backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Sakit Payudara Setiap Kali Selepas Haid? Punca #7 Itu Yang Paling Bahaya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 17/05/2022

    Sakit Payudara Setiap Kali Selepas Haid? Punca #7 Itu Yang Paling Bahaya!

    Sakit payudara selepas haid? Adakah ia kondisi yang bahaya? Jom terus baca artikel untuk tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Jenis-jenis sakit payudara

    Sebelum penulis kupas punca di sebalik sakit payudara dengan lebih lanjut, wajar untuk kalian kenali jenis kategorinya terlebih dahulu!

    Kondisi ini boleh dikategorikan kepada 2 jenis; Cyclical dan non-cyclical.

    1. Cyclical: Sakit cyclical secara langsungnya berkaitan dengan hormon di dalam badan. Pakar mengatakan, 2 per 3 wanita yang menghadapi sakit payudara mengalami cyclical breast pain. Hal ini biasa berlaku pada wanita berusia antara 20 hingga 30 tahun.
    2. Non-cyclical: Jenis ini biasanya hanya menjejaskan 1 belah payudara dan ia juga tidak berkaitan dengan kitaran haid. Non-cyclical dikatakan tidak mengikut corak yang biasa. Ia boleh disebabkan oleh penyakit, kecederaan, sista, ubat, pembedahan dan lain-lain.

    Sakit payudara selepas haid, apa puncanya?

    Kesakitan jenis cyclical kadangkala boleh menyebabkan rasa sakit payudara selepas haid berakhir.

    Ia boleh diakibatkan oleh kenaikan paras estrogen pada separuh pertama kitaran haid.

    Walau bagaimanapun, masalah sakit payudara selepas haid juga boleh berlaku atas sebab yang pelbagai, antaranya:

    #1 Pengambilan ubat yang tertentu

    Sejumlah ubat dilaporkan berupaya memicu rasa sakit pada buah dada. Beberapa jenis di antaranya merangkumi:

    Seseorang wanita harus berbincang dengan doktor sekiranya rasa sakit dialami berkait rapat dengan pengambilan ubat baru.

    Punca sakit payudara selepas haid #2 Mastitis

    Mastitis merupakan istilah perubatan untuk keradangan tisu payudara.

    Kondisi ini boleh menyerang sesiapa sahaja, tetapi lebih kerap berlaku pada wanita yang sedang menyusu.

    Selain itu, gejala mastitis cenderung untuk muncul dengan cepat, dan biasanya hanya menjejaskan sebelah  payudara.

    Simptomnya mungkin merangkumi:

    1. Payudara yang terjejas terasa hangat/panas.
    2. Ada benjolan di payudara.
    3. Puting keluarkan cecair berwarna putih atau darah.
    4. Wujud kawasan yang memerah, bengkak, dan menyakitkan pada payudara.
    5. Kesakitan seakan terbakar yang mungkin berterusan atau hanya berlaku ketika menyusu.

    #3 Kecederaan

    sakit payudara selepas haid

    Kecederaan pada payudara boleh akibatkan kesakitan pada salah satu atau kedua-dua belah, bergantung pada lokasi kecederaan.

    Kecederaan ini juga boleh menyebabkan rasa sakit yang mengejut, kuat dan secara beransur-ansur akan bertambah buruk.Bukan itu sahaja, lebam juga boleh terbentuk.

    Kadang-kadang, kecederaan pada kawasan berhampiran buah dada juga boleh memicu kesakitan di payudara, seperti:

    • Bahagian dada
    • Kawasan bahu
    • Lengan

    #4 Kehamilan

    Kehamilan berupaya mencetuskan perubahan hormon, yang menyebabkan payudara membengkak dan sakit.

    Seseorang wanita mungkin tidak menyedari sedang hamil, terutamanya jika menganggap pendarahan implantasi sebagai darah haid.

    Mari kenali antara kemungkinan simptom awal kehamilan, seperti:

    • Loya atau muntah
    • Kepenatan
    • Peningkatan keputihan
    • Sembelit
    • Lebih kerap kencing, terutama pada waktu malam

    Anda harus menjalani ujian kehamilan jika mengalami kesakitan payudara setelah pendarahan implantasi, yang dipercayai sebagai haid.

    Langkah ini amat penting sekiranya kalian turut mempunyai kemungkinan gejala kehamilan yang lain.

    sakit payudara selepas haid

    Punca sakit payudara selepas haid #5 Thrush

    Thrush merupakan sejenis jangkitan yang disebabkan oleh kulat seperti Candida albicans.

    Kulat ini biasanya tidak berbahaya pada kulit seseorang, tetapi kadangkala berpotensi untuk membiak di luar kawalan dan mengakibatkan jangkitan!

    Thrush boleh timbul di mana-mana bahagian kulit, termasuk puting! Breast and nipple thrush (BNT) lebih kerap menimpa wanita yang sedang menyusu.

    Simptom-simptom BNT mungkin turut merangkumi:

    • Puting terasa gatal, merekah, atau panas
    • Puting kelihatan merah, berkilat, atau bersisik
    • Ruam seakan lepuh pada puting
    • Sakit menyucuk pada payudara semasa atau selepas penyusuan

    #6 Sista payudara

    Menurut Society of Breast Imaging, punca di sebalik kesakitan payudara yang paling utama adalah sista payudara!

    Sista adalah sejenis ketumbuhan bukan kanser yang berisi cecair.

    Sista payudara berbentuk bulat atau bujur, dan berukuran daripada beberapa milimeter hingga beberapa sentimeter. Ia mungkin terasa lembut atau keras apabila disentuh.

    Hakikatnya, ramai wanita mempunyai sista payudara, tetapi majoriti tidak menyedari bahawa mereka memilikinya.

    Kehadiran sista sering kali disedari apabila ia mencetuskan rasa sakit. Kesakitan ini mungkin berlaku dek kerana perubahan hormon atau peningkatan saiz sista.

    #7 Kanser payudara

    American Cancer Society melaporkan, kanser payudara selalunya tidak menyebabkan kesakitan.

    sakit payudara selepas haid

    Walau bagaimanapun, ia boleh mengakibatkan rasa sakit dalam beberapa keadaan.

    Beberapa kemungkinan simptom kanser payudara yang lain, meliputi:

    1. Benjolan di payudara atau ketiak.
    2. Perubahan saiz atau bentuk payudara.
    3. Sakit puting.
    4. Puting mengeluarkan cecair.
    5. Benjolan keras yang tidak bergerak apabila ditolak.
    6. Penebalan atau pembengkakan tisu payudara.
    7. Perubahan pada kulit payudara; memerah atau berkeruping.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 17/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan