Pasti ramai wanita ingin mengetahui jika terdapat perkara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kualiti telur dan kesuburan sekali gus peluang kehamilan mereka, betul tak? Ini ada makanan untuk mematangkan sel telur wanita yang boleh anda amalkan.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Pasti ramai wanita ingin mengetahui jika terdapat perkara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kualiti telur dan kesuburan sekali gus peluang kehamilan mereka, betul tak? Ini ada makanan untuk mematangkan sel telur wanita yang boleh anda amalkan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Pastinya ada yang bertanya penting ke pengambilan makanan untuk mematangkan sel telur wanita?
Berbeza dengan lelaki yang terus menjana sperma, wanita dilahirkan dengan jumlah kesemua telur (ovum) yang akan dimiliki sepanjang hidup dan ia akan berkurangan seiring peningkatan usia.
Kualiti baki telur juga akan menurun dan secara tidak langsung meningkatkan risiko masalah kesuburan dan keguguran.
Walaupun tidak boleh menambah bilangan telur yang dimiliki, tetapi anda boleh mempengaruhi kualitinya.
3-4 bulan sebelum ovulasi, sel telur – juga disebut folikel – matang dan membesar secara mendadak dalam saiznya. Tumbesaran folikel ini memerlukan nutrien dan tenaga.
Dengan memperbaiki diet dan gaya hidup dalam tempoh anggaran 90 hari sebelum ovulasi, anda boleh meningkatkan kualiti telur dan peluang kehamilan yang sihat.
Jika anda sedang berusaha untuk hamil, menjaga pemakanan adalah perkara paling mudah tetapi penting untuk dilakukan.
Merupakan antara makanan hebat yang kaya nutrisi.
Mengandungi lemak tak tepu tunggal (monounsaturated) tinggi yang membantu dalam meningkatkan kesihatan telur dan mengekalkan kesihatan reproduktif.
Jika badan kekurangan zat besi, ia boleh menyebabkan wujudnya masalah ovulasi.
Menambah legum dan lentil ke dalam diet adalah idea yang baik kerana ia merupakan sumber kaya zat besi, vitamin B kompleks, magnesium dan nutrien penting lain untuk kesuburan.
Antara jenis legum dan lentil adalah kacang pis, kacang soya, kacang hitam, kacang panggang serta dal.
Kekacang dan buah kering adalah sumber protein, vitamin, mineral dan antioksidan yang hebat.
Kandungan selenium dalam kekacang berfungsi sebagai mineral yang dapat mengurangkan kerosakan kromosom telur.
Fungsi antioksidan pula untuk menghalang radikal bebas dan membolehkan pengeluaran telur yang lebih baik.
Biji bijan tinggi kandungan zink untuk membantu pengeluaran hormon yang bertanggungjawab untuk kesihatan telur optimum. Sebagai bonus, ia juga kaya dengan lemak tak tepu tunggal.
Buah beri seperti raspberi, strawberi, kranberi dan beri biru padat dengan nutrisi sekali gus dianggap sebagai buah yang meningkatkan kesuburan wanita.
Ia mengandungi banyak vitamin C, folat (asid folik) dan antioksidan kuat untuk melindungi telur daripada radikal bebas serta memastikan ia kuat dan sihat.
Baca juga:
Bayam, kubis, brokoli dan sayuran berdaun hijau lain mengandungi folat, zat besi, mangan, kalsium dan vitamin A, B, C serta E yang tinggi.
Nutrien ini penting dalam menguatkan dan mengekalkan kesihatan telur anda.
Satu lagi makanan hebat adalah halia.
Ia mengandungi sifat antiradang yang membantu meningkatkan peredaran darah dan menggalakkan fungsi sistem pencernaan sihat.
Halia juga membantu mengurangkan sebarang ketidakselesaan dan keradangan dalam sistem reproduktif dan menormalkan kitaran haid.
Kayu manis juga dianggap sebagai makanan hebat yang dipercayai dapat meningkatkan fungsi ovari dan menggalakkan pengeluaran telur yang betul dengan memerangi rintangan insulin.
Ia amat berguna untuk wanita yang telah didiagnosis dengan sindrom ovari polisistik (PCOS).
Menambah kayu manis ke dalam diet, bagi mereka yang mempunyai PCOS atau ingin meningkatkan kesuburan amat disarankan.
Betul, secara teknikal air bukanlah makanan. Tetapi air juga adalah bahan yang sangat penting untuk kesihatan telur!
Anda disarankan untuk memastikan pengambilan air secukupnya berdasarkan keperluan harian atau sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Ia juga penting bagi memastikan diri kekal terhidrat.
Setiap wanita amat perlu untuk memastikan diri mempunyai sistem reproduktif yang sihat dan stabil bagi membolehkan mereka memiliki peluang kehamilan tanpa sebarang masalah. Maka menjaga kesihatan ovari dan telur semasa tahun-tahun reproduktif adalah penting.
Anda amat disyorkan mengikuti dan mengamalkan makanan untuk mematangkan sel telur wanita yang dikongsikan di atas.
Ia bukan sahaja untuk menjaga kualiti telur, bahkan juga boleh membantu meningkatkan kesuburan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan, berundinglah dengan doktor atau pakar sakit puan bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen