Bagi mengesan keadaan dua rahim, doktor akan melakukan ujian seperti hysterosalpingogram, sonohysterogram, imbasan ultrabunyi ataupun MRI. Diagnosis perlu untuk mengesahkan keadaan ini melalui hysteroscopy atau laparoscopy untuk membezakan sama ada seseorang wanita itu mengalami dua rahim atau bicornuate uterus dalam sesetengah kes.
Sebelum menjalankan diagnosis, doktor akan bertanyakan beberapa soalan dahulu seperti jika seseorang wanita itu ada mengalami sakit pelvik yang teruk atau pernah mengalami keguguran berulang. Kebanyakan wanita yang mengalami keadaan ini, bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang simptom sama sekali.
Bolehkah hamil?
Keupayaan golongan yang ada didelphys uterus untuk hamil dan melahirkan anak adalah pelbagai. Ada yang mengalami masalah dan ramai juga yang tidak mengalami sebarang kesulitan, baik untuk hamil, semasa hamil dan juga melahirkan anak. Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa ada sesetengah yang mengalami keguguran berulang dan beberapa komplikasi kehamilan lain. Oleh itu, jika anda dapat mengesan lebih awal keadaan anda, sebaiknya anda mendapatkan nasihat doktor jika bercadang untuk hamil. Sekiranya anda hanya mengesan keadaan anda semasa sudah hamil, tanyakan kepada doktor tentang penjagaan yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan komplikasi kehamilan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen