backup og meta

Auch, Bibir Faraj Bengkak Selepas Seks? Ladies, Ini Cara Untuk Atasinya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/12/2022

    Auch, Bibir Faraj Bengkak Selepas Seks? Ladies, Ini Cara Untuk Atasinya!

    Mengapa saya alami bengkak pada bibir faraj selepas melakukan seks? Adakah ia berlaku disebabkan jangkitan atau masalah lain yang lebih serius? Bagi wanita yang sering alami masalah ini, anda pasti mencari cara hilangkan bengkak di bibir faraj, terutamanya jika ia mengganggu keselesaan anda sepanjang hari.

    Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai faraj bengkak serta langkah yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan kesakitan. Jom, baca lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Bengkak pada bibir faraj selepas seks, normal atau tidak?

    Dalam kebanyakan kes, bengkak pada bibir faraj terutamanya selepas melakukan hubungan intim dengan suami merupakan perkara yang normal.

    Ketika melakukan hubungan seks, faraj wanita terdedah dengan geseran. Geseran inilah yang menyebabkan bibir faraj membengkak dan rasa sakit.

    Untuk meredakan kesakitan, badan akan menghantar darah dan juga cecair ke kawasan yang terkesan, termasuklah ke kawasan Miss V!

    Selalunya, bengkak ini akan surut dengan sendirinya selepas beberapa jam.

    Namun, jika faraj membengkak dalam tempoh masa yang lebih panjang dan disertai dengan simptom-simptom lain seperti kegatalan atau bau keputihan yang luar biasa, pastikan anda berjumpa doktor dengan segera.

    Apa punca faraj bengkak selepas seks?

    bengkak pada bibir faraj

    Seperti yang diterangkan di atas, darah dan juga cecair yang disalurkan ke Miss V selepas seks membuatkan vagina rasa bengkak dan sakit.

    Untuk mengurangkan bengkak, pastikan anda dan pasangan menggunakan cecair lubrikasi yang bersesuaian. Cecair ini akan mengurangkan geseran dan bengkak selepas seks. Selalunya, geseran merupakan punca nombor 1 bengkak pada bibir faraj.

    Jika anda masih lagi alami kesakitan walaupun telah menggunakan cecair lubrikasi, pastikan anda berjumpa doktor untuk kenal pasti apakah masalah yang sebenarnya.

    Ada banyak lagi punca yang boleh menyebabkan bibir faraj membengkak. Anda boleh baca mengenainya di sini.

    5 cara hilangkan bengkak di bibir faraj

    Setelah mengetahui apakah punca bibir faraj membengkak, inilah masanya untuk mencari solusi untuk masalah tersebut. Antara langkah-langkah yang boleh anda ambil ialah:

    1. Gunakan cecair lubrikasi yang betul

    Cecair lubrikasi boleh digunakan untuk pelbagai bentuk seks termasuklah foreplay, sex vagina dan oral. Pelincir seks atau lube sangat penting untuk memastikan kehidupan seks yang sihat. Malah, dengan penggunaan yang betul, bengkak pada bibir faraj juga dapat dikurangkan.

    Sebagai panduan, pilih produk yang:

    1. Berasaskan air. Lubrikasi jenis ini dapat mengurangkan geseran ketika seks. Ia juga kurang berisiko untuk menyebabkan jangkitan vagina.
    2. Dijual khas sebagai lubrikasi seks. Jangan sesekali gunakan losyen atau jeli petroleum semasa melakukan seks.

    Anda juga boleh menggunakan lebih banyak cecair lubrikasi sekiranya mempunyai masalah faraj kering atau vagina bengkak. Lebih banyak lubrikasi = kurang geseran!

    2. Gunakan kondom bukan lateks

    bengkak pada bibir faraj

    Kadangkala, kondom biasa di pasaran boleh menyebabkan wanita mengalami alahan. Menurut pakar, wanita lebih berisiko mengalami alahan terhadap lateks berbanding lelaki.

    Malah, cecair pada vagina wanita juga menyebabkan molekul lateks lebih mudah memasuki badan. Oleh sebab itu, ada wanita yang alami masalah faraj bengkak dan gatal sejurus melakukan seks.

    Jika anda mengalami alahan terhadap kondom getah, bertukarlah kepada kondom bukan lateks. Ia akan mengurangkan kegatalan dan juga bengkak.

    4. Pakai seluar dalam kapas untuk elakkan bengkak pada bibir faraj

    Untuk elakkan bengkak faraj menjadi semakin teruk, pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas.

    Kebanyakan jangkitan vagina yang menyebabkan kegatalan, bau yang tidak menyenangkan dan masalah keputihan boleh dikurangkan hanya dengan pemakaian seluar dalam kapas.

    Seluar dalam jenis ini membantu faraj ‘bernafas’ dan dapat menyerap peluh dengan baik. Kini, anda boleh dapatkan seluar dalam kapas dalam pelbagai bentuk dan saiz. Harganya juga berpatutan!

    Baca juga:

    5. Hentikan seks yang kasar

    bengkak pada bibir faraj

    Tidak dinafikan, ada antara kita yang sukakan seks yang kasar. Walau bagaimanapun, sekiranya faraj anda bengkak disebabkan seks, apa kata anda berehat sebentar daripada melakukan seks sehinggalah bengkak itu surut.

    Selain itu, pastikan anda benar-benar ‘bersedia’ sebelum melakukan seks. Lakukan foreplay dan gunakan cecair lubrikasi yang mencukupi untuk elakkan faraj membengkak pada keesokan hari!

    6. Letakkan pek ais untuk kurangkan bengkak pada bibir faraj

    Balut pek ais di dalam kain yang bersih. Kemudian, letakkan pek ais tersebut ke atas kawasan faraj untuk kurangkan bengkak dan inflamasi.

    Anda juga boleh cuba mandi air hangat. Malah, jika bengkak yang berlaku adalah reaksi tindak balas terhadap sejenis bahan yang menyebabkan iritasi, maka mandian hangat dapat mengurangkan kerengsaan.

    Gunakan sabun yang disukai semasa mandi. Walau bagaimanapun, jangan pula basuh kawasan dalam vagina anda. Cukup sekadar di luar bibir faraj.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan