Alamak, kenapa ada pendarahan selepas bersama? Kenapa keluar keputihan selepas bersama? Kenapa keluar darah coklat selepas bersama? Kenapa keluar darah selepas haid?
Rasanya baru lepas period. Habis tu, mengapa faraj keluar darah? Takutnya!
Apakah yang menyebabkan faraj keluar darah? Adakah ia bahaya? Tentu banyak persoalan di minda jika keadaan itu berlaku. Teruskan membaca bagi mengetahui sebabnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Mengapa berlaku pendarahan selepas seks?
Kenapa keluar keputihan selepas bersama? Kenapa keluar darah coklat selepas bersama? Kenapa keluar darah selepas haid?
Pendarahan yang berlaku selepas hubungan seks dikenali sebagai pendarahan postcoital dalam istilah perubatan. Ia boleh terjadi kepada wanita dalam semua peringkat usia.
Bagi wanita yang belum menopaus, pendarahan yang berlaku biasanya melibatkan serviks.
Umumnya, faraj keluar darah disebabkan oleh keadaan yang biasa berlaku dan tidak mendatangkan kebimbangan serius.
7 punca pendarahan selepas seks
Kenapa keluar darah coklat selepas bersama? Kenapa keluar darah selepas haid?
Berikut adalah 7 punca kenapa pendarahan selepas bersama suami, antaranya:
1. Jangkitan
Sesetengah jangkitan boleh menyebabkan keradangan tisu pada faraj dan mengakibatkan pendarahan.
Antara jangkitan biasa adalah vaginosis bakteria atau jangkitan yis. Dianggarkan 3 daripada 4 wanita akan mengalami salah 1 jangkitan ini.
Ada yang mengatakan pendarahan bukanlah 1 simptom biasa berkaitan jangkitan vaginosis bakteria atau yis.
Ini kerana kedua-dua jangkitan ini biasanya melibatkan perubahan warna atau bau keputihan serta ketidakselesaan faraj seperti rasa gatal yang berpanjangan.
Namun menurut pakar, sebarang jangkitan yang mengakibatkan kerengsaan dan keradangan kepada faraj, boleh menyebabkan pendarahan selepas bersama suami.
Apabila semakin meningkat usia dan haid telah berhenti, badan akan menghasilkan kurang estrogen – hormon wanita yang bertanggungjawab mengawal sistem pembiakan.
Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menjejaskan faraj.
Tahap estrogen yang rendah juga akan menurunkan keanjalan faraj. Tisu faraj akan menjadi nipis dan mengecut.
Keadaan ini boleh mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit serta berisiko menyebabkan pendarahan selepas seks bersama suami.
3. Kekeringan faraj
Pendarahan selepas bersama seperti faraj keluar darah boleh berlaku disebabkan masalah kekeringan vagina. Banyak faktor mempengaruhi keadaan ini selain GSM, iaitu:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen