backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Basuh Miss V Dengan Air Garam Boleh Hilangkan Gatal? Ini Risikonya Jika Diteruskan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada seminggu lalu

    Basuh Miss V Dengan Air Garam Boleh Hilangkan Gatal? Ini Risikonya Jika Diteruskan!

    Pernahkah anda dengar mengenai petua hilangkan gatal pada kemaluan wanita menggunakan campuran air garam? Aduh, belum cuba lagi dah terasa pedihnya kan! Adakah cara merawat gatal pada kemaluan wanita dengan air garam benar-benar berkesan atau hanya auta semata-mata?

    Masalah gatal pada kemaluan wanita merupakan satu keadaan yang lazim berlaku kepada wanita. Ia mungkin berlaku disebabkan tidak menjaga kebersihan diri atau jangkitan.

    Namun, benarkah kita boleh atasi gatal pada kemaluan wanita hanya dengan menggunakan air garam? Sebelum cuba, BERHENTI dulu dan fikirkan mengenai baik buruknya.

    Benar, ramai yang sangka air garam dapat mengubat kegatalan disebabkan sifat antiseptiknya. Walau bagaimanapun, tanpa diagnosis oleh pakar, kegatalan anda boleh jadi bertambah teruk!

    Malah, air garam juga boleh mengeringkan vagina dan menyebabkan kawasan intim anda menjadi lebih gatal!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Petua hilangkan gatal pada Miss V

    kegatalan faraj
    Punca faraj rasa gatal dan pedih.

    Orang lama ada mengajar cara merawat gatal pada kemaluan wanita menggunakan air garam. Salah satunya adalah menggunakan kain yang direndam di dalam larutan garam.

    Anda mungkin perlukan:

    • Garam kasar
    • Air suam
    • Mangkuk atau baldi

    Langkah-langkahnya:

    1. Sediakan air dalam mangkuk. Tambahkan beberapa sudu garam.
    2. Rendam kain dalam larutan garam sehingga basah. Kemudian perah sedikit.
    3. Letakkan kain tersebut pada kawasan intim. Tekan dengan lembut untuk elakkan sebarang kecederaan.
    4. Lakukan beberapa kali sehingga kegatalan hilang.

    Walau bagaimanapun, perubatan secara tradisional ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang.

    Malah, cara merawat gatal pada kemaluan wanita menggunakan air garam ini mungkin akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

    Keburukan petua hilangkan gatal pada kemaluan wanita dengan air garam

    punca kegatalan pada faraj
    Petua semula jadi untuk merawat kegatalan faraj.

    Bukan semua petua hilangkan gatal pada kemaluan wanita menjadi. Kadangkala, ia boleh mendatangkan kesan lain yang lebih teruk. Oleh sebab itu, gunakan air garam dengan berhati-hati.

    Kadangkala, air garam boleh buatkan kulit jadi semakin pedih. Malah, ia boleh menyebabkan kulit vagina menjadi melecet dan semakin gatal.

    Bukan itu sahaja, penggunaan air garam juga boleh mengganggu keseimbangan pH di kawasan intim. Air garam selalunya akan membuatkan vagina menjadi sangat kering.

    Malah, bukan semua orang sesuai menggunakan air garam di kawasan intim. Oleh sebab itu, cara atasi gatal pada kemaluan wanita dengan air garam ini mungkin berkesan untuk sesetengah wanita, dan mungkin tidak berkesan untuk wanita lain.

    Penjagaan vagina di rumah

    petua hilangkan gatal pada kemaluan wanita
    Tip merawat kegatalan faraj.

    Cara paling mudah untuk memastikan kawasan Miss V kekal bersih dan bebas penyakit adalah dengan membasuhnya dengan air biasa dan lap sehingga kering menggunakan tisu atau tuala. Jika anda menjaga kebersihan badan, vagina juga akan menjadi lebih sihat dan tidak gatal-gatal.

    Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti jangkitan yis, vaginitis atau sebagainya, pastikan anda berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya. Dengan rawatan yang betul, masalah kegatalan ini dapat diatasi.

    Elakkan penggunaan air garam, campuran herba atau sabun tertentu untuk membasuh kawasan Miss V. Vagina wanita mempunyai pHnya yang tersendiri. Jika keseimbangan pH ini terganggu, vagina mungkin akan menjadi kering dan lebih mudah dijangkiti penyakit.

    Salah satu petua hilangkan gatal pada kemaluan wanita ialah berendam dalam air suam. Kemudian, keringkan badan secepat mungkin.

    Selain itu, elakkan meruang. Meruang boleh menyebabkan simptom dan kegatalan menjadi semakin teruk.

    Pada permukaan vagina, ada banyak bakteria sihat yang dapat melindungi Miss V daripada sebarang jangkitan. Amalan meruang boleh mengganggu keseimbangan bakteria dan membuatkan lebih banyak ‘bakteria jahat’ mendiami kawasan intim!

    Sebab itulah, cara atasi gatal pada kemaluan wanita dengan air garam mungkin tidak berkesan untuk sesetengah orang. Malah, ia mungkin akan membuatkan kegatalan menjadi semakin teruk!

    Petua hilangkan gatal pada kemaluan wanita

    Selain itu, antara petua hilangkan gatal pada kemaluan wanita yang lain ialah:

    1. Jangan gunakan semburan, minyak wangi, atau bedak pada kawasan intim.
    2. Pakai tuala wanita dan bukan tampon jika anda mengalami kegatalan.
    3. Jika anda menghidap diabetes, pastikan kadar gula dalam darah kekal seimbang untuk elakkan kegatalan.
    4. Pastikan kawasan intim dapat bernafas dengan baik. Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas atau jangan pakai seluar dalam pada waktu malam untuk memastikan kelembapan tidak berkumpul di kawasan vagina.
    5. Amalkan seks yang selamat. Pastikan anda sentiasa memakai perlindungan untuk mengelakkan jangkitan kelamin.

    Kesimpulan

    Petua hilangkan kegatalan pada kemaluan wanita dengan air garam ini mungkin berkesan untuk sesetengah wanita, dan mungkin tidak berkesan untuk wanita lain. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sekiranya keadaan vagina anda yang pedih semakin berlarutan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada seminggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan