Sakit tumit paling kerap berlaku pada bawah kaki, di belakang tumit dan bahagian dalam atau luar tumit.
Pemakaian kasut yang memberikan sokongan, mengelakkan berdiri untuk jangka masa lama dan mengekalkan berat badan seimbang juga boleh menghalang sakit tumit daripada berlaku.
Jika petua yang dikongsikan di atas tidak dapat membantu mengatasi punca sakit tumit kaki bagi wanita, lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen