Perlu kalian faham, setiap tubuh manusia bertindak balas secara berbeza terhadap ubat-ubatan. Lain orang, lain kesan yang dialami.
Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai rawatan klinikal yang mungkin disarankan doktor untuk bantu hilangkan senggugut secara kekal!
#1 Peranti progestin
Progestin merupakan hormon progesteron berbentuk sintetik dan ada beberapa jenis progestin yang boleh bantu menghentikan sakit period, antaranya:
- Suntikan kontraseptif: Wanita bakal memerlukan suntikan kontraseptif setiap 3 bulan.
- Peranti intrauterin (IUD): IUD adalah alat berbentuk T yang dimasukkan ke dalam rahim. IUD progestin dapat bertahan selama 3-5 tahun.
- Implantable rod: Doktor boleh meletakkan rods yang nipis ini tepat di bawah kulit lengan. Setelah ditanam, ia akan melepaskan progestin secara berterusan untuk mencegah kehamilan. Rods yang ditanam perlu digantikan setiap 3 ke 5 tahun.
Mana-mana wanita yang berhasrat untuk hamil dan juga mencegah sakit period harus membincangkan kaedah alternatif bersama doktor mereka.
#2 Kontraseptif hormon
Untuk makluman, kontraseptif hormon tersedia dalam pelbagai bentuk, termasuk tablet oral, suntikan dan alat yang dimasukkan ke dalam faraj.
Kontraseptif oral
Kontraseptif oral berfungsi dengan menggunakan hormon untuk mengelak ovari melepaskan telur. Pil kontraseptif oral boleh didapati dalam 2 jenis yang berbeza:
- Pil progesterone-only: Pil ini hanya mengandungi progesteron. Doktor boleh mempreskripsikan ubat ini untuk mereka yang tidak boleh mengambil pil gabungan
- Pil gabungan: Pil kontraseptif gabungan mengandungi estrogen dan progesteron. Hormon ini penting dalam kitaran haid
Kedua-dua bentuk kontraseptif oral dapat bantu menghentikan kesakitan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen