backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

6

Tanya Doktor
Simpan

Faraj Berlecak? Aduh, Tak Selesanya! Ini 7 Punca Miss V Sering Berair

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

    Faraj Berlecak? Aduh, Tak Selesanya! Ini 7 Punca Miss V Sering Berair

    Rasa tidak selesa sebab faraj berlecak, tetapi kenapa faraj berlendir? Jika anda antara wanita yang kerap mengalami masalah cecair keluar dari faraj yang berlebihan, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui penjelasan dan langkah mengatasinya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Cecair keluar dari faraj

    Keputihan berair adalah cecair atau lendir jernih/lutsinar yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam faraj dan serviks. Ia berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel mati dan bakteria. 

    Keputihan sihat dan normal memberikan anda pelincir semula jadi serta dapat melindungi faraj dan saluran kencing.

    Setiap hari kelenjar dalam faraj dan serviks akan menghasilkan kira-kira setengah sudu teh lendir – anda mungkin melihatnya pada seluar dalam atau tisu tandas selepas mengelap bahagian kemaluan.

    Faraj berlecak, fahami puncanya

    Pasti anda tertanya-tanya kenapa air jernih keluar dari faraj, bukan? Dalam keadaan normal, ia adalah sesuatu yang tidak perlu anda risaukan sama sekali. Ini kerana ia menandakan tubuh anda berfungsi sebagaimana yang sepatutnya.

    Jika anda perasan lendir yang terhasil adalah lebih banyak daripada biasa sehingga menimbulkan ketidakselesaan, ia mungkin disebabkan salah satu faktor di bawah:

    1. Sedang ovulasi, antara sebab kenapa faraj berlendir

    Dalam pertengahan kitaran haid, ovari akan melepaskan telur. Pada masa sama, badan akan mengeluarkan lebih banyak cecair untuk membantu memudahkan pergerakan sperma mencapai telur dan mensenyawakannya.

    Lendir yang dihasilkan ini biasanya jernih, nipis dan meregang – ada kalanya dibandingkan dengan putih telur.

    Jadi sekiranya anda melihat cecair yang jernih dan nipis daripada biasa dan berlaku dalam tempoh 1-2 hari, ia mungkin cara tubuh menyatakan diri sedang subur.

    2. Pengambilan kawalan kelahiran

    pil perancang kehamilan
    Kesan pengambilan pil perancang.

    Sesetengah jenama pil kawalan kelahiran/ pencegah kehamilan mengandungi lebih banyak estrogen yang merupakan salah satu hormon bertanggungjawab untuk mencetuskan pengeluaran lendir.

    Anda mungkin mendapati cecair faraj lebih nipis daripada biasa apabila menggunakan pil kawalan jenis hormon – terutamanya pada beberapa bulan pertama selepas mencuba jenis baharu.

    3. Mood rangsangan seksual, punca faraj berlecak 

    Selain berfungsi untuk memastikan bahagian kemaluan anda bersih, faraj akan mengeluarkan pelincir apabila diri terangsang.

    Apabila dirangsang secara seksual, lebih banyak darah mengalir ke faraj dan ini akan menyebabkan lebih banyak cecair sebagai persediaan untuk melakukan hubungan seks, bahkan boleh dikatakan agak berlecak.

    4. Makanan berasaskan soya, antara penyebab kenapa air jernih keluar dari faraj

    Terdapat kajian menunjukkan pengambilan makanan tinggi kandungan soya – bukan sahaja susu soya tetapi makanan lain seperti sup miso, tauhu dan burger sayuran – mengandungi sebatian yang boleh meniru kesan estrogen dalam badan.

    Ia boleh dianggap sebagai cara yang baik untuk menggalakkan penghasilan pelincir faraj.

    5. Faraj berlecak kerana bersenam

    Apabila anda bersenam, degupan jantung akan meningkat dan darah mengalir lebih cepat ke seluruh tubuh – termasuklah bahagian faraj.

    Jadi anda mungkin akan melihat lendir pada seluar dalam selepas bersenam adalah lebih nipis daripada biasa.

    6. Fasa menopaus

    Walaupun tahap estrogen tinggi boleh menyebabkan pelepasan berair lebih banyak daripada biasa, namun tahap yang rendah juga boleh mengakibatkan kesan sama.

    Semasa menopaus, sesetengah wanita mengalami atrofi faraj – di mana dinding vagina semakin nipis dan lebih rapuh – kesannya terhasillah cecair yang menyebabkan faraj berlecak.

    7. Cecair keluar dari faraj & kehamilan

    faraj berlecak
    Punca faraj berair.

    Bagi seorang wanita hamil, serviks dan dinding faraj menjadi lembut. Untuk melindungi rahim, badan akan meningkatkan pengeluaran lendir bagi menyekat jangkitan daripada bergerak melalui faraj ke rahim.

    Oleh sebab itu, anda mungkin akan mendapati diri mengalami cecair lebih banyak semasa hamil dan ini adalah petanda faraj yang normal.

    Tip mengatasi masalah faraj berlecak

    Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, faraj berlecak adalah faraj yang normal dan tiada apa yang boleh dilakukan untuk mencegahnya. Namun anda boleh menangani dengan penggunaan panty liner bagi mengawal kelembapan berlebihan.

    Petua menguruskan lebihan cecair faraj

    Selain itu, terdapat beberapa langkah boleh diambil untuk melindungi kesihatan faraj secara keseluruhan, termasuklah:

    • Mengelap vagina dari depan ke belakang selepas menggunakan tandas
    • Elakkan seluar ketat untuk tempoh yang lama
    • Memakai seluar material kapas pada siang hari untuk membolehkan bahagian kemaluan bernafas
    • Tidak memakai pakaian dalam pada waktu malam
    • Elakkan berendam dalam tab mandian panas
    • Mandi setiap hari dan pastikan bahagian kemaluan dilap kering
    • Tidak menggunakan semburan pembersih wanita

    Keadaan yang perlu anda awasi jika faraj berlecak

    Walaupun lendir faraj adalah perkara yang tidak perlu dibimbangkan, tetapi jika cecair meleleh terlalu banyak anda harus melakukan pemeriksaan dengan doktor.

    faraj berair
    Maksud warna lendiran faraj.

    Ini kerana ada kalanya lendir faraj boleh menjadi petanda jangkitan seperti:

    Dalam kes jangkitan di atas ini, lendir faraj biasanya tidak berwarna jernih.

    • Ia mungkin kuning, putih atau kehijauan dan jangkitan yis boleh menjadi berketul-ketul
    • Lendir normal biasanya berbau sedikit masin atau masam, tetapi jika ia merupakan jangkitan, ia akan menyebabkan bau hanyir
    • Lendir berdarah atau tompokan darah lebih banyak daripada biasa di antara tempoh haid
    • Jika ia disertai dengan rasa pedih, gatal dan sakit terutamanya selepas hubungan seks atau selepas membuang air, berjumpalah doktor dengan segera

    Kesimpulan


    Kini persoalan anda mengenai kenapa faraj berlendir sudah pun terjawab. Keputihan berair yang menyebabkan faraj berlecak tidak perlu dirisaukan kerana ia petanda vagina sedang membersihkan dirinya dan petanda ovulasi berlaku.

    Tetapi jika disertai dengan gejala lain seperti kegatalan, kesakitan pada faraj atau sebarang keadaan lain, lakukan pemeriksaan dengan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan