backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

10

Tanya Doktor
Simpan

Benarkah Period Lewat Seminggu Tanda Mengandung? Ketahui 10 Punca Haid Lambat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

    Benarkah Period Lewat Seminggu Tanda Mengandung? Ketahui 10 Punca Haid Lambat!

    Eh, dah seminggu tak datang haid! Adakah period lewat seminggu tanda mengandung? Period lewat sehari tanda hamil? Period lewat tanda hamil? Kenapa haid lewat seminggu?

    Sebenarnya, ada banyak lagi punca lain yang boleh menyebabkan anda tidak datang haid. Malah, ia mungkin tanda penyakit!

    Mari ketahui 10 sebab mengapa period anda datang lewat.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Benarkah period lewat seminggu tanda mengandung?

    Period lewat sehari tanda hamil? Period lewat tanda hamil? Kenapa haid lewat seminggu?

    Sebenarnya, ada banyak penyebab period lewat seminggu selain mengandung. Walau bagaimanapun, jika anda lewat datang haid, perkara pertama yang anda perlu periksa adalah sama ada anda sedang hamil ataupun tidak.

    Antara penyebab lazim period lewat seminggu ialah:

    1. Period lewat seminggu tanda mengandung

    period lewat seminggu tanda mengandung
    Suplemen semasa hamil.

    Jika anda aktif melakukan seks dan haid anda lambat seminggu, besar kemungkinan anda sedang hamil. Walau bagaimanapun, jangan lakukan ujian kehamilan terlalu cepat.

    Kadangkala, keputusan ujian kehamilan akan menjadi negatif walaupun anda mengandung kerana tahap hormon kehamilan dalam air kencing masih terlalu rendah.

    Jika anda hamil, anda juga mungkin akan mengalami simptom lain seperti:

    • Payudara rasa sakit dan pedih
    • Payudara membengkak
    • Sering rasa loya dan muntah-muntah
    • Cepat penat dan rasa letih sepanjang hari

    Wanita yang mempunyai haid tidak teratur mungkin lebih sukar untuk mengetahui masa terbaik untuk melakukan ujian kehamilan. Jika anda rasa anda hamil, jumpalah doktor secepat mungkin.

    Walau bagaimanapun, bukan semua period lewat seminggu tanda mengandung. Kadangkala, ia boleh berlaku disebabkan faktor lain.

    2. Kenapa haid lewat seminggu? Kerana sedang menyusukan anak

    Normal jika anda tidak datang haid kerana sedang menyusukan anak. Kondisi ini turut dikenali dengan nama lactational amenorrhea, satu fasa yang mengganggu rentak kitaran haid anda. Selepas beberapa bulan, semuanya akan kembali normal seperti biasa.

    3. Anda mengalami pertambahan atau penurunan berat badan

    Sebarang pertambahan atau penurunan berat badan boleh mengganggu kitaran haid anda. Jadi, jika anda baru sahaja turun berat, mungkin inilah penyebab period anda lambat seminggu!

    Walau bagaimanapun, diabetes dan gangguan pemakanan seperti anoreksia dan bulimia juga boleh menjadi punca penurunan berat badan yang drastik. Jika anda mengalami masalah ini, jumpa doktor secepat mungkin.

    Period lewat seminggu tanda mengandung #4: Terlalu banyak bersenam

    period lewat seminggu tanda mengandung
    Terlalu banyak bersenam juga boleh sebabkan haid lambat.

    Siapa sangka senaman boleh memberikan impak terhadap kitaran haid wanita! Tidak dinafikan, senaman merupakan satu amalan yang baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, jika anda bersenam terlalu kerap, tahap hormon dalam badan anda mungkin akan terganggu.

    Dalam kalangan wanita, hormon estrogen yang terlalu rendah boleh menyebabkan masalah haid. Malah, tidak datang haid dalam tempoh masa yang lama merupakan salah satu masalah yang sering dialami oleh para atlet!

    5. Terlalu stres atau tertekan

    Semua orang perlukan sedikit stres dalam hidup. Stres yang sihat boleh membuatkan kita lebih fokus dan bersemangat ketika bekerja.

    Walau bagaimanapun, stres yang kronik boleh menyebabkan badan kita memasuki ‘mod survival’. Badan akan mengaktifkan hormon kortisol dan akan membuatkan kita rasa penat, letih dan juga tidak datang period!

    Period lewat seminggu tanda mengandung #6: Tidak cukup tidur

    Wanita yang tidak cukup tidur selalunya akan mengalami masalah haid. Malah, menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Frontiers in Endocrinology, sebarang perubahan yang mengganggu waktu tidur akan mendatangkan banyak penyakit, salah satunya ialah period yang tidak teratur.

    7. Pengambilan ubat-ubatan tertentu

    Jika anda baharu sahaja mengambil ubat-ubatan untuk merawat penyakit tertentu, haid anda mungkin akan lewat seminggu dua.

    Wanita juga akan mengalami perubahan dari segi haid jika anda mengambil pil perancang. Pil perancang mengandungi hormon estrogen dan progestin yang menghalang ovari daripada melepaskan ovum.

    Jika anda berhenti makan pil perancang, badan mungkin mengambil masa 3 bulan untuk pulih. Selepas itu, kitaran haid anda akan perlahan-lahan menjadi teratur semula.

    8. Penyakit tiroid

    Selain haid lewat seminggu tanda mengandung, ia juga boleh menjadi salah satu simptom penyakit tiroid dalam kalangan wanita. Hipotiroidisme atau hipertiroidisme boleh mengganggu kitaran haid kaum Hawa.

    Mujurlah, ada banyak rawatan yang ada untuk merawat masalah tiroid. Rawatan untuk penyakit tiroid yang anda alami juga boleh menyebabkan haid yang tidak teratur.

    9. Menghidap PCOS

    period lewat seminggu tanda mengandung
    Kesan dan komplikasi PCOS.

    Sama seperti penyakit tiroid, penghidap PCOS juga boleh mengalami masalah ketidakseimbangan hormon. Oleh sebab itu, pesakit juga mungkin akan mempunyai masalah period lewat seminggu.

    10. Sedang menginjak ke fasa perimenopaus

    Wanita yang sedang memasuki fasa perimenopaus akan mendapati kitaran haid mereka semakin tidak teratur. Masalah ini selalunya berpunca daripada penurunan hormon estrogen dalam badan.

    Bagi wanita di luar sana, anda perlu tahu bahawa bukan semua period lewat seminggu tanda mengandung. Hampir 9 hingga 14% wanita di luar sana mengalami masalah haid tidak teratur.

    Walaupun ada banyak faktor berlakunya masalah haid dalam kalangan wanita, namun jangan ambil ringan! Jumpa doktor secepat mungkin jika anda sering tidak datang period. Ia mungkin tanda penyakit tertentu.

    Kesimpulan

    Kenal pasti punca sebenar yang menyebabkan haid anda datang lambat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan