backup og meta

Ini 10 Manfaat Nanas Untuk Wanita Ramai Tak Tahu, Kena Makan Selalu!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/01/2024

    Ini 10 Manfaat Nanas Untuk Wanita Ramai Tak Tahu, Kena Makan Selalu!

    Terdapat pelbagai buah-buahan tropika yang kaya dengan manfaat, antaranya adalah buah nanas. Kalau anda ingin mengetahui khasiat nenas untuk wanita, teruskan membaca artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Khasiat nenas untuk wanita

    Merupakan antara buah tropika dengan isi yang manis, berjus dan wangi baunya, nanas seharusnya dijadikan antara menu diet harian bagi setiap individu. Ini kerana ia kaya dengan pelbagai nutrien dan bersifat antioksidan.

    Selain bagus untuk sistem penghadaman dan imuniti badan, buah yang turut dikenali sebagai Ananas comosus, sebenarnya menawarkan pelbagai faedah kesihatan untuk wanita secara khususnya.

    1. Membantu masalah haid

    Nanas mempunyai enzim khas dikenali sebagai bromelain yang berfungsi menyingkirkan lapisan rahim.

    Jadi antara khasiat nenas ketika haid adalah ia meningkatkan peredaran haid dan membantu wanita dengan kitaran haid tidak teratur.

    2. Meningkatkan kesihatan kulit

    Jika anda mempunyai masalah jerawat, ruam atau kerosakan kulit, buah berkhasiat ini akan meremajakan kulit dan menjadikan ia lebih bersih, cerah dan segar.

    Bromelain, enzim antiradang nanas, membantu mencegah jerawat, dermatitis, psoriasis dan ekzema. 

    Jus nanas mengandungi vitamin C dan antioksidan tinggi, berperanan memulihkan kerosakan kulit kesan cahaya matahari, jerawat dan tona kulit tidak sekata.

    Khasiat nenas untuk wanita #3. Menjadikan tulang kuat

    Kandungan mangan yang tinggi dalam nanas dapat menguatkan kulit. Mangan berfungsi mengekalkan kekuatan tulang dan apabila bergabung dengan zink, tembaga dan kalsium, boleh meningkatkan manfaatnya kepada tulang.

    Oleh sebab ia bagus untuk kesihatan tulang, maka pengambilan nanas turut dipercayai dapat mencegah osteoporosis.

    khasiat buah nenas
    Buah nanas untuk tulang yang kuat.

    4. Menguatkan otot

    Nanas adalah sumber valine dan leucine yang baik – dua asid amino penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu otot.

    Satu gelas jus nanas setiap hari membantu mengatasi keletihan dan meningkatkan stamina – membolehkan anda kekal bertenaga semasa bersenam atau berlari!

    5. Khasiat makan nanas setiap hari dapat membantu pertumbuhan rambut

    Vitamin C dalam nanas turut menyumbang kepada kesihatan rambut yang lebih baik. Kandungan vitamin B1 dan B2 mengurangkan keguguran rambut.

    Khasiat makan nanas setiap hari boleh membantu dalam menguatkan folikel rambut dan mempercepatkan pertumbuhan rambut.

    6. Meningkatkan kesuburan, khasiat nenas untuk wanita

    Khasiat nenas yang lain dipercayai mampu meningkatkan kesuburan dan membantu dalam persenyawaan.

    Kehadiran bromelain sebagai agen antiradang dan antipembekuan darah (penipisan darah) boleh memberi kesan baik kepada sistem imun. 

    Dengan peningkatkan aliran darah ke rahim, ia secara tidak langsung meningkatkan peluang implantasi.

    7. Membekalkan nutrien penting semasa kehamilan

    Walaupun terdapat kepercayaan bahawa nanas berbahaya untuk kehamilan, namun hakikatnya ia sangat berkhasiat untuk dimasukkan ke dalam diet semasa berbadan dua.

    Walaupun diperlukan dalam jumlah yang kecil, tembaga adalah mineral penting untuk pembentukan sel darah merah. Semasa kehamilan pula, keperluan tembaga meningkat kepada 1mg sehari bagi menyokong peningkatan aliran darah.

    Tembaga juga diperlukan untuk perkembangan jantung, saluran darah dan sistem rangka serta saraf bayi dalam kandungan.

    Nanas juga merupakan sumber baik untuk beberapa vitamin B seperti:

    • vitamin B1 (tiamin)
    • vitamin B6 (piridoksin)
    • vitamin B9 (folat)

    Secara amnya, vitamin B adalah kunci pertumbuhan dan perkembangan bayi yang betul.

    Selain itu nanas juga membekalkan vitamin C, sejumlah kecil zat besi, zink dan kalsium – nutrien penting untuk kehamilan sihat.

    khasiat nenas untuk wanita
    Bolehkah ibu hamil makan buah nanas dan durian? 

    8. Agen antipenuaan

    Kaya dengan vitamin C menjadikan buah ini sebagai agen antipenuaan yang baik, sekali gus membuatkan anda tampak lebih muda dan mencegah kematian sel.

    9. Memperlahan perkembangan kanser payudara, antara khasiat nenas

    Pakar menyarankan diet sihat – idealnya yang tinggi antioksidan bagi membantu melawan radikal bebas.

    Ini kerana menurut kajian mendapati diet dan kepekatan darah yang tinggi antioksidan dikaitkan dengan risiko kanser lebih rendah.

    10. Tingkatkan kesihatan seksual, antara khasiat nenas untuk wanita

    cara menikmati seks
    Tingkatkan stamina seks dengan buah nenas.

    Buah ini boleh membantu wanita:

    • Meningkatkan libido
    • Meningkatkan stamina seksual
    • Menguruskan keinginan seksual
    • Memperbaiki rasa dan bau rembesan faraj antara manfaat nanas untuk miss v

    Disebabkan kandungan tiamin dan vitamin C tinggi, makan nanas boleh memberi badan lonjakan tenaga, yang berpotensi meningkatkan stamina. Kedua-dua faedah nanas itu secara seksual boleh membantu wanita di dalam bilik tidur.

    Kesimpulan

    Cara terbaik untuk mendapat khasiat nenas untuk wanita adalah memakan potongan buah segar, tetapi anda juga boleh mengambilnya sebagai jus.

    Anda juga boleh menambah buah tropika ini ke dalam salad, pencuci mulut seperti yogurt atau hidangan makanan lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan